Menu 7 Hari Sepanjang Kuarantin 18 Mac 2020 hingga 24 Mac 2020



Menu 7 Hari Sepanjang Kuarantin 18 Mac 2020 hingga 24 Mac 2020 Assalamualaikum dan Selamat Petang.. Hai reader semua, 17 Mac 2020 (Selasa) sehari sebelum diarah Kawalan Pergerakan dan Duduk Dirumah selama 14 hari Bonde sempat ke Village Grocer Tamarind Squre, Cyberjaya untuk beli sardin tin.  Memang tak menyangka begitu ramai public yang "panic buying" masa tu sedang membeli belah hingga banyak kehabisan stok dekat rak makanan tin, sayur-sayuran, bahan basah, beras, telur dan tisu kebanyakkan kosong.  Memang Bonde terkejut gila tengok public sangat ramai hari tu, memang 99 % berbeza dari hari biasa.  

Sebelum nih memang selalu membeli bahan untuk memasak dekat sini time lunchlah masanya untuk shopping barang dapur.  Tak banyak yang dapat Bonde beli sebab apa yang nak dicari pun memang dah tak ada dirak.  Bonde beli mengikut keperluan sahaja yea.  Tak delah penuh sampai 1 troli sebakul jer Bonde bawak ke kaunter masa ni ambik masa setengah jam juga nak bayar kah-kah padan muka.

Berikut adalah apa yang Bonde beli :

Rangka Ayam dapat 1 pek ada 3 rangka maknanya dari 3 ekor ayam, Kalau anda nak tahu Rangka Ayam ni bukanlah semata-mata rangka/tulang ianya masih ada isi lagi.

1 ikat Sayur Bayam, 

1 pek Daun Salad ada 2 pokok

1 pek kobis unggu (sebelah je)

1 pek Maggi TomYam Jumbo

1 pek Maggi Sedap Jumbo

1 pek Bawang 

3 Kotak kecil Santan Rasa




Kanda Top up Sardin Ayam Brand, Roti Gardenia Jumbo, Nutella, Maggi Korea (Cik Fatin request) Air Kotak Drinho (Soya dan Teh Bunga).  Maka Bahan yang Bonde beli, Kanda beli dan bergabung dengan apa yang sedia ada dalam peti ais terciptalah menu simple dan mengeyangkan untuk kami sekeluarga.

Menu 7 Hari Sepanjang Kuarantin 18 Mac 2020 hingga 24 Mac 2020


Menu Hari Pertama Rabu 18/3/2020:

Tengahari/Malam :
NasiPutih 
Rangka Ayam Masak Lemak Cili Api
Sambal Tumis Ikan Bilis Petai
Ikan Masin Gelama Jeruk

Menu Hari Kedua Khamis 19/3/2020 :

Tengahari/Malam :
Nasi Putih
Sambal Sardin
Daging Masak Lada Hitam
Tumis Sayur Bayam

Menu Hari Ketiga Jumaat 20/3/2020 :

Pagi :
Nasi Goreng Sardin
Ulam Salad

Malam :
Maggi TomYam + Telur

Menu Hari Ke Empat Sabtu 21/3/2020:

Pagi :
Roti Gardenia Sapu Nutella
Biskut Weetameal
Kopi panas

Tengahari :
Rangka Ayam Masak Kari 
Ikan  Selar Goreng
Tempe Goreng
Ulam Salad

Menu Hari Ke Lima Ahad 22/3/2020:

Pagi : 
Roti Gardenia Goreng Telur (Cik Fatin)

Tengahari/Malam :
Asam Pedas Ikan Cencaru
Pak Choi Tumis Udang
Telur Mata Kerbau
Air Laici+Nata D'coco (Kanda)

Menu Hari Ke Enam Isnin 23/3/2020:

Pagi : 
Spegeti Goreng
Nugget Ayamas

Malam :
Nasi Putih
Ketam Sweet Sour
Ulam Salad

Menu Hari Ke Tujuh Selasa 24/3/2020 :

Tengahari :
Nasi Ayam Mafia (Tapau)
Air Barli (masak sendiri)

Petang : 
- Satay prozen, bakar sendiri stok memang ada dalam peti sejuk

Malam :
Bubur Macdonals 1
Set Filet'o'Fish  Burger 1
Set Double Chesse Burger 1
Set Spicy Chicken Mcdeluxe 1

Hari ni, Bonde memang tak masak menu berat dekat rumah, memandangkan mood mengemas rumah lebih hingga tak sempat nak masak.  Cik Fatin pula ada 2 kelas On line hari ni.  Jadi memandangkan masing-masing sibuk waktu makan kami lari sedikit tanpa breakfast terus makan tengahari.

Menu ini Bonde kongsikan untuk anda tiru eh taklaaa Bonde saje kongsikan, kalau nak tiru menu simple silakan masak dirumah masing-masing hu hu hu,  Menu ini juga dibuat untuk mengelakkan menu yang sama dimasak berulang dalam seminggu. Bonde masak menu berbeza untuk kami nikmati bersama dirumah agar tidak berlaku pembaziran.

Terima kasih meluangkan masa dan sudi membaca.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.