RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Tahun 2021



Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Hai Pembaca semua... Bonde ingin kongsikan kepada anda semua tentang RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Tahun 2021, ini adalah tentang Perjuangan Dan Pencapaian RichWorks Pada tahun 2021 Sokongan RichWorks bukan omong kosong. Buktinya, Richworks telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business bootcamp, RichWell dan banyak lagi.

Richworks mahu terus membantu orang ramai melalui program-program percuma mereka demi untuk buka jalan dan tingkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai usahawan.

Richworks mahu fokus untuk bimbing rakyat dan negara dalam berdepan dengan pandemik melalui kepakaran mereka.




RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

Perjuangan Richworks 2021

Tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu.



Perjalanan RichWorks 2021

Kisah journey Richworks boleh lihat melalui video Youtube dibawah ini :



Richworks International Sdn Bhd

Richworks memahami perasaan dialami ramai orang di luar sana termasuk bangsa usahawan apabila Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19.

Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.

Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.

Richworks Academy

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. 

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.

Wanita Bangkit Berniaga


Malah salah satu program RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).


Richworks Bantu Rakyat

Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

Richworks Prihatin

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.

Richworks Juga Mahu Membimbing Anak Didik Mereka Untuk Mengharungi 2021 Hingga Capai Kejayaan

Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

  

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

Moga usaha RichWorks www.richworks.com untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.


TENTANG RICHWORKS

Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Semoga tahun 2022 ini akan memberi sinar baru kepada semua usahawan kecil yang ingin maju dan menaikan taraf perniaagaan ke satu level yang lebih tinggi.

Contoh sudah ada di depan mata, tak perlu lagi pening untuk membuat pilihan yang tepat. Tepuk dada tanya selera.

Moga anda semua berjaya seperti mereka yang telah mencapai kejayaan sekarang. 

 Aamiin.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Disebalik kejayaan. Terbaik Richworks semoga terus maju.

    BalasPadam
  2. Tahniah Richworks & Team! Memang terbaik

    BalasPadam
  3. very inspiring baca tg rich work ni bonde

    BalasPadam
  4. Paling best... team Richworks ni semua bersemangat.. pernah masuk program dieorang nii

    BalasPadam
  5. Baguskan usaha RichWorks ni utk bantu semula usahawan utk kembali bangkit

    BalasPadam
  6. Moga dipermudahkan mereka yang berusaha dalam perniagaan ni... Nak pula di musim pandemik yang belum berakhir ni...

    BalasPadam
  7. Syabas Richworks.

    Moga boleh bantu lebih banyak usahawan untuk bangkit selepas ini

    BalasPadam
  8. Tahniah Richworks dan team atas usaha kebaikan ini. Semoga dipermudahkan semuanya

    BalasPadam
  9. Richworks mmg banyak membantu usahawan..

    BalasPadam
  10. RichWorks byk bantu dan bimbingan buat usahawan

    BalasPadam
  11. Tahniah buat dr Azizan dan RichWorks atas usaha dan sumbangan yang diberi.

    BalasPadam
  12. Moga RichWorkd terus berkembang maju dan membimbing usahawan untuk terus melangkah lebih jauh.

    BalasPadam
  13. memang terbaiklah Richworks..moga terus maju dimasa akan datang..:)

    BalasPadam
  14. Semoga Richworks terus sukses dengan membantu lebih ramai usahawan. Fuh banyak juga program percuma yang diberikan ..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.