Majlis Persandingan Tiga Pengantin

Majlis Persandingan Tiga Pengantin Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua, Syukur Alhamdulillah minggu lepas Majlis Persandingan Tiga Pengantin telah selesai di Kampung Bonde.  Tiga Pengantin ini adalah anak kepada Kak Long Bonde iaitu anak yang kedua, ketiga dan keempat.  Majlis penikahan mereka telah berlansung pada tahun 2019 yang lepas pada tarikh dan bulan yang berlainan.  Bagi pihak Kak Long dan suami telah merancang dan sebulat suara nak buat Majlis Persandingan sekali sahaja.  Jadi tarikh persandingan telah dipilih pada 14 Mac 2020.

Majlis Persandingan Tiga Pengantin

Syukur Alhamdulillah cuaca sangat baik pada hari itu, walau sebelumnya hujan dan ribut kecil, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Terima kasih diucapkan kepada ahli keluarga, saudara-mara dan orang kampung yang sama-sama menyediakan menu masakkan secara gotong-royong (kampung style gitu).



Pengantin yang pertama anak yang kedua gelaran Kakak, iaitu Aziera Farehan dan pasangannya Izzadin Rusyaimil


Pengantin yang Kedua anak yang ketiga gelaran CD, iaitu Azrad Aziedie dan pasangannya Nuraini



Pengantin yang ketiga anak yang keempat gelaran Teha, iaitu Aziera Fatihah dan pasangannya Mohd Faizal



Pengantin perempuan telah diandam oleh Mua yang sama iaitu Ieja Kassim. Kalau anda berminat nak guna khidmat Mua Ieja boleh PM dekat FB dia ya.


Majlis memotong cake oleh ketiga-tiga pasangan pengantin.


Doa Buat Pengantin Baru

Ya Allah, 
Satukanlah hati...Seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah. Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman keyakinan dan tawakal kepadaMu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu. Murahkan rezeki mereka dan kurniakan kepada mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-Mawwadah dan Al-Rahman di dunia dan akhirat.” –Amin Ya Rabbal Alamin-

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, 
Kami memohon doa restumu….
Berkatilah majlis perkahwinan ini, Berjalan dengan sempurna seperti mana yang Engkau kehendaki, Dan semoga jodoh perkahwinan ini akan berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat. Amin, Ya Rabbal Alamin…”

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, 
Satukanlah hati kedua pasangan mempelai ini dengan iman, keyakinan dan tawakal kepadaMu, panjangkanlah umur mereka, lapangkanlah rezeki mereka, dekatkanlah mereka menuju kebaikan, jauhkanlah mereka dari keburukan, kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah, serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat, berkatilah perkahwinan mereka serta berkekalan sehingga akhir hayat.”

Bismillahirrahmanirrahim…. Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
“Kami memohon hidayah dan restu dari Mu. Berkatilah majlis ini, limpahkanlah rahmat ke atas pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumahtangga mereka aman bahagia dalam ketaatan kepada Mu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat. Sempurnakanlah agama mereka dengan ikatan ini. Semoga ianya berkekalan hingga akhir hayat.”

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
“Andainya Kau telah takdirkan jodohnya berilah mereka berdua kebahagiaan buat selamanya. Tempatkan mereka di antara orang-orang yang paling Kau sayang dan kekalkan jodoh mereka hingga ke akhir hayat.”

Aamiin...

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

0 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.