Mattel Lancar Inisiatif Menyampaikan Mesej Terima Kasih Daripada Kanak-Kanak Kepada Petugas Barisan Hadapan Kesihatan

Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai Pembaca semua, info untuk anda semua. Ucapan terima kasih kepada Wira Mattel Lancar Inisiatif Menyampaikan Mesej Terima Kasih Daripada Kanak-Kanak Kepada Petugas Barisan Hadapan Kesihatan

Terima Kasih, Wira!
Mattel Lancar Inisiatif Menyampaikan Mesej Terima Kasih Daripada Kanak-Kanak Kepada Petugas Barisan Hadapan Kesihatan




Jom semua kanak-kanak, panggilan terakhir! Mattel, syarikat hiburan kanak-kanak global terkemuka, mengumumkan hari ini inisiatif dalam talian untuk membantu pengguna berkongsi mesej terima kasih kepada petugas barisan hadapan kesihatan. Program baru ini melengkapkan usaha syarikat untuk menderma edisi terhad #ThankYouHeroes, UNO dan mainan kepada hospital awam di negara ini.

Ketika pandemik COVID-19 mengambil alih dunia, ibu bapa dan penjaga menyatakan masalah yang dihadapi mereka untuk mengimbangi bekerja dan bermain dari rumah dan bagaimana mereka perlukan sumber bantuan. Mattel mencipta Mattel Playroom, sebuah laman web yang memaparkan aktiviti dan kandungan daripada jenama ikoniknya. Tidak lama selepas itu, syarikat itu melancarkan Play it Forward yang mengunakan pengaruh jenama-jenama di bawah syarikat tersebut untuk memacu kesedaran dan memberi sokongan kepada inisiatif penting yang membantu masyarakat. #ThankYouHeroes kempen pertama yang dilancarkan di bawah platform ini, direka untuk memberi penghormatan dan terima kasih kepada petugas barisan hadapan kesihatan dan wira harian yang menjaga komuniti di samping memberi sesuatu kepada petugas barisan hadapan kesihatan dan keluarga mereka. #ThankYouHeroes menampilkan produk daripada jenama seperti Fisher-Price®, Mega Construx®, Matchbox®, dan UNO®. Walaupun produk #ThankYouHeroes tidak tersedia di dalam negara, Mattel Continental Asia telah membangunkan kempen untuk mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan kesihatan hadapan negara kita.

Mulai sekarang sehingga 12 April 2021, Mattel Continental Asia telah menganjurkan inisiatif dalam talian untuk kanak-kanak untuk menulis ataupun melukis nota terima kasih kepada petugas barisan hadapan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sungai Buloh. Mattel akan menyusun ungkapan terima kasih dan menghantar ucapan mereka bersama-sama dengan derma mainan untuk kanak-kanak yang menjalani rawatan . Selain itu, seramai 50 kanak-kanak akan dipilih menerima edisi terhad #ThankYouHeroes UNO tin yang menampilkan karakter tercinta sebagai petugas barisan hadapan kesihatan dan wira setiap hari seperti HeMan® sebagai pekerja penghantaran barangan runcit dan Barbie® sebagai saintis.  




"Produk #ThankYouHeroes kami yang memberi tumpuan kepada menghormati dan menghargai petugas barisan hadapan kesihatan dan wira harian telah mendapat sambutan pengguna yang luar biasa," kata Encik Ivan Franco, Pengurus Besar, Mattel South Asia. "Kami gembira dapat membawa produk ini ke Asia melalui program ini yang memberi kanak-kanak peluang untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan kesihatan kerana mereka terus bekerja sepanjang masa untuk memastikan kami selamat."   

Sertai Mattel dalam mengiktiraf dan mengucapkan terima kasih kepada wira-wira harian kami dan sampaikan ucapan #ThankYouHeroes dengan menyertai inisiatif ini di Facebook mereka di http://bit.ly/UNOThankYouHeroesContest.  


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

3 PEMBERI ULASAN

  1. Permainann zaman kecik- kecik dulu...tapi x pernah main pun...hehehe

    BalasPadam
  2. Bagus inisiatif diorang utk menghargai frontliner

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.