Resepi Kari Kepala Ikan Tenggiri

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Hai pembaca semua... Bonde nak kongsikan Resepi Kari Kepala Ikan Tenggiri versi Bonde.  Resep, bahan-bahan dan caea memasak ada dibawah.

Resepi Kari Kepala Ikan Tenggiri




Resepi Kari Kepala Ikan Tenggiri


Bahan-bahan :

1 Kepala ikan tenggiri (siap belah dua)
2 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih  (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
5 tangkai daun kari
3 serangkai (bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga)
5 sudu serbuk rempah kari ikan
4 biji tomato (saiz sederhana)
1 kotak santan kecik
5 biji cili api thai
sedikit garam
sedikit serbuk cukup rasa 
sedikit minyak
sedikit air

Cara-cara memasak :

Panaskan minyak tumis bahan hiris bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan tiga serangkai tumis smpai naik bau

Masukkn rempah kari dan letak sedikit air kacau rata (teknik mudah masak kari tak perlu  tak perlu bancuh dahulu..) dan kacau-kacau biar smpai pecah minyak

Masukkan kepala ikan, cili api dan tambah sedikit air lagi bagi tenggelam kepala ikan, Sudah mendidih masukkan santan 

Perlahankan api, masukkan garam , serbuk cukup rasa dan tomato

Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba
 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

3 PEMBERI ULASAN

  1. Makan pula dengan sambal belacan dan ulam2 surrrrr orang penang kata

    BalasPadam
  2. Lamanya bonde x share resepi..kari ikan tenggiri antara kari fav SA

    BalasPadam
  3. aduyai sedap ni kari kepala ikan tenggiri

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.