Inaidamia Lancar Produk Dan Bungkusan Baharu

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua pembaca blog Bonde, Bonde sangat suka pakai inai, ada tak dikalangan pembaca semua suka pakai inai macam Bonde, dekat sini Bonde nak Kongsikan tentang Inaidamia Lancar Produk Dan Bungkusan Baharu.

Sebelum itu, Bonde nak perkenalkan 

 Tentang Inaidamia Sdn Bhd.

Inaidamia Sdn Bhd ialah syarikat yang memasarkan produk inai daun semula jadi, halal dan selamat, beribu pejabat di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Inaidamia ialah jenama terkemuka di pasaran inai semula jadi dan halal dengan rangkaian produk mesra wuduk dan bebas daripada bahan kimia terlarang. Kedai rangkaian dan pengedar produk Inaidamia terdapat di seluruh Malaysia.

Inaidamia Lancar Produk Dan Bungkusan Baharu

Inaidamia Sdn Bhd, sebuah syarikat yang memasarkan produk daun inai semula jadi akan melancarkan produk baharu mereka, iaitu Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium pada 8/3/21. Inaidamia juga menawarkan promosi prapelancaran bermula 22/2/21 hingga 7/3/21 sempena pelancaran produk-produk baharu tersebut.

Serbuk inai dan inai rambut ini dihasilkan daripada 100% inai tulen dengan kualiti premium tanpa pewarna tambahan dan bahan kimia terlarang yang diimport dari Sojat City, Rajasthan, India.

Pengasas Inaidamia, 
Noor Hazlinda Ridzuan


Pengasas Inaidamia, Noor Hazlinda Ridzuan menjelaskan bahawa, “Kami komited dalam menghasilkan produk inai 100%
asli bagi menyediakan alternatif yang lebih selamat kepada pengguna berbanding produk berasaskan bahan kimia sintetik. Inisiatif ini juga selaras dengan misi Inaidamia untuk memasarkan produk kecantikan berdasarkan sumber semula jadi.”

                   

“Produk semula jadi menjanjikan kualiti dan utrient yang lebih tinggi kepada pengguna. Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium ialah respons Inaidamia terhadap permintaan pelanggan yang inginkan inai yang warnanya tahan lama di samping menyihatkan rambut. Apabila Inai Serbuk dipakai pada jari, pengguna akan mendapati warna inai tahan lama di kuku sehingga kuku habis dipotong. Apabila digunakan pada rambut, pengguna akan mendapati Inai Rambut Premium berupaya menguatkan akar rambut dan mengurangkan rambut gugur, serta menghilangkan kelemumur,” tambah beliau.

Dalam usaha menarik perhatian pelanggan semasa dan lebih ramai pelanggan baharu, Inaidamia juga melancarkan reka bentuk pembungkusan baharu untuk produk mereka. Wajah baharu produk-produk Inaidamia tampil lebih moden namun masih mengekalkan ciri tradisi dan kewanitaan. Inaidamia komited dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi dan selamat digunakan, tetapi di samping itu, mereka tidak lupa untuk meningkatkan imej mereka, iaitu dengan menampilkan reka bentuk dan rancangan pemasaran yang lebih baik.

                         

Bagi pelanggan yang berminat untuk mendapatkan promosi Inaidamia sebelum pelancaran, anda boleh menghubungi ejen Inaidamia di seluruh Malaysia atau melayari laman web Inaidamia di https://inaidamia.com/produk/. Semua produk Inaidamia dibenarkan untuk dibawa solat (solah), bebas daripada bahan kimia terlarang dengan harga berpatutan. Laman web Inaidamia juga mempunyai tanda meterai BizTrust daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Info lanjut di https://inaidamia.com

atau hubungi:

Ridzzaida Ridzuan,
013-2223203

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

6 PEMBERI ULASAN

  1. Boleh menguatkan rambut dan kurangkan rambut gugur tu, menarik. macam nak cubalah. sekarang ni, rambut bermasalah sikit.

    BalasPadam
  2. Cantiknya packaging dia. Owner dia pun lawa mesti best inai ni

    BalasPadam
  3. Menarik ni...nampak cantik warna dia..siap boleh bawak solat kan...

    BalasPadam
  4. Menarik inaidamia ni sebab guna inai tulen tanpa bahan2 kimia. Rasa selamat nk guna.

    BalasPadam
  5. Suka tgk packaging baru dia nampak nice gila kan

    BalasPadam
  6. Ramai kawan pun recommended this, i pun nak try their Inai Rambut Premium for my hair.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.