Tema Back To School Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018

Tema Back To School Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai reader, Bonde nak kongsikan Tahun ini Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2018 (APC 2018) bertemakan Back To School.  Bila dapat poster dan pengumuman tentang  majlis ni memang kemurungan tetiba tau! mana nak cekau baju sekolah... Mula-mula memang pening sangat-sangat nak pikir pakai baju apa? lepas tu seminggu lagi nak dekat majlis terus rasa tak sabar dan teruja sangat nak tengok kawan-kawan rakan sekerja jadi budak sekolah jadinya berjayalah Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang  tahun ini bertemakan ...

 Tema Back To School Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018


Tahun ini, Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang ini diadakan  di Movenoick Hotel & Convention Centre KLIA Sepang.  Bonde memang teruja nak pergi majlis ni. Sebab inilah kali pertama Bonde jejak kaki ke  Movenoick Hotel & Convention Centre KLIA Sepang sejak ianya dibuka tahun lepas.

Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang diadakan di Dewan yang paling besar yang terdapat di Movenpick, dewan ni muat lebih kurang 1000 tetamu. Jadi muatlah dewan ni untuk Pegawai dan kakitangan jabatan kami.


Jabatan kami dapat dua meja besar memuatkan 20 orang pegawai dan kakitangan yang hadir.


Tada..... Bonde telah memilih untuk Tema Back To School Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 adalah murid sekolah rendah.  Kembali zaman sekolah rendah adalah sangat-sangat semua orang idamkan pada masa itu tak pikir nak jadi apa... masih pikir main-main dan main, baklik sekolah main... masa sekolah rendah hanya ada ujian pernilaian awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun sehingga darjah lima, ujian besar pada umur 12 tahun iaitu Peperiksaan UPSR ( untuk sekolah pagi ) dan SDE (untuk sekolah agama sesi petang).  Ishh citer pasal kenangan dari darjah 1 hingga 6 nantilah yea... panjang sangat tu nak cerita dekat sini, pastinya ada suka dan duka betul tak? 

Untuk itu Bonde memilih untuk jadi murid sekolah rendah, sebab rindu zaman tu.. pergi sekolah naik basikal arwah ayah hantar dan letas tu up sikit naik bas  sekolah warna kuning!

Bonde bersekolah di Sekolah Rendah Metodist Sungai Pelek, dari darjah Satu hingga darjah Enam.  Pakaian sekolah ni Bonde dapatkan readymade dekat kedai yang jual baju sekolah dekat pekan Nilai, Maklumlah nak tempah memang tak sempat dan Alhamdulillah ada saiz untuk Bonde beli dan pakai, biasanya susah nak dapat saiz plus size kan.. Alhamdulillah ada. Pakej beli semua Tudung, Baju kurung putih dan kain sekolah warna biru gelap pakej dalam RM 120.00, kasut putih RM 25 sepasang. comel tau kasut tu kebetulan ada sale dekat 'Dpulze Cyberjaya masa tu rembat jerla... Lencana sekolah dengan name tag tu, print out dan tampal "double tape" jer.. haaa mudahkan kerjanya janji nampak lencana sekolah dekat tudung tu untuk kegunaan malam tu sahaja.


Tema Back To School Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018



Bersama Afra.


Bersama Fahmi dan Afra


Bersama Fikri


Kami duduk semeja... Hawa Acah-acah sekolah international


Jabatan Kawalan Bangunan gambar bersama Bos ada cikgu, ada pengawas, ada pustakawan, murid sekolah menengah, murid sekolah rendah, murid sekolah mengaji, pelajar kolej alhamdulillah semua sporting.. termasuklah Bos kami.

Tema Back To School Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Drama kami acah-acah budak sekolah... kembalikan kenangan dekat sekolah... situasi dalam kelas cikgu tengah mengajar, Cikgu Hema ajar subjek apa tu?

Tema Back To School Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Acah-acah kena rotan dan rakan lain dok mengejek dan ketawakan.. biasa dia! siapa pernah kena dulu... Cikgu Yaz rotan fazly padan muka weeekkkk

Tema Back To School Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Acah-acah Perhimpunan Pagi.... baris sedia! kekanan lurusss eh eh ada pegawas bawa anak pi sekolah pulak... 

Tema Back To School Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Kuiz time! siapa jawab betul boleh balik awal...


Cinta Monyet! Eh..eh siapa ni bercinta dengan pengawas nih? masa ni yang lain satu meja dengan Bonde semua pergi bergambar, Bonde pula hanya duduk di meja.. lepas tu ada pengawas datang mengorat pulak! ini gambar candid tau... ada  yang hantar whatsapp gambar nih, Jadi simpan sini juga, sebagai kenangan.


Nilah dia Pengawas tadi tu... (aka Kanda) Bukan setakat kita dia ngorat, ramai pulak yang dia ngorat malam tu... romeo dekat sekolah nih dulu-dulu ha ha ha


Bersama Zaiis pustakawan sekolah


Haaa termengorat anak pengetua sekolah. 


Kena tangkap dan kena rotan padan muka!


Jam 12.00 malam, habislah mak marah, Oklah nak balik dah.... happy sangat malam tu, dengan tema APC yang menarik sangat.  Next APC tema apa agaknye??? Anda kalau dibagi tema untuk satu-satu majlis jangan murung tau! sebabnya bila dah ada dalam majlis tu pasti akan jadi teruja sangat.  Macam malam tu ada juga pertandingan pakaian terbaik tau! jadi siapa yang menang memang berbaloi sangat.  Yang tak menang simpan memori yea, bukan senang nak kembali ke zaman kanak-kanak.  Bila dah bergabung dengan yang lain memang meletop!



Ehhh terlepak dekat mamak pulak, apa nak jadi ni budak-budak sekolah tak reti lagi nak balik rumah ke?? dah malam dah naseb ada Cikgu Odah, Cikgu Odahlah penyelamat kami he he he


Panorama Movenpick waktu malam...



~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

13 PEMBERI ULASAN

  1. YA Allah comel-comelnya semua!!! Memang sebijik cam budak sekolah xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ha ha kelakar tau! sampai malu nak jalan...

      Padam
  2. Wah.. semua comel dan meriahh..suka lah tengok ragam bonde dan rakan sekerja. sporting semuaaaa..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini memang sangat yang tak akan dilupakan tak sangka semua sporting dan meletop tema nih

      Padam
  3. alahai nampak muda jadinya ehehe



    .
    .
    .
    jom visit blog.
    https://helenarosez.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... tersenyum2 bila tengok balik gambar-gambar

      Padam
  4. Bondeeee. ain senyum2 baca entry bonde ni. Cuteee jhapppy, rndu zaman sekolah semua ada. Bonde tak penah mengecewakan :)

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.