Farm In The City At Sepang, Selangor – Most Number Of Animal Species In A Petting Zoo -Part 2

Farm In The City At Sepang, Selangor – Most Number Of Animal Species In A Petting Zoo - Part 2 Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua, ini sambungan dari kisah Farm In The City At Sepang, Selangor – Most Number Of Animal Species In A Petting Zoo Stesen 1


Farm In The City At Sepang, Selangor – Most Number Of Animal Species In A Petting Zoo - Part 2

Stesen 2 Turtle and Tortoise Farm

Masuk Stesen 2 dapat bermain-main dengan Turtle and Tortoise, Spesis ni semua dah tua, lama jangka hayat mereka.  Masuk dekat stesen 2 jangan lupa beli makanan untuk bagi Turtle and Tortoise makan.



Nampak ramaikan kanak-kanak teruja nak tengok Turtle and Tortoise tapi guru-guru pengiring kenalah pastikan kanak-kanak bagi makanan yang betul kepada Turtle and Tortoise dan tidak memukul haiwan tersebut sebab haiwan tu jinak jer... takutlah nanti diapa-apakan haiwan tersebut. Jangan biarkan kanak-kanak berlari-lari dan nak jalan pun kena hati-hati takut terpijak tanpa sengaja haiwan tersebut.  Boleh jer nak pegang-pegang haiwan tersebut nak rasa cengkerang dia, tapi jangan sampai cederakan haiwan tersebut.


Makanan yang dijual untuk diberi kepada haiwan-haiwan.







Seronokkan dapat lihat haiwan ini dari dekat!





Comel jer, geram tengok tau! 

  
Kura-kura! ada banyak juga spesis kura-kura dan labi-labi rupa haiwan ni seakan sama.


Stesen 3 Reptiles Cavern

Stesen 3 ni agak menyeramkan bagi Bonde yang memang fobia kepada reptiles yang ada... ular memang bonde akan fobia! jadi maaf dekat sini Bonde tak lama dan laju sikit perjalanan Bonde, tapi untuk tidak mengecewakan Bonde kongsikan beberapa gambar untuk anda lihat!  Kat sini tak boleh nak cuba-cuba bagi makanan kepada reptiles yang ada, hanya petugas sahaja yang boleh memberi reptiles ini makan.  Jangan kecam muka cuak Bonde ha ha ha


Ular sawa albino


Ular tedung (nasib dia tidur jangan kejutkan dia syyyyttt)


Sang Buaya (kenyang dia pon tido)


Stesen 4 Free-flight Bird Aviary


Bonde suka dekat stesen 4 nih boleh bagi makan dekat pelbagai jenis burung jinak, ayam, ayam serama, burung merak, itik dan pelbagai jenis spesis burung yang jinak-jinak semuanya. 


Masa bagi burung makan...



Wewe tengah bagi burung makan tu haaa...


Anne pun sama tengah bagi burung makan... seronoknye dia


Bonde pun tak mau lepaskan peluang... he he he jinakkan burung-burung nih!



Ayam Serama! ayam serama nih sangat comel tau beza dengan ayam biasa, tubuhnya lebih kecil dari ayam biasa! seingat Bonde, tak pernah makan ayam serama ni!



Ayam serama


Ayam kampung


Burung Merak


Stesen 5 Savannah

Stesen 5 ini menempatkan pelbagai spesis kambing, rusa, biri-biri, kancil dan Alpaca dan Dusky Wallaby spesis kangaroo kecil di dunia.  Dekat sini boleh beri makan kepada haiwan-haiwan tersebut. Bukan setakat kanak-kanak sahaja teruja tapi orang dewasa juga teruja!


Oren cuba bagi makan dekat sang kancil




Kambing Biri-biri





Stesen 6 Vegetables And Fruits Farm



Dekat sini ada banyak tanaman yang ditanam contohnya pokok-pokok herba seperti aloe vera, kunyit, limau purut, limau kasturi, pokok pegaga dan beberapa jenis sayur-sayuran hijau sawi, pokok pandan, pokok kunyit, cili api.. dan buah-buahan seperti pasion fruit.







Wah ada telagalah dekat kebun nih! lama tak cedok air dalam telaga... teruja nak buat! bersebelahan telaga ada kandang lembu.  Nampaknya lembu sedang berehat..








Bila naik keatas semula Bonde ternampak tempat rehat ada jual minuman dan makanan seakan cafe, bagi anda yang nak singgah makan Bolehlah singgah dan rehat sebelum ke stesen seterusnya.  Kalau rasa penat bolehlah rehat sementara eh jangan lupa oder air hauskan!


Stesen 7 Pet Village and Longkang Fishing

Stesen 6 mula kaki melangkah dah nampak arnab, argus, guinea pigs ni semua spesis jinak. seronok tengok kanak-kanak bagi makan pada haiwan-haiwan tu.



