Jalan-Jalan Cari Makan Di Alor Setar, Kedah



Assalamualaikum dan Selamat Malam, Sesi menghantar pengantin ke Kedah pula kali ini,  Memandangkan kali ni Bonde mewakili family secara solo kerana Kanda kena kerja, Fatin tak dapat cuti.  Jadi Bonde pergi dengan anak buah Kakak dan suami (Adin) satu kereta 'car full' bersama Kak Long, Mirul dan Mak Ucu kami, Bonde bertolak belah malam jam 8.00, manakala Ude dan family Kak Rose gerak awal belah pagi sampai petang dan kami sampai di Homestay Alor Setar lebih kurang jam 2.00 pagi.  Kenapa kami bertolak lewat sebab Adin kerja, kena tunggu waktu habis kerja baru boleh gerak.


Bonde menginap di MNY Homestay Alor Setar, Homestay sangat besar terletak di Kampung Titi Gajah, memang sesuailah buat rumah persinggahan untuk menghantar pengantin.  Family belah pengantin perempuan lebih kurang 20 orang termasuk dewasa dan kanak-kanak boleh dimuatkan dalam Homestay ini.  Anda yang berminat boleh booking MNY Homestay di booking.com 


Paling suka pemandangan waktu pagi di belakang homestay kami ada sawah bendang, saujana mata memandang.. suka sangat!

Hari Pertama :

Di sebabkan kami tinggal di homestay memang dilengkapi dengan dapur, peralatan memasak, peti ais pun ada, tapi kami tak gunakannya memang perancangannya datang sini tak rancang nak masak-masak, Kata Ude (bapak pengantin) tak payah masak, sesekali ke Negeri orang kita rasa masakan mereka.  Jadi pagi tu kami sarapan di luar, nak cari menu dan makanan tradisi orang Kedah. Ni adalah gerai ditepi jalan dekat dengan masjid , jadi kami singgah untuk sarapan disini menu yang ada nasi lemak, cucur  ikan bilis dan juga roti jala.

Gerai Pak Ya PJ Corner 



Nasi lemak


Nasi lemak ni RM 1.50 kalau bungkus, kalau makan pun sama tapi Bonde up lagi sebelah telur tu he he he, raanya not bad sedap dihidang panas-panas memang kesukaan Bonde.



Cucur  Ikan Bilis

Menu kedua yang Bonde makan Cucur Ikan Bilis, Makanan dekat sini oklah sedap cucur tu makan panas-panas cicah dengan sos! memang tak cukup sepinggan murah gilerlah RM 1.00 untuk 10 ketul 


Roti jala


Roti jala ni pun dihidangkan semasa panas-panas lagi, tapi tak rasalah sebab dah kenyang makan nasi lemak dan cucur, ni Kak Long yang makan pinjam ambik gambar je.



Lepas sarapan kami balik ke Homestay dan berehat memandangkan perjalanan agak jauh ke sini memakan masa lebih kurang 5 jam, sakit-sakit badan dan pinggang dibuatnya.  Balik Homestay kami rehat kembali.  Memandangkan Majlis bersanding esok, jadi hari ini adalah aktiviti bebas horay!! perut dah kenyang apa lagi jom tido... 


Bangun dari tido....

Laksa Ikan Sekoq



Laksa Ikan Sekoq

Jam 2.00 petang, bangun dari tidur, solat dan perut lapar... Aduh apa lagi sesi JJCM pun diteruskan... target nak makan Laksa Ikan Sekoq, pagi tasi masa keluar sarapan kami sudah nampak gerai ni jadi target nak pergi test petang-petang ha ha ha

 Beralamat di 255, Taman Wira Mergong, 05350 Alor Setar, Kedah


Bonde rasa restoran ini popularlah dekat area sini, Kalau tengok signage dia bapaklah besar ikan sekoq tu... signage jer pun dah buat orang tertarik nak datang!


Dekat sini kami oder 2 mangkuk Laksa Ikan Sekoq jer sebabnya boleh refill percuma tau! murahlah rezeki tuan restoran ni.  Laksa Ikan Sekoq nih memang superb! rasa kedah dia sedap... memang ada bezalah laksa penang dengan laksa kedah tapi dua-dua pun Bonde suka!


Menu lain kami oder ialah keropok lekor, rasa biasa-biasa juga sedap sebab makan panas-panas! jadi kami bungkus untuk orang dekat homestay sikit hi hi hi


Disebabkan cuaca diluar panas, untuk menghilangkan rasa panas... kami oder Air Lai Chi Kang... tadaaaaa syoklah cuaca panas-panas dapat minum Lai Chi Kang sejuk rasa badan hi hi hi


Kami datang petang ni memang JJCM sangat, terjah restoran hanya nak rasa-rasa jer makanan dekat sini sebabnya dah terlanjur datang jauh kite ambil alih Maria Tengku Sabri jap!  ada satu lagi restoran nak terjah tunggu!

