RESEPI PAJERI BUAH KEDONDONG MAK YONG

RESEPI PAJERI BUAH KEDONDONG MAK YONG Assalamualaikum dan Selamat Pagi... Hai reader semua... Bila rindu arwah Mak, Apa yang paling diingati air tangannya. Apa yang dimakan dulu pasti kadang-kadang terasa nak makan.  Serius sejak dari arwah tak ada, Bonde selalu teringat masakannya.  Bagi kami sekeluarga air tangan Mak memang tiada tandingannya masak campak-campak jer dah sedap. Paling rare goreng telur sahaja pon berebut kami adik beradik makan.  Cerita tentang buah kedondong ni sebenarya dahulu dekat kampung ada pokok kedondong yang sangat besar buahnya juga menimbun banyak. Kami puas makan masa buah muda - cicah kicap dengan cili api atau buat jeruk, masa buah dah masak makan macam tu je..kadang isi kuning manis tau! pokok ni baka besar ikut pokoknya besar dan tinggi.  kebanyakkan pokok kedondong sekarang rendang dan buah kecil.  Ceritanya kawan pejabat kami bagi buah ni jenis yang besar.  Jadi memang sesuailah buat :-

RESEPI PAJERI BUAH KEDONDONG MAK YONG



Kenapa nama RESEPI PAJERI BUAH KEDONDONG MAK YONG? Bonde yang letak nama ni sebab Resepi Mak Bonde, Mak Yong adalah gelaran Mak di kalangan orang kampung kerana Mak adalah anak sulong dari dua beradik. 




BAHAN-BAHAN PAJERI BUAH KEDONDONG MAK YONG 


30 biji buah kedondong (buang kulit)
2 senduk rempah kari babas 
4 sudu cili kering (telah dikisar)
3 tangkai daun kari
3 serangkai ( bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis)
paket kecil kerisik (suka lebih sedap)
1 kotak santan (1 liter)
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam 
sedikit gula 
sedikit Serbuk cukup rasa manggi

Bahan kisar:
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inchi halia 
Segenggam udang kering (rendam terlebih dahulu)

CARA MEMASAK PAJERI BUAH KEDONDONG MAK YONG


Panaskan minyak, masukan bahan yang di kisar, masukan tiga serangkai, daun kari, masukkan cili yang dikisar  dan masukkan rempah kari yang telah  dibancuh dengan air dan masukkan kerisik kacau rata hingga naik aroma wangi. Masukkan buah kedondong dan biarkan buah kedondong kecut dan mengeluarkan air, air dari buah akan buat rasa masam manis semulajadi yang sedap.  Selepas itu masukkan santan, garam, gula dan serbuk cukup rasa maggi kacau rata bagi sebati rasa. 


Sedia untuk dihidangkan. Lauk ni sangat sedap di makan bersama nasi panas dan ikan gelama masin, Menu kesukaan kami sekeluarga.  Rindu masakan Mak.

Selamat Mencuba!


~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

0 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.