Kari Daging Tetel Menu Potluck



Kari Daging Tetel Menu Potluck Assalamualaikum Dan Selamat Malam, Hai reader semua... Bila kawan-kawan Office  ajak "Potluck" mesti terpikir alamak menu apa aku nak bawak nih! Mulalah pikir apa ada dalam peti ais nak masak esok pagi.  Disebabkan ada kawan dah sukarela nak buat lempeng! Bonde dengan sukarelanya nak buat Kari Daging Tetel.  Kebetulan memang ada beli Daging tetel dan cadang nak masak kari atau asam pedas.  Di sebabkan nak cicah dengan lempeng, sesuai sangatlah masak kari daging tetel tu.


Kari Daging Tetel Menu Potluck 

Kari Daging Tetel Menu Potluck

Resepi Kari Daging Tetel

Bahan-Bahan
1 kilo Daging Tetel
3 Senduk Serbuk Kari Daging Adabi
4 Sudu Cili Kering Yang telah dikisar
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
4 biji kentang (belah 8)
3 serangkai (buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis)
3 tangkai daun kari
1 Kotak santan 500 gram
Sedikit air
Garam secukup rasa
Sedikit Serbuk cukup rasa maggi


Tak susah pun sebenarnya nak masak Kari Daging Tetel yang lembut dan sedap, dengan mengunakan Philips Pressure Cooker masukkan aje semua bahan-bahan Kari Daging akan masak dengan cepat dan lembut.

Cara-caranya :

Tekan menu Bake dan Start dalam masa yang sama bancuh serbuk kari dengan sedikit air, masukkan dalam periuk, masukkan daging tetel yang telah dibasuh bersih dan kacau rata, masukkan daun bawang merah, bawang putih, halia,  3 serangkai dan daun kari.

Kari Daging Tetel Menu Potluck 


Kari Daging Tetel Menu Potluck 

Kacau rata, kemudian masukkan kentang dan santan. masukkan garam dan sebuk cukup rasa maggi. Tukar setting mode bake kepada mode beef/mutton biarkan ianya masak ikut masa yang ditetapkan.

Kari Daging Tetel Menu Potluck 

Bonde memang suka gunakan Philips Pressure Cooker ni, memang sangat-sangat membantu dan meringgankan tugasan Bonde! tak perlu tunggu dan kacau-kacau sepanjang memasak! ianya hanya dibiarkan sahaja tak risau masakan akan hangit dan sebaliknya.

Sampai office ada menu lain juga, meriah tau menu potluck kami... ada nasi lemak, kuih muih, sambal sardin dan sambal hijau. emmm nak makan mana satu ni! terus konfiuskan... Bonde buat keputusan makan lempeng dulu.

Taraaaa love my plate, plate yang selalu Bonde guna time makan dekat pantry!

Kari Daging Tetel Menu Potluck 

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. baharu pertama kali dengar daging tetel..

    daging kammbing atau daging lembu

    BalasPadam
  2. Sedapnya bonde...lepas tu cicah roti canai..hui fav SA ni..tp x leh makan selalu dh..sesekali ok

    BalasPadam
  3. sedapnya kak.. Nad bebrapa kali cuba buat daging tetel... Mesti tak jadi.. Hahaa

    BalasPadam
  4. Sedapnya.. Tak pernah lagi masak apa2 masakan berasaskan daging ni..

    BalasPadam
  5. Sedapnya lah, memang senang kalau ada pressure cooker macam nie kan Bonda. Cepat kerja kita..

    BalasPadam
  6. Pekat kari tu, memang sedap sangat nampaknya..

    BalasPadam
  7. Kari daging tetel memang sedap. Makan nasi boleh, dengan roti pun boleh. Tapi kalau saya suka ratah je. Hahah

    BalasPadam
  8. Memang sedaplah bonde. Cicah pula dengan roti canai atau lempeng.. Perghhh terbaik

    BalasPadam
  9. Segalanya mudah dgn adanya pressure cooker.. Hihi. Lazatnya masakan. Terus rasa lapar ni..

    BalasPadam
  10. Woww senang empuk la cmni kalau guna pressure cooker camni.. Tp kita xsuka tetel.. Huhu

    BalasPadam
  11. Alamak.. Sedapnya.. Dok makan dengan lempeng pulak. Ala alaaahai..

    BalasPadam
  12. tq for resepi bonde so far tak penah lagi masak tetel

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.