Shopping Barangan Kereta Dan Handphone Di Kedai Eco Shop RM 2.10



Shopping Barangan Kereta Dan Handphone Di Kedai Eco Shop RM 2.10 Assalamualaikum dan Hai reader semua, Malam ini Bonde nak kongsikan dengan anda semua, Barangan untuk kegunaan dalam kereta dan Handphone Bonde Beli di Kedai Eco Shop.

Shopping Barangan Kereta Dan Handphone Di Kedai Eco Shop RM 2.10




Bonde kongsikan sekali 3 barang untuk kegunaan kereta yang Bonde beli :

1. TNG Holder


TNG Holder nih, Bonde memang dah lama cari tapi mungkin stok tak ada, Bila nampak ada dekat rak Bonde terus ambik, tak sangka sebenarnya... TNG Holder ni ada 4 set satu ikat, jadi ianya jatuh dalam 50 sen 1.  Murah kan! berbaloi beli, memang selalu tak sampai tangan nak touch TNG dekat parking shopping mall dengan tol jadi memang mudah gunakan TNG Holder ni. tak payah drive rapat-rapat ke tiang untuk touch TNG Kang terlanggar pulak tiang tu.  

Info : Kalau anda nak beli TNG Holder ni, Ia terletak dekat rak barang hardware tau! senanglah kalau anda nak cari nanti, selalu stok memang tak ada, kalau nampak ada terus rembat / beli sahaja tau! 

2. Handphone Holder



Bonde beli ni untuk letak dalam kereta Bonde bagi mengantikan holder yang lama yang beli dekat Chilindo hari tu.  Handphone Holder ni biasalah kegunaannya untuk baca waze dan maps, masa memandu tak boleh tengok movie yea bahaya ye! Kalau yang ni bagus Bonde nak beli satu lagi nak pasang dekat kereta lagi satu.

3. Ring Handphone



Ring handphone ni, Bonde gunakan untuk handphone Bonde, Kalau tak drive jalan jauh mesti bosan betul tak? Pasang ring kat case handphone tu nak tengok movie ke ? layan Instagram atau Facebook senang jelah.. tampalkan dekat dashbord sebelah penumpang layanlah sampai lebam movie tu ha ha ha.

4. Tripod Handphone


Tripod Handphone ni sangat berguna bagi Bonde yang nak record video atau nak selfie hi hi hi.. Bagi Bonde tripod ni biasa-biasa sahaja kualitinya pon sesuailah dengan harganya yang murah.  Tripod ni tak tahan lasak sangat, kenalah berhati-hati masa menggunakannya.  Bonde beli tripod ni letak dekat laci pejabat.  Sebab sebalum ni Bonde dah beli dekat tripod dekat shoppe boleh guna untuk camera dan juga handphone, tu Bonde gunakan untuk travel dan shooting video dekat rumah malas nak hangkut-hangkut sebab batangnya agak panjang tak muat nak masuk handbeg, kalau masuk pun akan terkeluar, jadi Bonde memang tak akan bawak ke pejabatlah, melainkan nak guna untuk event-event jabatan he he he.

Baiklah ini 4 barang yang Bonde beli untuk kegunaan harian di pejabat dan peribadi, semua barangan berharga RM 2.10.  Kalau anda berminat dan nak beli barangan diatas silalah ke Eco Shop RM 2.10 berdekatan anda jangan sedih kalau cari tak jumpa! maklumlah kedai berhantu dan bersaka memang ramai orang datang dan barang cepat-cepat habis stoknya macam pisang panas...

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. wahhh bonde..nti nak laju2 pergi terjah Eco Shop lah..jarang sgt tengok bahagian hardware ni..hahah berguna juga semuanya tu kan

    BalasPadam
  2. Mmg gila kalau masuk eco ni.. Hahaha dari sikit barang jadi berbakul 😂

    BalasPadam
  3. Tak pernh jejak lagi eco shop.. Kat kl ni tempat jauh.. Tapi nanti nak pergi juga.. Hahaha.. Tengok org pergi brg murah2

    BalasPadam
  4. Ada ke tripod dejat kedai eco, tak pernah nmpk pun

    BalasPadam
  5. Bila masuk kedai Eco ni memang berhantu tau bonde. Saya masuk kedai Eco ni macam macam saya beli... Nanti nak deko rumah pun beli barang kat kedai Eco je

    BalasPadam
  6. Wawa kalau setiap minggu xsah kalau tak shopping kt eco.. Hahaa..

    BalasPadam
  7. Begus kedai macam ni, i nak cari accessories handphone.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.