Resepi Asam Pedas Ikan Pari Meletop Sedap



Resepi Asam Pedas Ikan Pari Meletop Sedap Assalamualaikum dan Selamat Pagi... Hai reader semua, Anda tak tahu nak masak apa untuk berbuka... bolehlah cuba resepi yang ingin Bonde kongsikan ini, iaitu Asam Pedas Ikan Pari, Resepi dan cara memasak mungkin sama dengan resepi diluar sana cuma resepi yang Bonde buat ini ada tambahan bahan lain iaitu gula Melaka dan sedikit air limau nipis. 

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Meletop Sedap





Resepi Asam Pedas Ikan Pari Meletop Sedap


Bahan-Bahan :

2 potong ikan pari (dipotong kecil seperti gambar dibawah)

5 tangkai daun kesum (dibersihkan dan ambil daunnya)

2 batang bunga kantan (dibelah 4)

2 batang serai (diketuk)

10 batang bendi (dipotong 2)

1 sudu kecil pes asam jawa

2 senduk cili kering (yang telah dikisar)

3 ulas bawang putih (dihiris)

1 biji bawang merah (dihiris)

1/2 inci halia (dihiris)

1 sudu kecil serbuk kunyit

sedikit minyak masak

sedikit gula melaka

sedikit air limau nipis

sedikit air

garam secukupnya

Cara-cara memasak :


1. Potong ikan pari seperti saiz diatas dan lumurkan dengan air limau nipis kemudian cuci bersih dan toskan.  (Bonde lebih suka potong saiz kecil macam dalam gambar diatas mudah untuk dimakan)

2. Panaskan minyak dalam kuali kemudian masukan cili kering goreng hingga garing, kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, halia, dan serbuk kunyit dan kacau hingga garing, masukan pes asam jawa bersama air dan biarkan ia mendidih hingga menggelegak kacau pelahan hingga pecah minyak.



3. Lepas tu masukan ikan pari, bendi, daun kesum, bunga kantan, serai garam, gula, air limau nipis dan kacau perlahan dan biarkan hingga mendidih seketika.


Dengan menggunakan api perlahan kacau pelahan hingga sayur kelihatan layu atau sayur telah lembut. 




4. Asam pedas siap untuk dihidangankan, jangan lupa.. hidangkan asam pedas bersama nasi panas, telur masin dan juga hirisan timun.




Tips : Jangan masak terlalu lama kerana ikan pari akan jadi keras dan liat.
Selamat Mencuba


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. perghh favorite akak ni...minggu lepas pun buat jugak asam pedas pari...sekali hadap jer..gone hehee

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Bonda... waa... tengok pun dah sedap air tangan bonda ni. TErima kasih share resepi n tips tu. SS tak pernah lagi masak ikan pari.

    BalasPadam
  3. Memang favourite saya ni bonde. Sedap ya amat. Dapat makan lauk ni lauk lain tak pandang dah.

    BalasPadam
  4. Ikan pari mmg sesuai sgt la masak asam pedas...
    cuma nieyl xmakan ikan pari...

    BalasPadam
  5. wuihh... tekak sy dah menggelegak dah ni... telan air liur dl je ni..

    teringin. hehehe

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.