Resepi Puding Jagung Creamy

Resepi Puding Jagung Creamy Assalamualaikum Dan Selamat Malam, Salam 1 Ramadhan 1441H bersamaan 24 April 2020.  Selamat menyambut bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan.  Alhamdulillah bertemu kembali bulan yang penuh kerahmatan.  Bonde nak Kongsikan disini Resepi Puding Jagung Creamy yang sangat mudah dan sedap.  Puding jagung ni memang kesukaan suami Bonde, Kalau anda nak tahu bila buat puding ni... tak menyabar Kanda nak makan... Masa dah likat tu dia dah minta semangkuk untuknya.



Resepi Puding Jagung Creamy



Bahan-bahan :

1 Tin jagung ( Ayam Brand Malaysia)


1 Cawan susu cair (brand Alble Farm)


1 Cawan Gula


3 Cawan Air


1 Pek tepung kastard (Brand Tesco)

1 helai daun pandan



Cara-cara :

Masukan jagung ke dalam kuali (Bonde guna kuali Tefal tidak melekat), masukan susu cair, masukan gula, dan masukkan tepung kastard dan masukan air.


Kacau semua bahan hingga sebati.


Naikkan atas dapur, buka api kecil/pelahan, masukkan sehelai daun pandan dan kacau-kacau semua bahan hingga menjadi pekat dan likat.



Angkat bahan yang telah masak masukkan dedalam bekas.  Potong apabila telah betul-betul sejuk.


Tips : potong Puding Jagung yang telah siap, Semasa hendak makan curahkan susu cair diatasnya... untuk rasa yang lebih creamy.
Selamat Mencuba.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

11 PEMBERI ULASAN

  1. alahai..sedapnya bonde. KG mmg peminat jagung...tapi..tapiiii..KG diet..😝😝😝

    BalasPadam
  2. sedapnya! Suka sangat makan puding jagung ni

    BalasPadam
  3. Sedapnya bonda..thank share resepi..

    BalasPadam
  4. Waah nampak sedap pulak puding jagung, dahlah favourite

    BalasPadam
  5. Aduhhh sedapnya bonde. Saya suka makan macam ni kalau buka puasa. Nk buatlah nnti.

    BalasPadam
  6. fav el ni bonde...ni makan sejuk2 mau bukak tutup peti ais hahah

    BalasPadam
  7. Selalunya kan bonde kalau buat puding jagung saya suka makan masa dia tengah panas dan cair tu. Kalau dah sejukkan jadi puding tak berapa nak makan.. Hahaha.. Pelik tak..

    BalasPadam
  8. Nampak sedaplah bonde.. Walaupun wawa xgemar jagung cmni.. Leh share ni..

    BalasPadam
  9. Ok set! i pun nak try buat puding jagung this weekend, thanks for the recipe.

    BalasPadam
  10. Ni makan masa sejuk2 memang ngam bonde. Aishh rasa nk buat juga je hari ni.

    BalasPadam
  11. Huish nampak betul creamy dia ye

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.