Short Vocay Hard Rock Hotel Penang

Assalamualaikum Dan Selamat Malam... Hai pembaca semua, Kali ni Bonde nak cerita dengan anda semua pengalaman Bonde bermalam di Hard Rock Hotel Penang.  Ini adalah kali pertama Bonde menginap di Hard Rock Hotel Penang.  Sebelum ini Bonde memang plan nak datang sini.  Sebab memang teruja dengan keindahan Hard Rock Hotel Penang.  Berberapa tahun dulu pernah datang sini bersama family dan kami menginap di aparment berdepan dengan Hard Rock Hotel Penang.  Sebelum Covid 19 menyerang dunia dan Malaysia... berdekatan Hard Rock Hotel Penang  ini ada Pasar Malam dan deretan kedai makan ada banyak street food juga, waktu kami datang dan jalan kaki ke pasar malam berhampiran ohh ini throwback sangat cerita lama dan hampir tujuh belas tahun pun throwback Cik Fatin pun masa tu baru lima atau enam tahun... tak ingat dah.

Syukur Alhamdulillah tahun 2020 sekali lagi berpeluang datang Penang untuk bercuti.  Memang terujanya lain macam sikit.



Short Vocay Hard Rock Hotel Penang 

Percutian kali ini, Bonde bersama dua orang kawan yang selalu bercuti bersama, Plan asal adalah trip jalan-jalan cari makan ke Terengganu, tapi punyalah teruja beli tiket promo tertekan salah lokasi (Banana yang perasan).  disebab dah salah beli tiket, Bonde malas nak ubah apa-apa berkaitan tiket terus discus dengan Banana dan Odah sama ada mereka setuju atau tidak.  Disebabkan tiket pergi dan balik hanya 24 ringgit mereka setuju.  Terima kasih Air Asia buat promo tiket murah lepas musim-musim covid ni. 

Tapi tiket promo nih, Bonde terpaksa "move flight" sebanyak dua kali, sebab "cancelled by Air Asia ", Gara-gara kes Covid 19 yang meningkat naik tak mengira masa setiap hari ada sahaja kes meningkat,  masa tu Air Asia juga ikut jadual yang MKN keluarkan.  Patuh SOP, Syukur tiket boleh pinda ke tarikh yang lain.

Adik-adik Bonde Banana dan Odah pun sebenarnya mereka memang tengah busy dengan tugasan yang kena handle dekat pejabat, kesian juga Bonde tengok mereka berdua tak cukup rehat kat tangan tak lekang handphone update status di group whatsapp dan list kerja yang mereka buat masa tu...  Mood kerja On, Mood Cuti pon On... Kali ni bercuti di musim PKP memang duduk dekat bilik keluar untuk mengisi perut sahaja.

Percutian kali ni ke Penang adalah 3 hari 2 malam satu malam kami booking hotel murah iaitu Hotel OYO di Batu Peringgi dan satu malam lagi kami menginap di Hard Rock Hotel. 


Jika ada kesempatan Bonde akan kongsikan cerita sebelum kami menginap di Hard Rock Hotel kali ni tak ada internary disediakan sebelum kami travel... semuanya 'on the sport' plan datang Penang nak JJCM nak makan dekat mana? nak pergi mana semua google sahaja.  Kami juga tak menyewa kereta di Penang 100% guna grab car, niat kami nak membantu mereka yang buat partime job dan yang full jadi grab car.  Masa PKP kesian pendapatan mereka terjejas sedikit sebanyak kami senang guna grab car dari sewa kereta nak mencari lokasi dan parking lagi, lagi pun grab car di Penang ada banyak dan mudah nak didapati, semuanya grab car yang kami guna sangat mesra.  Kami pun sangat selesa sekali.

