Fiqih Puasa Bahagian 1 Hingga 6

Assalamualaikum dan Selamat Petang... Marilah sama-sama kita semak kembali Fiqih Puasa yang disediakan oleh UkhuwahFilHijrah dan dikongsikan di Channel Telegram Nasihat-nasihat kehidupan, Bonde insan biasa, ada masanya terlupa dan leka, Syukur Alhamdulillah ada Channel telegram ini, sebagai sumber rujukan terkini.  

Fiqih Puasa Bahagian 1 Hingga 6



1. Makna Puasa⁣

Puasa dalam bahasa Arab disebut dengan ash shiyaam (الصيام)⁣ atau ash shaum (الصوم).⁣
Secara bahasa Ash Shiyam ertinya adalah al⁣imsaak (السمساك) iaitu menahan diri.⁣
Sedangkan secara istilah ash⁣ shiyaam ertinya beribadah kepada Allah Ta’ala dengan menahan diri⁣ dari makan, minum dan pembatal puasa lainnya, dari terbitnya fajar⁣hingga terbenamnya matahari.⁣


2. Hukum Puasa Ramadhan⁣

Puasa Ramadhan hukumnya wajib berdasarkan firman Allah⁣ Subhanahu wa Ta’ala. ⁣
يا أيها الذين آمن ا كتب عليكم ال ّصيَام كما ُتب على الذين من قبلكم لعّكم تتّقون⁣
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa⁣sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kalian⁣ bertaqwa.” (QS. Al Baqarah: 183).⁣
Dan juga kerna puasa Ramadhan adalah salah dari rukun Islam⁣ yang lima.⁣
Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda,⁣
“Islam dibangun di atas lima rukun: syahadat laa ilaaha illallah⁣ muhammadur rasulullah, menegakkan shalat, membayar zakat, haji⁣ dan puasa Ramadhan.” (HR. Bukhari-Muslim)⁣


⁣3. Keutamaan Puasa⁣

1. Puasa adalah ibadah yang tidak ada tandingannya

2. Allah Ta'ala menyandarkan puasa kepada diri-Nya

3. Puasa mengabungkan tiga jenis kesabaran

4. Puasa akan memberikan sya'faat dihari kiamat

5. Orang yang berpuasa akan dihanjar dengan keampunan dan pahala yang besar

6. Puasa adalah perisai dari api neraka

7. Puasa adalah sebab masuk ke dalam surga


4. Hikmah Disyariatkannya Puasa⁣

1. Puasa adalah wasilah untuk mengokohkan ketaqwaan kepada Allah.⁣

2. Puasa membuat orang merasakan nikmat dari Allah Ta'ala.⁣

3. Mendidik manusia dalam mengendalikan keinginan dan sabar dalam menahan diri.⁣

4. Puasa menahan laju godaan syaitan.⁣

5. Puasa menimbulkan rasa iba dan sayang kepada kaum miskin.⁣

6. Puasa membersihkan badan dari elemen-elemen yang tidak baik dan membuat badan sihat.⁣


5. Rukun Puasa⁣

1. Menahan diri dari hal-hal yang membatalkan puasa.⁣

2. Menepati rentang waktu puasa.



6. Awal dan Akhir Bulan Ramadhan⁣

• Wajib menentukan awal bulan Ramadhan dengan rukyatul hilal, bila hilal tidak terlihat maka bulan Syaaban digenapkan menjadi⁣ 30 hari. Para ulama ijma akan hal ini, tidak ada khilaf di antara⁣ mereka. ⁣
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda,⁣
“Berpuasalah kerana jika melihat hilal, dan berlebaranlah jika⁣ melihatnya. Jika hilal tidak tampak, genapkanlah bulan syaaban⁣ menjadi 30 hari” (HR. Bukhari-Muslim).⁣
Ya Allah, sampaikanlah umur kami kepada bulan Ramadhan.....

Sambungan Bahagian 7 Hingga 11 post seterunya.

Semoga bermanfaat 

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

0 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.