Rahim Kembang? Ini Cara Mengatasinya

Rahim Kembang? Ini Cara Mengatasinya Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua... Ramai dikalangan wanita akan cemas bila berlakunya perkara macam ini, jadi kita semua harus buka mata dan banyakkan membaca, Diharapkan info yang dikongsikan ini dapat menambah ilmu dan bermanfaat untuk semua para wanita diluar sana. Mengapa Boleh Jadi Rahim Kembang? Jangan Biarkan, Bahaya Kalau Tak Dirawat!

Rahim Kembang? Ini Cara Mengatasinya




Pernahkah anda dengar tentang rahim kembang ataupun rahim terjatuh setelah melahirkan anak? Perkara ini merupakan perkara yang lazim berlaku kepada kaum Hawa.

Namun, tahukah anda punca rahim kembang? Jika anda ingin tahu lebih lanjut, jom baca artikel kami di bawah.

Anda juga boleh tahu bagaimana caranya untuk elakkan diri daripada mengalami kondisi rahim jatuh!

Apa yang terjadi ketika rahim kembang atau jatuh?


Rahim seorang perempuan selalunya disokong oleh pelbagai jenis otot, tisu dan juga ligamen.

Walau bagaimanapun, ketika prolapse ataupun rahim jatuh berlaku, otot yang dahulunya memegang rahim telah menjadi lemah dan tidak lagi mampu menyokong uterus.

Akibatnya, uterus akan menurun ataupun terkeluar daripada vagina. Bertentangan dengan kpercayaan ramai, prolapse merupakan sesuatu yang lazim berlaku.

Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa rahim jatuh boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia.

Rahim jatuh jika tidak dirawat akan menjadi lebih teruk. Oleh itu, ibu yang mengalami keadaan ini haruslah mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Doktor menganggarkan hampir separuh daripada wanita yang telah melahirkan anak pernah mengalami rahim kembang.

Namun, hanya 10 hingga 20% sahaja yang berjumpa dengan doktor untuk sesi konsultasi.

Ramai yang tidak mengendahkan simptom dan merasakan bahawa kesakitan itu merupakan sesuatu yang normal selepas kelahiran.

Siapa yang berisiko mengalami rahim kembang ataupun jatuh?


Keadaan ini lebih berisiko untuk terjadi kepada wanita yang:

Pernah melahirkan anak melalui vagina lebih daripada dua kali Sudah mengalami menopaus

Mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami rahim kembang

Apabila wanita mengalami menopaus, mereka berhenti menghasilkan sejenis hormon yang dikenali sebagai hormon estrogen.

Hormon inilah yang bertanggungjawab mengekalkan kekuatan otot pelvis yang memegang uterus.

Tanpa hormon ini, otot tersebut akan jadi makin lemah dan kesannya, lebih mudah untuk wanita tersebut mengalami masalah rahim kembang.

Punca rahim kembang


Rahim akan jatuh ketika lantai pelvis menjadi lemah ataupun meregang. Antara punca yang boleh melemahkan otot pelvis ialah:


Mengandung

Pengalaman melahirkan anak yang sukar

Trauma ketika melahirkan anak

Melahirkan bayi bersaiz besar

Berat badan melebihi berat yang normal

Sakit perut yang teruk

Batuk yang teruk


Bolehkah saya elakkan rahim kembang?


Kondisi ini dapat dielakkan dengan cara:


Mengamalkan senaman secara konsisten

Kekalkan berat badan


Mendapatkan rawatan segera jika anda mengalami sakit perut atau batuk yang teruk

Senaman untuk kuatkan lantai pelvis juga amat digalakkan untuk wanita yang ingin elak rahim daripada terjatuh.


Walau bagaimanapun, jika anda mengalami rahim terjatuh, pastikan anda dapatkan nasihat daripada doktor dahulu sebelum melakukan senaman.

Senaman kegel merupakan senaman yang paling mudah untuk anda cuba. Senaman ini juga disarankan kepada wanita yang mengalami rahim jatuh yang tidak serius.

Cuba ketatkan otot pelvis dengan cara seperti ingin menahan daripada buang air. Tahan posisi yang sama sekurang-kurangnya dalam masa 10 saat. Kemudian, ulangi gerakan yang sama selama 10 kali.

Senaman ini mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Jika anda ingin merasai kesannya, cubalah! 


Ubah gaya hidup anda


Jika ahli keluarga anda mempunyai sejarah rahim kembang, pasti anda juga tidak mahu alami perkara yang sama.

Oleh itu, anda perlulah ubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Sebagai contoh, anda boleh:

Kekalkan berat yang sihat.

Bersenam dengan kerap. Amalkan juga senaman kegel untuk ketatkan otot pelvis anda.

Makan dengan sihat. Jika perlu, anda boleh dapatkan khidmat nasihat daripada seorang ahli nutrisi yang bertauliah.

Berhenti merokok. Amalan merokok boleh akibatkan otot pada bahagian rahim jadi lemah.

Amalkan posisi mengangkat barang dengan betul.

Jarang untuk wanita alami rahim kembang berkali kali setelah mendapat rawatan yang sewajarnya. Namun, ia masih boleh berlaku jika anda merupakan wanita yang obes ataupun berumur bawah daripada 60 tahun.

Jangan risau jika anda alami kondisi ini. Pada kebanyakan masa, rawatan yang doktor berikan amat berkesan untuk merawat kondisi rahim kembang.




 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

1 PEMBERI ULASAN

  1. tq bonde sharing yg bagus ni.. bahaya rahim jaruh ni

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.