Resepi Viral Di Tiktok Rain Drop Puding



Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Hai Pembaca Semua.. Baru-baru ni Resepi Rain Drop Puding atau Puding Titisan Hujan ni viral di tik tok dan facebook, tapi Bonde belum ada masa yang sesuai nak buat dan bahan pun tak ada stok dirumah.  Tapi dah terliur tengok gambar-gambar yang dikongsikan jadi Bonde simpan sini dulu Resepinya, nanti nak buat boleh klik entri nih...


Resepi Viral Di Tiktok Rain Drop Puding 


Rain Drop Puding 

Bahan-Bahan

1/2 sudu besar serbuk agar-agar

1 sudu besar gula kastor

700ml air

Air gula melaka

Serbuk kacang soya


Cara-cara membuatnya

1. Rebus semua bahan sampai mendidih. Tuangkan adunan secukupnya dalam mangkuk bulat.

2. Sejukkan sehingga mengeras.

3. Jika sudah keras, lapik pinggan atas mangkuk dan terbalikkan dengan berhati-hati ke atas pinggan.

4. Hias menggunakan air gula melaka dan serbuk kacang soya yang dipanggang.

Baiklah... InsyaAllah bila Bonde dah buat, jadi atau tak? Bonde kongsikan gambar disini yea.. Doakan Bonde dapat cuba dengan jayanya..

Kepada yang anda yang dah terliur tu... Selamat mencuba!  

Kredit : Resepi Dunia Masakan.

Info Pelbagai Resepi join Channel https://t.me/ResepiKampungku

Info Parenting : Join group telegram ini : https://t.me/ibuhamilmalaysia


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. ada lalu lalang kat fb aida jugak ni.
    trending sekejap ek.
    teringin aida merasanya,bonde.

    BalasPadam
  2. Tengah viral kan sekarang nie Bonde.. teringin jugak Kak Sue nak merasa nanti..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.