Koleksi Straw Stainless Steell Bonde

Koleksi Straw Still Bonde Assalamualaikum Dan Selamat Malam, Haii reader semua, Kali ini, Bonde nak kongsikan kepada anda koleksi Straw Still Bonde, tahun 2018 Selangor telah mulakan larangan penggunaan straw plastik disemua premis perniagaan di Selangor... 




Kerajaan Negeri akan mengikuti langkah Kerajaan Persekutuan bagi larangan penggunaan straw plastik yang akan dikuat kuasa, bermula tahun depan.
EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam, Hee Loy Sian berkata, larangan itu berkuat kuasa ke atas semua premis makanan termasuk restoran, kopitiam dan gerai makanan, di seluruh Selangor.
Katanya, kesemua premis tidak lagi dibenarkan memberi straw kepada pelanggan melainkan ia diminta.
“Kerajaan Negeri akan mengeluarkan notis berkenaan larangan ini kepada semua pemilik premis melalui Pihak Berkuasa Tempatan yang dijangka dikeluarkan, pada Disember ini sementara pelaksanaannya, pada Januari 2019,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Kempen Bebas Plastik 2018, di Foyer SUK, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Loy Sian berkata, pihaknya akan memberi amaran kepada premis yang gagal berbuat demikian, namun tiada tindakan undang-undang akan diambil.
“Saya berharap penguat kuasaan ini dipatuhi semua pemilik premis dan mendapat kerjasama daripada penduduk di Selangor,” katanya.

Sumber Berita Selangor Kini, 7 Nov 2018

 Koleksi Straw Stainless Steell Bonde  

1. Set Straw Stainless Steell  Dari Jaya Grocer RM 11.90 


Set Straw Straw Stainless Steell ni Bonde beli tahun lepas ada dalam 1 beg ada 3 batang straw still, 1 besar, 1 kecil, dan 1 bengkok di atas dan satu batang berus.  Masa ni memang tak pernah survey dekat mana-mana online shopping ternampak ni terus beli.  Lagi pun masa tu tengah ramai yang mencari set straw steell macam ni, kebetulan ada dan lkast stock. Jadi rembat sahajalah.  Set yang ni Bonde letak dalam beg pack, kalau pergi travel memang guna yang ni...


2. Set Straw Stainless Steell Dari Popular Book Store RM 8.90 

Set Straw Stainless Steell ni sama juga  Bonde guna untuk dekat pejabat... Dalam 1 Box ada 3 batang straw still, 1 besar, 1 kecil, dan 1 bengkok di atas dan satu batang berus sama macam diatas.


2. Set Straw Stainless Steell Dari Mr  DIY RM 6.90

Set Straw Stainless Steell ni untuk Fatin dan Kanda guna 3 batang Fatin dan ambik tinggal 3 batang ni Bonde bawa kemana-mana... Dalam 1 plastik ada 6 batang straw still. 3 batang baki ni untuk Bonde, Kanda dan Fatin guna kalau outhing bersama-sama.  Berus di jual berasingan, berus Mr. Diy ni Bonde beli sebab ianya panjang senang nak cuci.



2. Set Straw Stainless Steell Dari Eco-Shop RM 2.10 

Set Straw Stainless Steell Eco Shop ni agak kecil sedikit  Set ini ada 4 batang Straw Stainless Steell dan sebatang berus.  Bonde letak datang keretalah stanby kalau pergi minum-minum dengan family senang nak guna.  Bonde cadangankan anda beli yang Eco Shop sebab murah dan kualiti sama sahaja. Boleh guna untuk hirup air.


Tiga Sebab kenapa Bonde beli Set Straw Stainless Steell ni???

Pertama sudah tentula sahut seruan kerajaan.... 

Kedua menjaga alam semula jadi dan support bebas plastik.

Ketiga kesian dekat haiwan-haiwan yang berada dilaut terseksa dan terperangkap dengan plastik yang dibuang ke Sungai dan Laut.

Kempat, Kanda ni tak boleh tak ada straw dia kalau minum dekat luar memang akan cari straw jadi Bonde sediakan untuk Kanda siap-siap ok (jangan cemburu ehhh)

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

3 PEMBERI ULASAN

  1. Wah, sebagai penduduk selangor, kena beli straw ni. hii.

    Hi bunda, jom tolong tambahkan follower saya. heee

    https://cantiksibunga.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. oh menarik straw tu. belum pernah guna lagi setakat ni :D

    BalasPadam
  3. aida pun ada, bonde.
    anak ramai, memang la kena standby hi hi hi...
    terutama kalau beli air tin, aida x kasik anak2 minum direct from tin tu.
    wajib berstraw.
    aida curiga dgn kebersihan tin tu :(

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.