Nasi lemak Royale Anak Bukit

Bonde tak pernah makan Nasi Lemak Royale ni, walaupun ada satu cawangan berdekatan dengan rumah Bonde, tapi Bonde tak pernah pun singgah.  Tapi bila baca review Nasi Lemak Royale ni adalah salah satu yang popular dan katanya ini adalah yang original jadi Bonde nak cuba!


Nasi lemak ni pon kami pesan 2 pinggan juga walau kami berempat kami nak rasa-rasa sahaja, tak ambik lebih sebab takut membazir.


Adin ambik lauk Ayam Berempah


Bonde ambik lauk Limpa Masak Rempah


Oklah sedap! kena nasi dengan kari dia, lauk pun sedap. Kami sampai petang tak ramai lagi pelanggan dekat sini restoran ni baru dibuka masa tu... lepas makan kami balik homestay rehat.  

Hari Kedua : Majlis Persandingan Faris dan Nurul

Majlis persandingan di adakan di Royal Kedah Golf Club, cantik dewan dia... Gambar bersama pengantin tak dapat nak share sebab guna camera lain hi hi hi jadi kita share gambar-gambar selfie jerlah.






Tersengih bapak dan Ibu pengantin







Nasi minyak.. Ada acar buah, pajeri nenas, dalca sayur, kuah kurma daging, kari kambing dan rendang ayam mewah menunya...


Eh, eh terpenuh pulak pinggan kite...


Kambing golek...

Duduk dekat homestay tak buat apa memang perut sentiasa lapar je kot,  Malam tu kami keluar makan lagi, nak cari Kuey Teow Iman pulak, maklumlah petang dah makan nasi pengantin, malam tak kan nak makan nasi lagi.. tu yang cari Kuey Teow Iman pulak... tapi tak pasti pulak kenapa tak makan Kuey Teow Iman masa tu... kami pergi makan dekat medan sebelah stadium Darul Aman... ha aaa dah ingat pergi situ sebab ada jualan, kami ingat ada downtown masa tu.. so makan dekat situ sahaja... Bonde makan Yong Tau Fu Soup sorry tak ada gambar sebab terlupa nak ambik masa tu.

Pekan Rabu



Ha ada macam-macam dekat Pekan FRabu ni, sebenarnya awal pagi kami dah keluar tau untuk ke Pekan Rabu nih sebab sekali nak sarapan pagi dekat area Pekan Labu tu.  Memandangkan Pekan Rabu buka lebih kurang jam 10.00 pagi.  Jadi kami sarapan dekat kedai-kedai akan berdekatan dengan Pekan Rabu sahaja.


Borong Ikan Pekasam

Dekat Pasar Rabu ada banyak kedai yang menjual IKan Pekasam, jadi anda pilihlah anda yang mana satu.  Bonde beli dekat kedai yang ini kerana ikannya lebih menarik dimata Bonde.


Pelbagai jenis ikan pekasam ada dijual disini semuanya nampak baru dan menarik.  Selain Pekasam Ikan Lampam, ada juga Ikan Keli, Ikan Sepat dan Ikan Haruan.

Selain Ikan ada juga Daging, Bonde beli Daging satu sebab nak cuba! macam menarik jer...

Pekasam Ikan Lampam

Pekasam Ikan Haruan

Pelbagai jenis asam dan jeruk

Pes Tom Yam

Barangan Kraf Tangan



Padang Besar, Perlis.

Terlanjur dekat Alor Setar kami naik ke Padang Besar, Perlis adalah macam-macam benda nak borong dekat sini.

Paling teruja nak borong Miang Kam! Miang Kam "my Fav" dekat Padang Besar ini ada macam-macam barangan yang boleh dibeli anda hanya sediakan duit sahaja kalau datang sini tau!

Miang Kam

Pelbagai Jenis Kacang

Buah Sentul/Jeruk Sentul

Sedapnya buah sentul ni.. lama tak makan, Bonde tak beli sebab nnt tak ada orang nak makan.

Air Meiji

Arabus Coffee

Buah Bidara

Petai

Bonde beli Petai ni sebab geram tengok matanya besar-besar...

Periuk Belanga,Mangkuk Tingkat, Cerek


Toto

Bukan Sport Toto tau, ni Toto yang buat selimut atau alas tilam tu he he he Bonde tak beli sebab masih ada dekat rumah yang belum guna.  Kakak dan Kak Long yang beli.



Baiklah selesai membeli belah, kite balik ke pangkal jalan semula yea...

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Sambil hantar pengantin sambil JJCM mmg syok amboi bonde lajak sampai ke Padang Bessr tu...jalan sakan ni....

    BalasPadam
  2. Amboi jalan sakan ye bonde. Sambil hantar pengantin sambil makan angin ya.

    BalasPadam
  3. Selamat datang ke kedah. Nanti mai lagi naa 😘

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.