Susu Pisang Nilofa Memang Sedap

Susu Pisang Nilofa Memang Sedap Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Hai reader semua, Kalau pergi Korea Bonde memang tak sah kalau tak beli susu pisang.  Susu pisang Korea sekarang ada pelbagai perisa seperti strawbery, honeydew dan coffee, semasa berada di Korea setiap hari akan terjah 7 eleven dekat sana semata-mata nak beli susu pisang dan masa nak balik Malaysia pula sanggup beli berkotak-kotak untuk bawa balik Malaysia.  Tapi kalau tak ke Korea mana nak dapat susu pisang macam tu? sebenarnya ada jer jual dekat Family Mart dan Jaya Grocer tapi harganya memang beza mahal dua kali ganda.  Kini Bonde dah ada pengganti susu pisang Korea yang mahal di jual di Malaysia, iaitu Susu Pisang Nilofa .

Susu Pisang Nilofa Memang Sedap

Susu Pisang Nilofa ni Bonde suka minum ketika ianya sejuk dangan meletakan di dalam peti sejuk terlebih dahulu.  Bonde dengan Cik Fatin memang suka minum Susu Pisang Nilofa.




Berapa Harga Susu Pisang Nilofa?

Harga Susu Pisang Nilofa pun tak mahal mana.. satu pouch hanya RM 4.90 jika beli sekotak ada enam pouch didalamnya baru berharga RM 27.00  anda jimat RM 2.40.


Susu Pisang dan Kurma

Bulan Ramadhan ni Susu Pisang Nilofa, ada mengeluarkan Susu Pisang dan Kurma, Susu Pisang dan Kurma adalah keluaran khas hanya pada bulan Ramadhan sahaja.


Tak sabar Bonde nak tunggu stok Susu Pisang dan Kurma sampai.. Bonde  beli di shopee jika barangan melebihan RM 10 free delivery tiada caj penghantaran dikenakan.

Pisang pemberi tenaga, kurma pula banyak khasiatnya yang bonde tahu bulan Ramadhan mengikut sunnah nabi makan buah kurma.

Kebaikan Buah Kurma :


Buah kurma bagus untuk dimakan ketika bulan puasa kerana ia boleh membekalkan tenaga yang berterusan kerana kurma mengandungi glukosa, iaitu sejenis gula yang telah diproses, menjadikan tubuh boleh terus menyerap khasiatnya secara serta-merta apabila dimakan.

Oleh kerana gula membekalkan tenaga, mereka yang mengambil kurma sejurus selepas berbuka akan menjadikan diri mereka segar dan bertenaga untuk melakukan ibadah. Begitu juga ketika bersahur.

Selain itu, kurma juga kaya dengan kandungan serat yang tinggi yang membantu proses pelawasan dan mencegah barah usus. Di dalam sebiji kurma juga terdapat bermacam lagi kandungan berkhasiat seperti vitamin A dan C, zat besi, fosforus, potassium, sodium dan kalsium.

Lebih istimewa, buah kurma juga merupakan buah yang tidak bermusim dan boleh didapati sepanjang masa. Terdapat dua jenis kurma yang utama iaitu segar atau yang telah dikeringkan. Di Malaysia, biasanya kurma kering yang paling mudah didapati.


Jadi Bonde akan minum Susu Pisang dan Kurma ini untuk bersahur, sepanjang bulan Ramadhan nanti.


Jika anda berminat nak beli boleh klik link dibawah :



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

12 PEMBERI ULASAN

  1. akak pun dah beli untuk bulan puasa ni...tak sempat lagi nk tulis review...

    BalasPadam
  2. Ada ke rasa ala ala susu pisang Korea tu?. Ada kawan kata sedap susu Nilofa ni. Tak pernah rasa lagi.

    BalasPadam
  3. Za pun baru je order susu pisang kurma.. Dah cuba sebelum ni yg pisang saja tapi puasa nk try kurma.. Selalu mnum farm fresh kurma..

    BalasPadam
  4. Rawlins ngah tunggu susu kurma ada sebab sekarang sold out. Dengar kata minum sejuk2 memang terbaik.

    BalasPadam
  5. pernah minum susu pisang nilofa ni. tapi yang kurma tu belum lagi. nanti ada peluang nak cubalah.

    BalasPadam
  6. Yang kurma tu kita tak dapat lagi ni, dah order dah gan kawan...mungkin pos laa tu bermasaalah ...mesti sedapkann...

    BalasPadam
  7. ramai kata sedap susu ni tapi saya belum pernah cuba lagi. hehe

    BalasPadam
  8. setakat ni saya tak pernah cuba lagi susu pisang, termasuklah susu nilofa ni. ada jugak teringin nak tau apa rasa

    BalasPadam
  9. Ala masuk bonde org yang ke berapa cakap susu pisnag nilofa ni sedap. Saya tak try lagi susu ni. Nanti nak juga beli.

    BalasPadam
  10. Tengok semua orang minum air lopa ni tetiba nk rasa jugak. Hehe. Kalau ada dkt kedai dh lama beli! Tpi tu lah, tk de dpt dkt tngan lagi. Dgn time MRO ni lagi susah nk keluar jumpa org

    BalasPadam
  11. haa sedap je nampaknya, saya belum perah cuba lagi la

    BalasPadam
  12. aida ni tgk pantang air manis gini, bonde.
    limit diri utk 2 cawan je sehari.
    sejak beberapa bulan dulu. diet kesihatan, bonde.
    tu yg tak pernah rasa lagi susu nilofa ni sejak isu dia ari tu.
    lagipun, tak pernah terjumpa kat mana2 outlet menjual susu nilofa ni.
    kalau nak beli, nak beli satu dulu. rasa dulu.
    now byk plak tetiba review susu ni. benar kah atau review utk promote.
    tu yg bikin aida musykil, bonde.
    pe pun, pisang memang elok. ada je pisang kat rumah aida ni hah. buat pemanis mulut lepas sahur.
    sementara tunggu azan subuh. tenaga pun ye jugak, kan :)

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.