Drama Adaptasi Novel Jujurlah Nikahi Aku

Drama Adaptasi Novel Jujurlah Nikahi Aku Assalamualaikum Dan Selamat Malam, Hai reader semua... Drama adaptasi novel 'Jujurlah Nikahi Aku' karya Umie Nadzimah telah diadaptasi ditayangkan dislot DramaVaganza, Astro Ria bermula 27 Januari 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7.00 malam di Astro Ria. Bonde sudah habis baca Novel ni, lama dah... Bila tahu ianya akan diadaptasi tentu-tentunya tak sabar nak tengok dekat tv watak-watak dalam novel ni jadi real... Drama 'Jujurlah Nikahi Aku' menampilkan lakonan Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura dan ramai lagi. Diarahkan oleh Rashid Sibir.   



Info Drama Jujurlah Nikahi Aku

EPISOD : 30 episod 

TARIKH TAYANGAN : 27 Januari 2020

WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam

SIARAN TV : Astro Ria & Ria HD

PENULIS SKRIP : Maizura Ederis

PENGARAH : Rashid Sibir

PRODUKSI : Arie Zaharie Production

Pelakon Drama Jujurlah Nikahi Aku : 

Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura, Hamidah Wahab, Zaidi Omar, Kasmaliah Mat Dome, S.Sahlan, Hamidah Wahab, Arena Iman, Mandy Chong


Pelakon Drama Jujurlah Nikahi Aku : 

Uyaina Arshad sebagai Nurin Asyfa

Sean Lee sebagai Alan Wong

Rita Nadira sebagai Zurin

Amar Asyraf sebagai Ahmad Zanif

Raja Azura sebagai Puan Azah

Zaidi Omar sebagai Encik Arshad

Hamidah Wahab sebagai Narimah

S.Sahla sebagai Tuan Zainal

Magerate Gan sebagai Popo

Arena Iman sebagai Suzaila



Sinopsis Novel Jujur Nikahi Aku

NURIN ASYFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama?


“Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...”

Itu kata ALAN WONG. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu.

AHMAD ZANIF... Bos strawberi, lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya. Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini?

“Errr... Encik tahu rumah saya?” - Nurin

“Ha... Itu tandanya apa?”- Zanif

Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi kuat dan tabah... ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki.

Tiba-tiba muncul SI QAYYUM, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan... Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan melindungi si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir.

“Kena baca tiga puluh juzuk al-Quran sebagai mas kahwin...” Syarat Nurin.

“Apa-apa saja saya sanggup.” - Qayyum.

Milik siapakah ‘Cinta Terakhir’ Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?




Bagi anda yang nak dapatkan novel 'Jujurlah Nikahi Aku' boleh hubungi penulis Kak Umie Nazimah di FB Page dibawah ini.

Cara nak dapatkan Novel Jujurlah Nikahi Aku

Klik link untuk info novel yang bakal di adaptasikan tahun 2020 novel-novel-yang-bakal-diadaptasikan.


Selamat Menonton.

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

0 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.