Khasiat Bunga Telang

Khasiat Bunga Telang Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua.. Hari ni Bonde nak kongsikan dengan anda semua berkaitan tumbuhan, Hari Ahad yang lepas Bonde dan family sempat berjalan ke Kuala Lumpur dan singgah dekat Sogo, lama betul tak pergi Sogo tau! Sogo pun mengamalkan norma baharu seperti pasaraya yang lain nak masuk kena semak suhu, pakai mask dan hand sanitizer macam biasa. Jalan-jalan dalam sogo, sebelum balik singgah makan dekat Teh Tarik Place... sebelum tu Bonde singgah dekat Jaya Grocer beli salad ready made dengan buah potong.  Ternampaklah rak yang ada jual kaktus dan tumbuhan herma.  Terpandang pasu yang tertera Bunga Telang.  Terus teruja nak beli.  Sebab apa Teruja? kononnya nak masak nasi kerabu hahaha.


Khasiat Bunga Telang 


Sebenarnya Bonde tak pernah pun buat nasi kerabu dekat rumah, sajalah beli sepasu pokok numga telang ni, sebab nak tanam kat pasu jer... Semalam, ada terbaca tentang kebaikkan dan khasiat bunga telang ni.  Terus rasa nasib beli... kalau tak menyesal tak sudah.


Khasiat Bunga Telang 


Manfaat Bunga Telang (Clitoria ternatea) @ Bunga Nasi Kerabu


Khasiat perubatan



Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita. Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkan dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.
Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.




15 Manfaat lain Bunga Telang.

1. Menyuburkan rambut


Kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.


2. Mengurangkan sakit kepala


Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.


3. Merawat ulser mulut.


Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut. 

4. Insomnia


Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia. 

5. Mengubati bisul


Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut.

6. Melawaskan kencing


Akar digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap. 

7. Membersihkan mata


Bunga dan daun kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah. 

8. Perbaiki haid wanita


Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid. 


9. Merangsang memori dan kebijaksanaan


Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.

10. Pewarna makanan dan fabrik


Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila. Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut (bertindak sebagai nila)

11. Sebagai detox


Teh herba bunga telang dapat hilang kan racing dalam sistem PENCERNAAN. Amik 2 3 kuntum bunga rendam air panas dan minum boleh ltk madu atau tambah limau nipis buat air biru bertukar menjadi purple!

12. Mengubati batuk


Akar bunga telang dpt ubati batuk dan asma


13. Ubati bronchitis


Rebus 30-60grm Akar telang dengan 4gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1gelas 2kali waktu pagi dan malam. 


14. Mencuci darah


Darah  kotor penyebab jerawat dan bisul. Minum air rebusan Akar telang dipercayai mampu cuci darah

15. Ubati sakit telinga


Ambil daun telang ramas dalam air campur garam sapu pad atelinga yang sakit.
Boleh juga dimakan bunga telang. Campur kan dalam telur dan masak seperti telur dadar atau celup tepung pun sedap!

Baiklah itu sahaja 15 Khasiat Bunga Telang, Kalau anda tahu bolehlah kongsikan dikomen, doakankan pokok bunga telang Bonde hidup dengan subur yea.




~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

1 PEMBERI ULASAN

  1. baru tau banyak rupanya khasiat bunga telang ni, ingatkan untuk buat nasi kerabu je, nak try juga untuk rambutlah. Banyak kat sekolah tadika anak

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.