Baru Selesai Maraton KDrama The Penthouse Di Netflix



Assalamualaikum dan Selamat Malam Hai Pembaca semua... Mesti dikalangan anda semua dah habis menonton Kdrama The Penthouse... Bonde baru selesai maraton menonton Kdrama The Penthouse di Netflix.

Baru Selesai Maraton KDrama The Penthouse Di Netflix

Apa yang menarik sangat  KDrama The Penthouse ni?


Drama Korea The Penthouse yang disiarkan pada penghujung Oktober tahun lalu mendapat rating yang tinggi.  Sebab itulah yang menjadikan The Penthouse sebagai Kdrama yang ditunggu-tunggu oleh semua setiap episod barunya.  Bonde pula sejenis yang tidak sabar.. dan tertunggu-tunggu untuk episod baru... jadi Bonde akan mula menonton bila semua episod telah penuh di kongsikan di Netflix

Untuk makluman anada The Penthouse War in Life ditayangkan setiap Isnin dan Selasa di SBS. Penonton di Malaysia boleh menonton dan memuat turun drama rasmi Korea The Penthouse melalui aplikasi Viu.

Drama Korea arahan Joo Dong-Min ini ditayangkan sebanyak 20 episod. Pelakon utama The Penthouse ialah tiga pelakon jelita iaitu Lee Ji-ah, Kim So-yeon dan Eugene.

Sejak siaran pertamanya, The Penthouse telah berjaya mencuri perhatian penonton, masa tu Bonde hanya tengok sikit-sikit jer tak menahan nak tahu selalu sabarkan diri untuk tunggu episod penuh. 

Apakah yang membuatkan The Penthouse menarik? 

Sinopsis The Penthouse: War In Life

Sinopsis The Penthouse: 


War In Life mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita yang tinggal di sebuah Pangsapuri Penthouse 100 tingkat yang mewah. Tiga watak utama dalam The Penthouse ialah Shim Su Ryeon (Lee Ji Ah), Cheon Seo Jin (Kim So Yeon) dan Oh Yoon Hee (Eugene).

Shim Su Ryeon diceritakan sebagai seorang wanita yang dilahirkan dalam keluarga kaya raya. Dia seorang wanita yang anggun dari keluarga kelas atas. Dia digelar ratu Pangsapuri Penthouse. Suaminya, Joo Dan-Tae (Uhm Ki-Joon) ialah seorang usahawan hartanah (dan penipu besar)

Cheon Seo Jin juga dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Namun, beliau dikenali sebagai seorang yang sombong. Suaminya Ha Yoon Cheol bekerja sebagai ketua pakar bedah di sebuah hospital. Dia seorang yang bercita-cita tinggi.

Watak utama ketiga dalam The Penthouse ialah Oh Yoon Hee. Dia digambarkan berasal dari keluarga miskin. Dia bekerja keras untuk membawa anaknya berjaya. Dia mahu menjadi sebahagian daripada kelas menengah atas demi anaknya.

Penulis skrip The Penthouse


Penulis skrip The Penthouse: 
War In Life ialah Kim Soon Ok. 

Jalan Cerita Penthouse


The Penthouse mengisahkan golongan menengah atas di Korea Selatan. Pangsapuri yang menjadi lokasi cerita The Penthouse itu dikatakan berada di Gangnam, sebuah kawasan elit di Negara Ginseng.

The Penthouse pada pandangan Bonde, Kisah anak-anak adalah mereka terbawa pendidikan yang diajar oleh keluarga mereka.  Kena berebut tempat dengan pelajar yang pandai.  Ibu bapa mereka mengajar mereka erti kaya dan kaya... tak pernah mengajar mereka erti kemiskinan.  disebabkan mempunyai kuasa mereka boleh beli segalanya.  Sebab tu akhirnya kisah Ibu bapa mereka terbongkar. Jadi anak-anak kelas pertengahan kena buli dengan anak-anak orang kaya yang tinggal di The Penthouse

Kisah Ibu bapa pula... menceritakan tentang kisah kecurangan pasangan suami isteri, tentang tamakkan harta, tipu helah, rasuah dan juga darjat golongan kayangan.

Konflik antara penduduk pangsapuri The Penthouse memberi warna kepada drama ini. Mereka semua cuba menjadi penguasa The Penthouse untuk diiktiraf sebagai orang kaya yang berjaya.



Berapa Rating Untuk Drama The Penthouse ?

Keseluruhan cerita ini tidak membosankan, Bonde beri 9/10 markah, kalau tak best maka tidaklah Bonde maraton drama ini hingga habis... 

Anda yang belum tengok bolehlah layan The Penthouse ni dekat Netflix yea...
 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. belum terbuka hati nak tengok lagi bonde. tapi tgk rating bonde tu mmg rasanya ok gak cite ni

    BalasPadam
  2. Dok lalu lalang je kat netflix.. tapi takde kekuatan lagi nak tengok.. sebab bila dah terlayan mesti susah nak berenti kang.. hahaha

    BalasPadam
  3. SA x start lagi yang episode 1, kena cari balik ni...

    BalasPadam
  4. baru tengok awal dah sakit hati .. haha.. entah kenapa tak boleh nak teruskan tonton..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.