Gulai Sardin Belimbing Buluh

Assalamualaikum dan selamat pagi, PKPD nih naik tak tahu nak masak apa rasanya banyak sudah resepi dimasak bagi memikat selesa suami , anak dan selera sendiri.  Rasanya PKPD kali nih kami jarang beli makanan di kedai dan juga jarang makan fastfood.  Bonde lebih suka masak apa  stok lauk yang ada dalam peti sejuk dan masak yang ringkas-ringkas sahaja.  Kali ini Bonde nak kongsikan Gulai Sardin Belilbing Buluh "All time Favorite" keluarga Bonde.


Gulai Sardin Belimbing Buluh


Gulai Sardin Belimbing Buluh


Bahan-bahan :

1 tin Sardin Adabi

15 biji Belimbing Buluh (bersihkan buang hujung atas dan bawah belah dua)

8 biji cili api (dikisar)

1 biji bawang besar (dihiris)

4 biji bawabg putih (dihiris)

sedikit minyak untuk menumis

sedikit garam

sedikit cukup rasa

sedikit air

sedikit jus limau

Cara-cara memasak :

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar cili api dan bahan hiris bawang merah dan putih tumis hingga garing.

2. Masukkan ikan sardin bersama sosnya dan tambah sedikit air. Bergantung pada anda jika suka pekat letak sedikit sahaja, jika suka berkuah boleh letak lebih.

3. Setelah mendidih masukkan belimbing buluh, perasakan dengan garam, cukup rasa dan letakkan sedikit jus limau. Bila belimbing nampak layu tutup api.  

Siapa suka dan terliur dengan resepi Gulai Sardin Belimbing Buluh bolehlah cuba nanti.   Gulai Sardin Belimbing Buluh sedap dimakan bersama nasi panas.  Selamat Mencuba.




 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

1 PEMBERI ULASAN

  1. As pulak kerap la makan sardin sekarang ni. Boleh try resipi Bonde ni...

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.