Longkang Fishing

Seronok tengok kanak-kanak tangkap ikan dekat longkang nih, Bila Bonde cuba tak berjaya pula! alaaa sedih pulak rasa! walau dulu johan tangkap ikan haruan kat kampung, tapi kat sini tak berjaya pula!



Stesen 8 Fish Feeding

Dekat stesen 7 ni,   Bonde seronok dapat beri makan beribu-ribu ikan... banyak sangat ikannya tau.

Ada tasik dimana didalamnya ada beribu-ribu ikan jenis Ikan Koi, Ikan Talapia dan Ikan Cat, yang menyeronokkan bila kita jatuhkan palet ke dalam air, melompat-lompat dan berlumba-lumba ikan berebut makanan turut datang minta diberi makan itik dan juga angsa.






Penat bagi ikan makan, Bonde bergambar pulak tepi tasik tu... permandangan dan persekitaran bersih rasa rugi pulak tak bergambar.  Orang kata nak gambar cantik ambik tengah panas! free filter nilah contoh gambar free filter! tak nampak peluh dan ketiak dah basah dalam gambar ha ha ha





Singgah Tempat Makan... sebelum ke stesen seterusnya, Bonde singgah makan dulu memandangkan dah menghampir jam 12.00 tengahari perut minta diisi dan tekak dah mula haus! tadi nampak tempat makan tapi tak singgah pun!  Sebab dah plan nak makan dekat stesen terakhir dekat atas!


Baiklah kite makan dulu.... he he he


Lepas makan dan minum sambung jalan dekat jungle walk pulak... dekat sini ada spesis yang suka memanjat!  Kalau anda berani bolehlah bergambar dengan spesis ni, haiwan ni jinak jer




Stesen 9 Desert House

Dekat sini bolehlah anda bergambar dengan haiwan yang ada kalau anda beranilah, tapi malangnya masa Bonde sampai dekat stesen 8 nih semua haiwan sedang rehat, boleh lihat dari jauh sahaja.


Stesen 10

Dekat sini ada iguana dan landak kecik ni, kalau anda berani pegang bolehlah bergambar sama! Bonde cuba pegang landak nih acah-acah berani je... alhamdulillah landak ni jinak!






Stesen 11 Kampong Mahmood




Dekat Kampong Mahmood anda boleh tengok persembahan silap mata dari burung kakak tua yang sangat cerdik. Tertarik sungguh dengan aksi-aksi burung kakak tua pandainye....

Stesen 12 Pony Stable



-Tak sempat tengok sebab waktu rehat

Stesen 13 Pony Ride


-Tak sempat tengok sebab waktu rehat

Sijil Kehadiran Farm In The City At Sepang, Selangor

Yeay dapat sijil, Simpan buat kenangan!

Kedai Cenderahati Farm In The City At Sepang, Selangor

Sebelum balik Bonde singgah ronda-ronda kedai cenderahati ada macam-macam jual dekat sini... Topi, Key Chain, Frame, kipas, fridge magnet dan poskad.









Kemudahan Awam untuk pengunjung yang terdapat di Farm In The City At Sepang, Selangor seperti dibawah. 

- laluan untuk stroller
- laluan untuk whell chair
- tandas
- surau
- tempat rehat
- tempat makan
- kedai cendehati





Memang seronok pengalaman datang bermain dan memberi makan kepada haiwan-haiwan yang ada! pengalaman ini tidak dapat dilupakan!  Jadi jikalau anda berminat nak bawa anak anda kesini klik info tiket dibawah yea.  Ajarkan dan didik anak anda dengan pengalaman baharu! sayangi makluk ciptaan Allah.  Mesti mereka pun akan kongsikan pengalaman ini dengan rakan-rakan yang lain. #lovepet

Ticket Information Farm In The City At Sepang, Selangor


(MyKad) Adult
Age 12 years old and above. 

RM 39



(MyKad) Child

Age 11 years old and below. Free admission if children height below 90cm

RM 32


(MyKad) Senior Citizen
Age 60 years old and above
RM 32

(Normal) Adult
Age 12 years old and above.
RM 58

(Normal) Child
Age 11 years old and below. Free admission if children height below 90cm
RM 48

(Normal) Senior Citizen
Age 60 years old and above
RM 48


Waktu Operasi Farm In The City At Sepang, Selangor

WEEKDAYS: 10:00am-6:00pm

WEEKENDS: 09:30am-6:00pm
Closed on every Tuesday, excluding Public holiday & school holiday.


Getting There :

Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. 43300 Selangor Darul Ehsan. Malaysia

Latitude : 2.9801639956461563


Longitude : 101.661534011364

Customer Servise


+603-89412099



Info lanjut boleh layari media sosial dibawah :





 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

0 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.