Lunch Bersama Sebelum Masuk Asrama Balik Di Restoran Windmill Aeon Nilai

Assalamualaikum dan Selamat Malam, Back To Vokay, Kalau murid sekolah rendah Back To School, Untuk pelajar Kolej Vakasional macam Cik Fatin jadi Back To Vakay.  Cik Fatin sudah dekat enam bulan dari tahun lepas duduk dirumah dan kelas online  dari rumah sahaja, mungkin Cik Fatin rindu akan suasana Kolej memandangkan ada lagi setahun Diploma perlu di duduki, kiranya Diploma tahun kedua iaitu tahun akhir.  Biasalah Kelas online ni ada baik dan ada buruknya.. Yang bagus guru tetap buat kelas walau yang online hanya lima atau enam orang.  Yang buruk atau kelemahannya ialah kerjasama kumpulan tak dapat dibuat dan ada anak murid yang 'krik-krik' mungkin sebab tiada line internet dirumah (think positif).  Bonde sendiri kena pantau assigment dan kerja/latihan dan kehadiran kelas online Cik Fatin kerana guru menyediakan group khas di telegram bagi sarana ibu/bapa memantau kehadiran anak-anal mengikut jadual yang telah ditetakan.  

Lunch Bersama Sebelum Masuk Asrama Balik  Di Restoran Windmill Aeon Nilai




Bila arahan pelajar Kolej Vakasional kena kembali ke Kolej dan sambung pengajian mulai 1 Mac 2021, Bonde akur dan alhamdulillah urusan nak merentas Negeri dipermudahkan oleh MKN kerana tak perlu minta pengesahan di Balai Polis berhampiran untuk merentas Negeri cukup dengan mengemukakan surat yang telah dikeluarkan oleh pihak sekolah.  Syukur Alhamdulillah CiFebruari 2021.

Sebelum balik ke Kolej Vakasional sempatlah singgah dekat Aeon Nilai untuk membeli dan 'top up' sedikit keperluan Cik Fatin untuk bekalan di asrma.  Selesai membelibelah kami pun plan untuk makan tengahari di Johny Steamboot.  Tapi tak ada rezeki kerana kebetulan nak makan tu memang tiada kosong, beratur panjang dan lagipun waktu makan tengahari kena tunggu.  Disebab masa tak mengizinkan untuk kami bersantai-santai jadi cancel makan dekat Johny Steamboat lain kali sahaja.  Lagi pun tak seronok makan stemboat pada waktu yang tak tepat... terkocoh-kocoh akan buat perasaan kita kelam kabut.

Pilihan Kedua makan di Black Canyon, tiada rezeki juga kerana meja penuh kalau nak kena tunggu.  Bonde nampak ada meja kosong di Restoran sebelah iaitu Restoran Windmill jadi terus ajak kesitu.  Alhamdulillah rezeki kami terus minta nak duduk disitu.

Disebabkan kami tak sarapan pagi tu, lepas cari barang Cik Fatin tadi jadi kami 'brunch' terus breakfast+lunch senang, tak selalu buat macam nih selalu memang sarapa dulu... tadi memang tak sempat ada bawa bekalan air untuk minum dalam kereta jer.

Jomlah Tengok menu-menu yang Bonde makan, kami oder set thai food ada  tom yam,  ayam masak ala thai, telur dadar dan tambahan kangkung goreng belacan.








Selesai makan, kami terus gerak ke Kolej Vakasional, Syukur Alhamdulillah dekat highway tak sesak, cuaca baik, tak hujan.. perjalanan lancar.

Norma Baharu Penghantaran Anak Pulang Ke Kolej Vakasional.


Pelajar dikehendaki pakai mask.

Penghantaran anak adalah secara pandu lalu.

Ibu/bapa tak perlu turun.

Hanya pelajar sahaja yang turun.

Guru bantu turunkan semua barang yang dibawa.

Yuran dibayar melalui online banking sertakan semua resit-resit

Moga semuanya dipermudahkan kalut jugaklah kami sebagai ibu/bapa ni, takut ada apa-apa yang tercicir susah nak merentas negeri dah hingga habis PKP.

Moga rangkaian covid 19 segera terputus  dan kita semua kembali seperti suasana sebelum covid 19 InsyaAllah, sama-sama doa yang baik-baik.  Aamiin.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

2 PEMBERI ULASAN

  1. Semoga dipermudahkan buat Fatin...risau anak- anak belajar kan...tapi x leh buat apa sebab lebih bagus sekolah face to face ngan cikgu dari terus belajar online di rumah

    BalasPadam
  2. fatin dah masik vokay dah ye.. selamat belajar

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.