Internary Ringkas Short Vocay Hard Rock Hotel Penang 


Hari Pertama

- Bertolak dari KLIA
- Dim Sum Valet
- Check in OYO Hotel
- Makan malam street food depan OYO Hotel
- Karaoke (saje-saje)

Hari kedua

- Makan tengahari  gerai depan Hard Rock Hotel
- Jalan-jalan Pantai belakang Hard Rock Hotel
- Check in Hard Rock Hotel
- Mandi manda 
- Shoppng di Shop Hard Rock Hotel
- lepak di Hard Rock Cafe
- Makan malam gerai depan Hard Rock Hotel
- Lepak bilik

Hari Ketiga

- Check out Hard Rock Hotel
- Makan tengahari 
- Singgah beli jeruk Pak Ali
- Terus ke Airport

Kami sampai di Hard Rock Hotel lebih kurang jam 12.30 tengahari... Banana uruskan booking di Hard Rock Hotel, memandangkan waktu 'check in' nanti dalam jam 3.00 petang (Sabtu agak lewat sikit kerana ada yang lambat check out)

Kami pun gerak ke gerai di hadapan Hard Rock Hotel, untuk makan tengahari.



Mercu tanda Hard Rock Hotel Penang 


Wajiblah bergambar dekat sini kan bila dah jejak kaki disitu.... percaya ke ada sekeping jer gambar Bonde dekat sini? hahaha


Pemandangan Pantai Di Belakang Hard Rock Hotel

Ya Allah rindunya bunyi Ombak... lama tak pergi Pulau! Rindu sangat-sangat dapat hirup angin petang-petang di tepi pantai walau sekejap... puas rasanya.

Kami ke sini lepas makan tengahari di gerai depan Hard Rock Hotel, memandangkan waktu 'check in' lambat lagi. Sementara menunggu kami ambil peluang jalan-jalan ke Pantai.  Hajat dihati nak naik Bos, tapi kos tinggi pulak untuk kami bertiga sebab bot boleh kongsi-kongsi dengan orang lain juga.  Tapi masa ni tak ada orang pun dekat situ.


Lihatlah pemandangan terbentang luas.....


Cuasa sangat cantik... dengan awan yang membiru... 


Tak sedar dalam menikmati keindahan pantai, Banana dapat call dari Hard Rock Hotel Penang  memberi tahu bilik kami telah tersedia.  masa 'check in' pun dah dekat... jadi kami terus balik ke Hard Rock Hotel untuk 'check in'.

Apa lagi lajulahh kami masuk ikut pintu belakang Hard Rock Hotel Penang ! Kami kena tahan dengan Pak Guard!  sebenarnya pintu tu tak boleh akses oleh public yea.  Nak masukpun sebenarnya kena pakai gelang dahulu, Maksudnya yang dah check in di hotel jer boleh keluar masuk sesuka hati.  Tapi.. kami beritahu pada Pak Guard tu.. pihak hotel baru call bla..bla.. explain dekat dia, dia bagi kami lalu.  Bukan apa kalau tak ikut jalan tu kena patah balik agak jauh juga ikut laluan hadapan.  Kami dah penat ronda pantai he he he

Pemandangan Sekitar Kolam Hard Rock Hotel Penang 







Nak tahu Bilik apa yang kami Booking??? ini memang bilik yang kami idam-idamkan...

Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Pemandangan Lagun


Bilik ni memang kami idam-idamkan kerana ianya berhadapan dengan kolam renang, kami boleh akses ke kolam renang dari dalam bilik sahaja.... sebab tu, kami memang banyak habiskan masa di bilik sesuailah dengan konsep cuti kami kali ni! nak rehat dan santai-santai dibilik sahaja.


Info tentang bilik  Deluxe Double atau Twin


Saiz bilik 42 m²

Bilik ini menawarkan akses terus ke kolam renang. Ia menyediakan TV LED 50 inci dengan filem-filem blockbuster kegemaran ramai di dalam bilik secara percuma, pemain DVD/CD dan saluran penstriman muzik secara percuma. Ia menyediakan sistem bunyi BOSE dan mesin kopi Nespresso. Surat khabar digital tanpa had boleh didapati di dalam bilik.

