29 SENARAI PENGELUAR PRODUK-PRODUK MUSLIM (Jom Sama-sama Sokong Produk Muslim!)



Assalamualaikum dan Selamat Pagi... Hai reader semua, hari ni Bonde rasa terpanggil untuk cerita tentang satu isu yang tengah panas sekarang ni. Bonde tak pasti anda semua perasan ataupun tidak, tapi kat media massa memang makin bising dengan topik Boikot Barangan Cina DAP. Bonde sendiri lepas tahu tentang kempen Boikot Produk Cina ni, terfikir juga kat kepala. Eh selama ni Bonde memang beli selalu produk Muslim. Bonde memang sokong sentiasa dengan beli produk Bumiputera jadi secara tidak langsung memang dah lama Bonde jadi pengikut guna barangan Muslim ni...

Kempen Sokong Produk Muslim Ini Bagus Tapi Jangan Sampai Timbulkan Pergaduhan

Cuma yang Bonde naik hairan, wah bising betul isu ni. Rata-rata ramai yang kuat kempen untuk ajak sokong produk Muslim. Bagus! Sebagai seorang umat Islam Bonde sokong cuma dalam berkempen tu harap janganlah sampai jadi isu bergaduh. Kalau boleh tak nak timbul kes hingga boleh pecah belahkan negara.  Sudahlah negara kita kecil, bergaduh pula! 

Kadang-kadang Bonde terfikir juga, yang berkempen tu Bonde yakin mereka adalah pengguna tegar produk Muslim cuma yang si tukang tambah untuk hangatkan isu ni, adakah sekadar bergelar kakak dan abang bawang atau betul-betul sokong produk Muslim sepenuh hati? Kalau betul, alhamdulillah....

29 SENARAI PENGELUAR PRODUK-PRODUK MUSLIM (Jom Sama-sama Sokong Produk Muslim!)

Inilah 29 Senarai Produk Muslim Yang Ada Di Pasaran

Kalau anda nak tahu Senarai Pengeluar Produk-Produk Muslim adalah seperti dibawah nih:- 

1. Saji
2. Ramly
3. MFI
4. Ayamas
5. Adabi
6. Bidara
7. Bernas
8. Halagel 
9. Alif
10.Faiza
11. Pertima 
12. Sufi
13. Mu'min
14. Juara
15. Jalen
16. AzZainMart
17. Brahim
18. FGV
19. Sunquick
20. Tamin
21. KFC
22. HAUSBOOM
23. LESONG
24. AGRO MAS
25. HPA 
26. ORANG KAMPUNG
27. PASARAYA IKWAN
28. MUDIM
29. MYDIN



Alang-alang bercerita tentang isu Boikot dan Sokong ni, kat sini Bonde kongsikan sekali antara produk-produk keluaran Muslim yang ada di pasaran. Manalah tahu, kalau-kalau masih ada yang belum pasti mana satu produk keluaran Muslim dan mana satu bukan. 

SENARAI PENGELUAR MINYAK PRODUK-PRODUK MUSLIM

Bonde memang suka memasak kalau dirumah jadi Minyak kena selalu ada stok. 


SOKONG minyak masak anak tempatan melayu bumiputera Islam:

a. Saji (Felda)

b. Tiara (Felda)

c. Alif (SimeDarby)

d. Olife (SimeDarby)

e. Adela Sunflower (Felda)

f.  Adela Canola (Felda)

g. Cap Tiga Udang (Jenis Paket – Felda)

Jenama minyak yang selalu Bonde beli dirumah ialah jenama Alif.

PRODUK-PRODUK MUSLIM YANG ADA DI PASARAYA TERKENAL

Anda nak beli produk-produk runcit muslim tapi tiada Az-Zain, Ikhwan Mart dan lain-lain halal mart di tempat anda?



Jangan risau, jadual ini menyenaraikan jenis produk runcit muslim utama yang ada dijual di pasaraya-pasaraya terkenal!



