Aktiviti Menarik Di Cameron Highland 3 Hari 2 Malam

Aktiviti Menarik Di Cameron Highland 3 Hari 2 Malam Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua... Bonde nak kongsikan dengan anda semua tentang aktiviti yang telah Bonde sertai Disember tahun lepas bersama dengan staff jabatan yang lain.  Setelah perbincangan antara pengarah dan kakitangan yang lain, sebulat suara bersetuju untuk team building jabatan dilaksanakan di Cameron Highland. Yeayyy seronoknye pergi Cameron Highland.

Aktiviti Menarik Di Cameron Highland 3 Hari 2 Malam



Antara aktiviti yang kami laksana disana.

Hari Pertama.

9.30 pagi - Bertolak dari Cyberjaya 

12.00 tgh -  singgah makan di Nasi Bamboo Sungai Klah.  Perjalanan di teruskan ke Rumah Penginapan Majlis Perbandaran Sepang.  

3.00 ptg - minum petang 

3.30 ptg - 7.00 mlm - Perbincangan Prestasi Jabatan dan Hala tuju tahun 2020

8.00 mlm - makan malam di Kekanda Steamboat & Grill

Info Rumah Peranginan Majlis Perbandaran Sepang


Rumah Peranginan milik Majlis Perbandaran Sepang ini terdapat dua buah di No 11 dan 13 dekat Golden Hill berdekatan pasar malam.  Rumah Peranginan ini hanya boleh disewa untuk kakitangan MPSepang sahaja.  Untuk trip kali ini kali juga telah tempah dua buah rumah untuk penempatan staff lelaki dan wanita. 
 
Rumah Peranginan ini lengkap dengan perabot dan peralatan elektrik.  Kadar bayaran rumah ini untuk 3 hari 2 malam adalah RM 300 dan cagaran sebanyak RM 100.

Rumah Peranginan ini mempunyai 3 bilik di bahagian atas termasuk 1 master bedroom kesemua bilik mempunyai bilik air.

Dibahagian bawah pula terdapat 2 bilik kecil yang memuatkan 2 katil single.



Selesai perbincangan, seterusnya solat bersiap untuk ke aktiviti seterusnya  makan malam di Kekanda Steamboat & Grill.  Memang sesuailah sejuk-sejuk dapat makan makanan panas-panas.  Pertama kali makan di Kekanda Steamboat & Grill  waktu di Cameron Highland...

Puan Mahanum telah menguruskan tempahan di Kekanda Steamboat & Grill jadi lepas magrib kami beramai-ramai berjalan dari rumah penginapan menuju ke Kekanda Steamboat & Grill perjalanan sekitar 5 minit sahaja.


Bonde memang suka makan steamboat dan grill tau, memang kesukaan sangat-sangat... jadi dibawah ni antara makanan yang sempat Bonde makan malam tu...


Dalam periuk atas ni bukan kepunyaan Bonde seorang, tentulah ianya berkongsi bersama yang lain. Untuk grill Bonde makan kambing grill dan udang grill.  Malam tu terlebih makan kambing nasib dekat Cameron kalau tak mau kepanasan.


Pinggan bawah ni untuk sup pelbagai jenis fishball bonde ambik... sedap makan sup sejuk-sejukkan...



Baiklah, ini review dari Bonde, 
Sedap makan dekat sini, semua makanan fresh-fresh dan kalau habis dekat buffet tu cepat diaorang top up! time nak makan selesa sekali tak sempit ruang besar dan suasana kedai bersih.  Next datang Cameron Bonde nak ajak family makan dekat sini... balik cerita dekat diaorang pon terliur sama... he he he

Aksi dekat bawah ni, selepas makan semua orang puas hati dan suka hati lepas makan ronda-ronda pasar malam sekejap... he he he


Info Berkaitan Kekanda Steamboat & Grill



Kekanda Steamboat dan Grill  dengan harga hanya RM 29.90 sahaja.

Waze Jalan Golden Hills 1, Brinchang : https://waze.com/ul/hw2b1dc10h
Call / SMS : +60193990315 (Kekanda)

Lepas makan Bonde jalan-jalan dekat Pasar Malam dan beli tshirt murah-murah dan beli baju panas dekat bundle pasar malam tu... harga bundle dekat sini memang mahal sikit, tapi kualitinya memang tip top dan baju masih cantik nampak macam baru.... tergoda dan terbeli satu ha ha ha



Selesai jalan-jalan pasar, Bonde pun balik ke Ke Rumah Peranginan... Bonde dah pilih bilik tidur yang berada dibawah... bersebelahan tandas. selesalah untuk tidur seorang.


Jumpa next entri untuk aktiviti seterusnya... he he he iaitu... kembara naik jip ke Mossy Forest


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

9 PEMBERI ULASAN

  1. wuwuu time2 mcm ni teringin nak pi jenjalan la bonde

    BalasPadam
  2. Bestnya pegi cameron. Dh lama tak ke sana. Banyak pembaharuan ye bonda.

    BalasPadam
  3. cameron highlands! rindu nyer nak naik sana, bonde.
    dek krn covid19 ni, x dpt la nak ke sana hu hu hu hu :)

    BalasPadam
  4. best g cameron.. setiap tahun mst akan jejak kaki sini tp thun nie npknya mmg takde la nk g dah..

    BalasPadam
  5. Bestnya Bonda.. Kak Sue ada plan juga nak ke CH lagi, tapi tunggu semua reda dulu lah kan..

    BalasPadam
  6. Best kalau buat steamboat and bbq kat cameron highlands, kita pun dah lama tak pergi jalan jalan.

    BalasPadam
  7. Seronok dpt jalan kat cameron ni kan... Walaupun jlnnya simpang siur nak naik ke atas hee

    BalasPadam
  8. Bestnya bonde. Dah lama pula cx rasa tak naik cameron. Last naik, cx muntah2. Hahahha adoi. Selalunya takde pon.haha

    BalasPadam
  9. Kalau dekat CH memang rutin dia makan steamboat pastu g pasar malam. Cuma semenjak covid ni Marsha elakkan sementara

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.