Katil tarik keluar disediakan dengan bayaran tambahan. Atas sebab-sebab keselamatan, hotel ini tidak membenarkan kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun menginap di bilik ini.

Di bilik mandi peribadi anda:

Kelengkapan dandanan diri
Jubah mandi
Tab mandi atau pancuran mandian
Tandas
Selipar
Bidet
Pengering rambut

Pemandangan:

Pemandangan kolam renang

Kemudahan bilik: ​

Seluruh unit terletak di aras bawah
Almari
Minibar
Penyaman udara
Peti deposit keselamatan
Kemudahan menyeterika
Seterika
Mesin kopi
Cerek elektrik
Meja kerja
Telefon
Saluran satelit
Radio
TV skrin rata
Pemain DVD
Pemain CD
Perkhidmatan bangun tidur

Merokok:

Merokok tidak dibenarkan

Kalau dari pintu masuk utama, Bilik kami ni adalah bilik yang pertama di sebelah kiri.  Dan Shop terletak dikiri pintu utama, memang dekat sangat.





Santai-santai di Shop Hard Rock Hotel Penang 

Tak sah kalau ke Hard Rock tak singgah Shop dia, Bonde memang suka beli baju Hard Rock dan Kanda pulak memang kumpul koleksi baju Hard Rock.


Koleksi teddy bear Hard Rock Hotel Penang 


Koleksi Baju The Beatles Hard Rock Hotel Penang 



Apa yang Bonde beli di Hard Rock Hotel Penang ?

Bonde tertarik dengan hoodie Koleksi  Hard Rock Hotel Penang, untuk info anda, jika menginap di Hard Rock Hotel Penang, anda akan dapat 10 % diskaun... lepas tu dengan apa-apa pembelian 5 barangan Hard Rock Hotel dapat 20 % diskaun.  Jadi kami bertiga plan nak beli hoodie ni sama-sama dan untuk mencukupkan 5 barang Banana tambah tshirt dan odah beli frigde Magnet Hard Rock Hotel. Yeayyy dapat 20 % diskaun, jadi hoodie jatuh dalam RM 180.00 dari harga asal RM 200+ jadilah kan...


Tapi hoodie ni datang dengan set topi, memang cantik sebab ada bunga rose tu.. Bonde tak belilah sebab tak pakai pon nanti he he he


Pemandangan Malam.....Hard Rock Hotel Penang 

Lepas shopping dekat shop kami keluar makan di gerai hadapan Hard Rock Hotel Penang.  Gerai tu memang meriah dan ada pelbagai menu masakan popular antaranya Mee Udang dan Rojak Pasembor.  







Malam tu kami makan menu ala thai... dan juga satey.. havenlah santai-santai makan lepas tu lepak dibilik dengan permandangan kolam yang berwarna warni.


Hari ketiga

Siap-siap kemas nak check out dah....rasmikan hoodie baru hehehe tadaaa....


Group photo!





Ni sahaja yang dapat Bonde kongsikan pengalaman yang sangat menyeronokkan dekat Hard Rock Hotel Penang. 

Bilik yang kami booking sangat selesa, katil King muat untuk kami bertiga!

Syukur dapat juga merasa bercuti di Hotel mewah ini. Next nak bawa family pula... InsyaAllah.

Untuk sebarang tempahan bolehlah klik Hard Rock Hotel Penang 


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

3 PEMBERI ULASAN

  1. hotel fav adik saya aritu saya duk holiday villa aje. mmg best area sini kan. pantai cantik

    BalasPadam
  2. Bestnya.. Nt nk g juga lah.. Mesti anak suka

    BalasPadam
  3. Bestnya... As teringin nak stay sana, tapi mahal la... hehehe

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.