RICHWORKS MAHU BANTU 10,000 ORANG UNTUK UBAH HIDUP SEMPENA MERDEKA 2019


RICHWORKS MAHU BANTU 10,000 ORANG UNTUK UBAH HIDUP SEMPENA MERDEKA 2019 Assalamulaikum dan Selamat Pagi, Hai reader semua.  Pagi ini Bonde nak kongsikan dengan anda semua perkara yang baik dan boleh menjadi inspirasi untuk memberi kejayaan kepada kita semua.  Tanpa usaha semua itu tidak akan belaku. Jom sama-sama kita jadikan ianya panduan bersama dan kongsikan kepada yang lain.

RICHWORKS MAHU BANTU 10,000 ORANG UNTUK UBAH HIDUP SEMPENA MERDEKA 2019




RICHWORKS INTERNATIONAL SDN BHD

Richworks International Sdn Bhd dengan sukacitanya telah melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks. 





Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.




Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.


Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.



DR. AZIZAN OSMAN SEBAGAI MASTER COACH RICHWORKS

Sehingga hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.



Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.



RichWorks melihat program ini sebagai peluang kami untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.



Kami yakin, Program Nak Ubah Hidup yang kami sasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga. 



“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.” 




Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.

“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.” 


PENDAFTARAN KINI DIBUKA ! UNTUK 'PROGRAM NAK UBAH HIDUP'


Hotline: 1-300-88-2424

“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” kata Azizan lagi.

Layari: www.nakubahhidup.com untuk info lanjut

Hotline: 1-300-88-2424

Untuk maklumat lanjut, layari: Richworks International Sdn Bhd


Twitter:  Azizan Official

YouTube: Azizan Osman

LinkedIn:  Azizan Osman Official

Email: inquiries@richworks.com.my

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

34 PEMBERI ULASAN

  1. Seronok tgk org berjaya ni.. Semoga zaza pun blh suksess mcm beliau

    BalasPadam
  2. Dr Azizan ni memang dah terkenal dari dulu lagi mengenai cara kejayaan beliau membantu orang-orang yang ingin berubah. kalau ada rezeki mau jugak nak join seminar-seminar sebegini

    BalasPadam
  3. Skang ni semua nk berniaga tpi tak de ilmu. