Petua Untuk Menjadi Wanita Cantik

Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai Pembaca semua... Bonde kongsikan bahan bacaan untuk anda amalkan.. Moga kita semua dapat mengamalkan menjadi rutin dan kebiasaan bersama.

Petua Untuk Menjadi Wanita Cantik

1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.

2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut

3. Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.

4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.

5. Selepas solat Isya', amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan

"Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"

6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi

7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan

8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT

9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud

Amalkan hari-hari.... InsyaAllah kelihatan 'cantik'

Cantik bagaimana?

Cantik 'hati', cantik jiwa, roh, wajah dan perasaan.


Kredit: Suamiku IMAMKU Isteriku MAKMUMKU

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

4 PEMBERI ULASAN

  1. Nak jadi wanita cantiklah. Terima kasih perkongsian.

    BalasPadam
  2. Nombor 1 tu pun dah fail hohoho. Bnagun lah awal macam mana pun. mandi masih lambat hehe

    Betul bonde. Cantik dalaman cantik lah luaran <3

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah nak cantik bukan hanya pakai skincare mahal-mahal . Amalkan petua yang bonde kongsikan ini pun ada kebaikkan juga . Let"s cantik dan skin nampak berseri-seri

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.