Menu Makan Tengahari Bertemakan Lauk Kampung Dan Ulaman Segar

Menu Makan Tengahari Bertemakan Lauk Kampung Dan Ulam Segar Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua.. Minggu lepas Bonde dan family dapat balik Kampung...seronok sangat dapat balik Kampung musim-musim PKP nih! Jangan salah sangka ingat Bonde langar SOP pulak yea Kampung Bonde dalam Daerah yang sama dan dekat jer dengan rumah.  Cuma komitmen kerja tu yang membataskan untuk Bonde pulang ke Kampung.  Dapat berkumpul adik beradik yang dekat memang seronok.  Aktiviti utama ialah Makan-makan sampai lebam, ada jer menu nak masak dari pagi ke malam he he he


Menu Makan Tengahari Bertemakan Lauk Kampung Dan Ulaman Segar

Bonde nak kongsikan menu masakan tengahari Bonde dikampung, Menu ni yang pastinya dah lama tak makan. Menu ni juga akan jumpa kalau balik Kampung jer hahaha.

Menu utama ialah :

Telur Itik Masak Lemak Cili Api letak Asam Belimbing Buluh

Mana Bonde dapat Asam Belimbing Buluh? Kawan dekat pejabat yang bernama Kak Anum bagi. Lepas tu pikir asam belimbing buluh sedap makan dengan apa? selalu masak letak dalam sambal sardin, sambal hitam, masak lemak cili api, Lepas tu teringat menu lama tak makan, masak lemak telur itik, terus watsapp Kak Long minta dia belikan telur itik. Telur itik ni Abang Long beli dekat kedai Aceh dekat Kampung, beli dua belas biji, tapi sebiji dah rosak masuk angin, jadi Kak Long buang tinggallah sebelas biji, so menu masak lemak telur itik siap!


Menu kedua Sambal Ikan Bilis Petai

Petai ni anak buah yang nama CD bawak balik asalnya nak masak ikan bilis dengan jering tapi disebabkan jering yang Bonde bawak balik muda, tak jadi buat sambal goreng macam ni tukar menu sambal ikan bilis petai.


 Sayur Petola Tumis dengan Soon

Sayur Petola ni anak buah yang nama Teha bawak balik, kebetulan jirannya bagi, ada beberapa batang banyak jugalah hasil tanaman depan rumah.  Maka terjadilah menu petola tumis dengan soon


Ulam Jering Muda

Ini jering yang Bonde bawa balik, Jering ni pun ada ceritanya... Bonde kirim dengan kawan pejabat namanya Jelin dekat Kampungnya ada jual satu plastik RM 5 jadi boleh memang nak bayar, bila nak bayar dia tak nak ambik duit pulak... jadi segan Bonde.. dia kata tak apalah dia sedekah... Alhamdulillah rezeki.  Disebabkan jering ni masih muda sedap buat ulam sahaja.


Bersama menu-menu diatas ni ada Ikan Siakap Goreng kunyit, tapi dah terlupa nak ambik gambar... Ikan siajap pula Abang nombor tiga bonde bagi, hasil dia memancing dekat Sungai belakang rumah.  Sungai tu area Kuala Bagan Lalang... Pantai popular kat Kampung Bonde.

Alhamdulillah Syukur rezeki, semua menu masakan ada penceritaan, Bila berkumpul lauk biasa-biasa jadi berselera makan.  Macam mana sedap tak menu kampung yang Bonde kongsikan, minggu ni pikir pulak nak makan apa?


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

5 PEMBERI ULASAN

  1. Amboi sedapnya lah lauk kampung macam nie Bonda.. Seronoknya kampung dalam satu daerah..

    BalasPadam
  2. adudu sedapnya. makan lauk mcm ni maunya bertambah2

    BalasPadam
  3. Lauk pauk mcam ni memang menggamit selera dan buat makan bertambah...nasib SAa x makan jering...hehehe

    BalasPadam
  4. Memang betul2 menu kampung. Siap lengkap dengan jering muda dan sambal ikan bilis! Sedapnya.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.