Pengalaman Membeli Barang Kemas Di PG Mall



Pengalaman Membeli Barang Kemas Di PG Mall Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua, Bonde nak kongsikan pengalaman membeli barang kemas di PG Mall.  Untuk makluman anda Bonde sebelum ni Bonde tidak pernah membeli Barang kemas secara online, baru-baru ni Bonde buat pembelian di PG Mall.

Pengalaman Membeli Barang Kemas Di PG Mall

Bagi anda yang pertama kali dengar PG Mall, Mesti tertanya-tanya apa itu PG Mall?


PG Mall adalah platform beli belah atas talian yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn Bhd (836625-K) dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd. PG Mall bermatlamat untuk menyediakan platform perniagaan yang efisien untuk peniaga mempelbagaikan portfoilio perniagaan mereka dari perspektif global.

Pelanggan PG Mall mempunyai seleksi produk yang pelbagai dari Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Gaya Hidup, Makanan & Minuman, Sukan & Rekreasi, Kanak-Kanak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Automatif dan E-Baucer. Uniknya PG Mall, jumlah produk kami meningkat setiap hari dengan penambahan bilangan penjual secara atas talian bersama kami.

Kami di PG Mall berbesar hati menyambut masyarakat malah kepada peniaga baru yang ingin berniaga secara atas talian untuk menyertai kami dalam usaha merubah dunia e-dagangan, juga bagi pelanggan untuk membeli-belah atas talian di Malaysia.

Kenapa Membeli Belah di PG Mall?


1-Jimat Setiap Hari di PG Mall


Siapa yang tidak menyukai produk Berkualiti Terbaik dengan Harga Paling Mampu yang anda boleh minta? Di PG Mall, setiap hari anda dapat mengharapkan promosi yang dapat membantu anda menjimatkan perbelanjaan anda dalam jangka masa panjang.

2-Pengalaman Beli-Belah Wow!


Belanja bila-bila masa, di mana sahaja dari komputer dan telefon bimbit anda. Kami melakukan selebihnya untuk anda. Dengan perkhidmatan penghantaran kami yang pantas dan boleh dipercayai, hanya duduk, berehat dan pakej anda akan sampai kepada anda.

3-Beli-Belah Boleh Dipercayai dan Selamat


Di PG Mall, kebolehpercayaan dan keselamatan pengalaman membeli-belah oleh pembeli adalah kepentingan utama kami. Dalam persekitaran yang selamat dan selamat, kami menyediakan pembeli pilihan kami dengan pelbagai pilihan pembayaran selamat termasuk pemindahan perbankan dalam talian segera dari semua bank utama di Malaysia.

Disebabkan 3 perkara diatas Bonde jadi berani untuk membeli barang kemas di PG Mall.

Cara Nak Beli Barang Kemas 916 di PG Mall


1- Mula-mula ada masuk laman web https://pgmall.my/home  selepas itu anda klik Jewellery

2- Buat pilihan barang kemas yang anda hendak beli

3-Semak baki produk di kedai yang tertera (sambil tu semak juga review dari pembeli sebelumnya)

4-Buat bayaran

5-Tunggu Pesanan anda sampai

Info menarik : Cara Buat Simpanan Emas



Spesifikasi Produk Dan Deskripsi Produk 



Maklumat Pembelian Dan Pesanan Saya 

Untuk maklumat pembelian anda akan terima selepas pembayaran di buat ke email yang telah didaftarkan.

Semakkan penghantaran di Pesanan Saya


Review Dari Bonde Tentang Jewellery 916 Charm Ring


Design ni memang Bonde pekenan sangat, sebelum ni nak sangat beli, sebab tak jumpa design macam ni di kedai yang emas yang lain, tapi masa tu tak ada stok.. sedih sangat.  Kebetulan baru-baru ni Bonde buka PG mall tengok ada pula stok design yang Bonde nak? Jadi memang terus buat pembelian dan bayar.

Penghantaran Pantas.

Pembelian mengambil masa lebih empat hari sahaja untuk penerimaan barang yang dipesan walaupun dekat pesanan saya dinyatakan anggaran dalam tujuh hari untuk penghantaran.

Puas Hati Dengan Item Yang Di Beli

Bonde berpuashati dengan barang kemas yang Bonde terima, cantik sekali charm tu... Love sangat! lepas ni bolehlah cari koleksi yang lain pula he he he

Kalau anda berminat nak beli Barang Kemas 916 charm ring macam Bonde boleh klik link dibawah ni 


Emas Turun Harga.

Sebelum ini Bonde beli Barang Kemas 916 Charms Ring ni pada harga RM 300.00 tapi harga sekarang adalah RM 270 beza RM 30.00 tu... untung sapa yang beli sekarang dapat harga murah.


Di PG Mall ada macam-macam barangan dijual dengan harga promosi sempena 12.12 nanti, jadi jangan lepaskan peluang untuk membeli belah di PG Mall, 
Untuk info lanjut sila ke laman web dibawah :


Selamat Membeli belah

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. waa.. bestnyaa.. mcm byak beli emas di PG Mall skrg kan kak..

    BalasPadam
  2. onlinw emas pun boleh ye..best ni

    BalasPadam
  3. Tak pernah lagi beli emas online. Bagus PG mall ni ya. Nnt bolehlah tgk2

    BalasPadam
  4. Senang la nak beli emas sekarang ni, online pun ada. Harga pun lebih murah. Bertambahlah koleksi kita selepas ni.

    BalasPadam
  5. wah..bonde shopping emas...nieyl blm pernah lagi try PG MALL ni..
    bila nampak testimoni bonde ni, bleh la tgk² dlu..

    BalasPadam
  6. TB pun terfikir nak beli emas jugak.. Tapi macam nak beli air fryer kat pg mall ni. Adoii. Serbasalah. Huhu

    BalasPadam
  7. wahhh nanti nak ushar2 jugalah bonde

    BalasPadam
  8. Bersinar mata tengok emas. Tak pernah lagi beli emas online

    BalasPadam
  9. Skrg temgah harga murah kan .. dr haritu aim nak beli .. now dah naik balik rega kan ... satgi usha balik pgmall

    BalasPadam
  10. Mklau dapat harga murah mmg nak la sgt beli.. senang beli online dekat PGMall je

    BalasPadam
  11. sekarang ni, beli emas pun senang, online sahaja.

    BalasPadam
  12. Zaza tak pernah beli emas..utk diri sdri pun tak pnh..maybe akan dtg kalau berminat baru beli kot hehe..pgmall ni suka beli barang mknn

    BalasPadam
  13. Wah bestnya beli emas. Nak ushar juga lah emas kt PG mall nanti. Selalu beli household items je kat sana.

    BalasPadam
  14. tak pernha juga beli emas online.. risau.. tp tgk bonde okey je blh la cuba nnati

    BalasPadam
  15. Bonde pun dah ada pengalaman beli barang kemas kat pgmall.. tgh survey jugak nie.. teringin nak beli juga

    BalasPadam
  16. Nak juga beli emas dekat pg mall.. Tengok ade kawn dh beli, so tak rasa was2

    BalasPadam
  17. Teringin nk beli emas kt pgmall tp xberani lg.. Tp tgk rmi dh beli kt sini mcm best je

    BalasPadam
  18. Marsha pun beli charm aritu Bonde. Dah sampai pun memang lawa sangat

    BalasPadam
  19. Wah bestnya.. boleh jugak la cuba.. kiranya memang secure beli kat of mall ni kan

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.