Setuju Sokong Produk Muslim Dan Moga Usahawan Bumiputera Makin Maju



Buat masa ini Bonde dan keluarga cuba melatih diri untuk sama-sama beli Produk keluaran Muslim selalu. Nasib baik sekarang mudah untuk kita semak senarai pengeluar produk-produk muslim ni! hanya klik dihujung jari sahaja.. terus dapat infonya he he he . Paling Bonde sering beli adalah barangan dapur. 


Bonde pun rajin juga beli produk lain keluaran Bumiputera seperti produk kecantikan, pakaian, kesihatan dan barangan rumah. Antara produk kecantikan dan kesihatan yang Bonde tahu bagi keluaran Muslim ni adalah seperti Imanni Skinz, DHerbs Terlajak Laris, dan banyak lagi seperti list yang Bonde beri tadi.

Barangan Muslim Banyak Tapi Sayang Kurang Publisiti



Hal ini memang dah lama Bonde perasan. Produk keluaran Muslim ni memang kurang dari segi publisiti dan usaha pengiklanan. Bagi Bonde kalau nak orang tahu kenalah usaha buat iklan. Ini orang tak kenal lepas tu mula salahkan pengguna dengan alasan tak sokong produk tempatan hanya kerana tak beli. Eh kalau dah pengguna sendiri tak tahu itu produk apa, kelebihan dan kegunaannya untuk apa, macamana pelanggan nak beli dan guna? Cuba kalau semua produk ada iklan hebat, InshaAllah rasanya tentu makin meletup. 


Sebagai contoh produk DHerbs, Jakel dan Das Abdul Global (DAG) , bukan main hebat promosi mereka. Dato Alif bukan setakat iklan di kaca TV malah hingga sampai ke saluran Youtube. 



Satu lagi, Bonde ada juga ternampak iklan besar tepi highway, nama company tu tentang DAG (DAS Abdul Global). Sebesar alam dia punya iklan. Besar sangat kat sepanjang highway!

Mula tu mati-mati Bonde ingat ni produk dari company non muslim sebab bukan main hebat sangat iklannya tu. Sekali bila Bonde Google, la produk bumiputera melayu juga rupanya. DAS ni pengusahanya adalah bumiputra Islam kelahiran Kelantan. Jenama org melayu, anak muda Kelantan yang semakin naik.

Inilah yang dikatakan publisiti! Nak berniaga biar betul-betul berani! Bonde tumpang bangga dengan anak melayu yang sedang usaha naik ke tahap ni. Muda-muda dah pandai berniaga. Dalam masa yang sama ini membuktikan produk Muslim juga ada harapan cuma kita sendiri kena bantu untuk naikkan martabat produk orang kita.



Jika Dah Makin Maju Jangan Pula Lupa Diri Hingga Abaikan Soal Zakat 

Terus terang, Bonde akui Bonde memang suka jika lihat produk Muslim ni boleh maju dari hari ke hari. Cuma bila dah makin maju tu janganlah pula lupa untuk bayar zakat perniagaan. Bukannya banyak pun kan? 

Berapa percent saja setahun! Setidaknya zakat tu dapatlah diagihkan semula pada golongan asnaf dan fakir miskin. Kalau setakat makin kaya dan berjaya dengan untung banyak tapi culas dalam membayar zakat, apa gunanya? 

Akhir sekali, Bonde harap isu Boikot Barangan Cina DAP ini berlaku dalam keadaan aman. Jangan sesekali boleh mengakibatkan pergaduhan yang lebih besar. Bagi Bonde, tak kisahlah anda Cina, India malah Melayu sekalipun... hormat itu penting! Nak lawan isu boikot dan sokong ini Bonde tak kisah asalkan kita sedar batas yang sepatutnya dan darir jauh Bonde sentiasa doakan semoga pengusaha-pengusaha produk ini akan terus sukses dari hari ke hari..



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Terima Kasih Bonde. Sangat membantu :)

    BalasPadam
  2. Thanks sharing bonde...lets support product muslim kita...

    BalasPadam
  3. Banyaknya barangan muslim , ada sebahagian tu mmg ndak tau pun barangan muslim, lepas ni harapnya semakin ramai keluarkan produk muslim, lagi byj pilihan bokeh dibuat kan..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.