Resepi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk dan Sambal Cili Api Pedas Meletop

Assalamualaikum dan Selamat pagi.. Lama teringin makan Nasi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk dengan Sambal Cili Api Pedas Meletop dekat The H Damansara tu... Kalau sebelum PKP ni memang selalu Bonde pergi dengan suami dan kawan office, kadang lepas balik kerja kitaorang terus menuju ke The H sebab datang awal senang dapat parking, beratur pun tak panjang (penat berdiri tau). Anda boleh baca juga cerita JJCM 3 Budak Gemuk


Resepi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk dan Sambal Cili Api Pedas Meletop

Jadi musim PKP nih kita cuba-cubalah masak sendiri.. sebab terlebih rajin dirumah banyak masa, boleh cuba macam-macam resepi  he he he

Resepi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk


1 Ekor ayam kampung (dipotong kecil)
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng ayam.

Cara-cara memasak ambil ayam letak garam dan serbuk kunyit gaul rata  goreng separuh masak. dan asingkan

1 biji bawang besar di kisar
5 ulas bawang putih 
di kisar
1 inci halia dikisar
4 tangkai daun kari
3 sudu rempah kari daging
3 sudu kicap pekat JALEN
3 sudu kicap masin ADABI
sedikit air 

seterusnya 

keluarkan  minyak goreng ayam, tinggalkan sedikit didalam kuali tadi untuk menumis di dalam kuali tadi.

Masukan daun kari dan tiga serangkai seterusnya masukkan bahan kisar bawang merah, bawang putih dan halia, masukkan serbuk rempah daging tumis hingga naik bau dan garing.

Masukkan kicap JALEN dan kicap masin ADABI dan kacau rata hingga pecah minyak seterusnya masukkan sedikit air bagi berkuah sedikit, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata.

Seterusnya Resepi Sambal


Resepi Sambal Cili Api Pedas Meletop 3 Budak Gemuk


5-6 tangkai cili thai merah (pedas)
1 biji bawang kecil dihiris
4 biji bawang putih
sedikit garam 
sedikit gula

Cara Memasak :
Ambik minyak lebihan goreng ayam, tuang ke dalam kuali dan gorengkan cili api, bawang merah dan bawang putih separuh masak.


Angkat dan letak dalam cobek batu, gesekan separuh lumat letak garam dan gula sediakan untuk dimakan.

Hidangkan bersama nasi putih  panas dan sedap dimakan bersama sambal  dan ulam-ulaman feeling dia macam makan The H Damansara hehehe 


Selamat Mencuba resepi ni yea.. 

Baiklah, lepas nih nak masak apa pula yea... bagi cadangan anda dibawah 

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

8 PEMBERI ULASAN

  1. alahai sedapnyaaa. busyra suka sambal mcm ni..

    BalasPadam
  2. Sedap ni bonde. Nampaknya kena cuba masak la di rumah nanti .

    BalasPadam
  3. Bestnya boleh cuba macam-macam resipi...

    BalasPadam
  4. Lesung kayu tu.. menggoda-goda Bunde.. hahaha. Lesung kayu ditengoknya ya. Sambal tu nampak sedap sangat bila dok uli dalam lesung tu.

    BalasPadam
  5. baru nak fikir masak apa hari ni..boleh la try,buntu dah nak masak apa

    BalasPadam
  6. sambal nampak sedap.. tapi tak pandai makan pedas sgat

    BalasPadam
  7. Aduhaiii Sambal bonda tu mengancam Sungguh la...

    BalasPadam
  8. favourite saya ni. boleh buat la nanti

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.