MBH Mediaspa buka cawangan ke 22 di Nilai, Negeri Sembilan

Assalamaualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua... Baru-baru ini Bonde sempat singgah di Majlis Perasmian Pemukaan cawangan baru MBH Mediaspa buka cawangan ke 22 di Nilai, Negeri Sembilan.  Untuk info anda semua, Negeri Sembilan kini secara rasminya memiliki 2 cawangan MBH Mediaspa dengan pembukaan MBH Nilai baru-baru ini, sekaligus ia menjadi cawangan MBH Mediaspa ke - 22 di Malaysia yang menyediakan rawatan untuk masalah kulit wajah berjerawat, berparut, berjeragat dan kulit kusam.


MBH Mediaspa buka cawangan ke 22 di Nilai, Negeri Sembilan


Majlis pembukaan MBH Mediaspa Nilai ini dirasmikan oleh penyanyi rap terkenal W.A.R.I.S yang merupakan artis kelahiran negeri tersebut.  Beliau juga merupakan artis yang kerap datang ke  MBH Mediaspa untuk membuat rawatan kulit wajah.  Turut meraikan bersama bloggers. wartawan majalah, akhbar dan sosial media tempatan untuk tidak melepaskan peluang menghebahkan pembukaan ini kepada warga setempat.

MBH Mediaspa buka cawangan ke 22 di Nilai, Negeri Sembilan



Pengarah pemasarannya, Shida Mohamad berkata, pembukaan MBH Mediaspa Nilai pasti menjadi tumpuan ramai terutamanya warga berdekatan yang sukakan kecantikan disebabkan oleh tawaran "facial" percuma yang diberikan setiap kali pembukaan pusat kecantikan tersebut.


Selain daripada itu, MBH Mediaspa mendapat tempat dalam kalangan orang ramai kerana servis yang dipercayai dan terlatih daripada akademi spa yang diiktiraf iaitu MBH Beauty Academy.  Oleh yang demikian, pembukaan cawang ke-22 di Nilai ini merupakan satu batu loncatan untuk warga Nilai dan sekitarnya merasakan servis spa terbaik ini bagi mencantikan kulit wajah mereka tidak kira perempuan mahupun lelaki.

"MBH Mediaspa bukan sahaja mencantikkan malah merawat masalah sehingga ke akar umbi.  Disebabkan itu MBH telah mendapat beribu-ribu testimoni berjaya sehingga memenangi anugerah Top Brand Excellence Service Asia Pasific 2017-2019 serta Malaysia Tourism Council Gold Awards 2018", tambah Shida.

"Melihat kepada pasaran pusat kecantikan di Malaysia ia mempunyai peluang pertumbuhan yang positif kepada syarikat yang memberikan ruang kepada jenama ini untuk terus berkembang" katanya.

MBH Mediaspa memulakan perniagaannya di Bangi tahun 2008 dan sehingga kini mempunyai 22 cawangan di seluruh negeri terutamanya di ibu kota seluruh negeri.

Shida berkata, tahun ini pihaknya merancang membuka 7 cawangan pusat kecantikan MBH Mediaspa yang juga memberi fokus di beberapa lokasi berpotensi khususnya di Puchong, Subang dan Melaka.  "Pembukaan cawangan baru perlu dilaksanakan sebaiknya keraka ia merupakan asa kukuh untuk pemasaran", katanya

Mengulas mengenai strategi pemasaran MBH Mediaspa, Shida berkata, MBH Mediaspa dalam proses untuk mengeluarkan lagu jenama MBH setelah 11 tahun beroperasi.

Rangkaian Produk Penjagaan Wajah MBH Mediaspa :

Dermaklair Normal Set

Dermaklair Acne Set

Dermaklair Pigmentation Set

Dermaklair Regeneration Set

Dermaklair Sensitive Skin Set



Gambar-gamber sepanjang pembukaan MBH Mediaspa buka cawangan ke 22 di Nilai, Negeri Sembilan.



 


  




Untuk makluman anda semua, semasa majlis pembukaan tempohari tiada sebarang rawatan dilakukan, pelanggan yang datang hanya diberi pemeriksaan percuma untuk skin muka dan pihak MBH Mediaspa akan menerangkan rawatan apa yang perlu dilakukan.  Pelanggan hendaklah membuat tepahan waktu yang sesuai untuk sesi rawatan selepas itu.


Bonde tak sabar nak buat rawatan juga lepas ni tau... untuk info lanjut anda boleh layari sosial media dibawah :





~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

6 PEMBERI ULASAN

  1. TB pernah pergi tempat-tempat macam ni sebelum kahwin dulu je.. lepas kahwin tak pernah lagi.. hahaha.. teringin jugak nak membelai wajah untuk kesegaran dan kecantikan.. hehehe

    BalasPadam
  2. Tahniah MBH MediaSpa buka cawangan baru.. semoga terus succes..

    BalasPadam
  3. MBH mediaspa ni macam dah buka banyak cawangan rasanya kan bonde?

    BalasPadam
  4. Hebat medispa. Dah ada kat seluruh Malaysia.

    BalasPadam
  5. lama dh tak berspa.. bestnye klu dpt manjakan diri..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.