Makeup Organizer & Makeup Eco Shop

Makeup Organizer & Makeup Eco Shop Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua, Sesi terjahan ke Eco-Shop kali ni Bonde nak perkenalkan dengan anda semua Makeup Organizer & Makeup Eco Shop.  Haaaa Yang murah tak semestinya tak berkualiti betul tak? Kali ini Bonde beli beberapa Makeup Organizer & Makeup Eco Shop nampak macam best jer bila tengok youtuber buat video haoul tentang produk-produk ni.


Untuk tak membuang masa lagi marilah sama-sama tengok apa Makeup Organizer & Makeup Eco Shop yang telah Bonde beli.


1. Cosmetic Case


Cosmetic Case ni Bonde beli untuk letak liptic, lip balm dan mascara semua koleksi makeup yang muat Bonde akan letak dekat situ nanti.


2. Makeup Container 


Makeup Container ni,  Bonde gunakan untuk letak creme muka, serum, primer  jelly aloevera dan lain-lain lagi.. dengan adanya makeup container ni memang senang sekali nak bawa kemana-mana tak kira untuk ke pejabat atau pun untuk travel.   berwarna warni,  1 paket ada 5 makeup container dengan penutup yang safety tak risau creme,serum jelly aloevera kalau tertumpah dalam beg.  sebab ia datang dengan penitup dibelah dalam, kalau nak top up creme muka, serum, primer  jelly aloevera senang jer sebab dah ada sudu kecik bagi memudahkkan pemindahan creme muka, serum, primer  jelly aloevera yang hendak diletakkan kedalam container. 

3. Sponge Blending Soft Puff Brush


Sponge Blending Soft Puff Brush ni biasalah Bonde nak guna untuk ratakan foundation yang dipakai dekat muka, beli saiz  yang kecil ni sebab mudah nak bawa pergi balik letak dalam beg makeup yang selalu guna untuk ke office.  Ni boleh tahan lembut dan senang digunakan.

4. Eye Brow


Eye Brow ni pertama kali beli sebab nampak senang nak guna jenis debu, datang dengan plat eye brow jadi pada anda yang tak tahu guna macam mana bolehlah gunakan plat yang disediakan untuk lakar kening yang cantik.

5. Make-Up Remover Cleaning Wipes


Make-Up Remover Cleaning Wipes ini memang harus beli, sangat mudah nak cuci atau hilangkan makeup yang kita pakai, sangat berbaloi beli murah danMake-Up Remover Cleaning Wipes  ada 50 pcs.

6. Cotton Buds


Cotton Buds Bonde memang selalu guna, jadi kalau pergi Eco SHop Cotton buds ni memang kena beli dan buat stok, dah siap ada dalam box dan kalau beli anda akan dapat 2 box dengan harga RM 2.10 memang murah dan sangat berbaloi sekali,



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

2 PEMBERI ULASAN

  1. Bestnya shopping kat ECO..area umah saya, x de ECO..mencik tau..yang bekas cosmetic case tu dah lama berkenan benornya...tapi tgh fikir kalau beli, nk buh belah mana..almari mekap kecik..yg skrg pun dah full house..haha

    BalasPadam
  2. eco dgn rumah aida is jauh :(
    susah parking plak tu hu hu hu...
    ari tu ke kelantan. holiday 1 mlm.
    on the way back, ternampak eco ni kat pasir putih!!!
    on the spot suruh mr.asben stop :) ha ha ha ha...
    selamat lah melabuh RM20+ kat eco pasir putih.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.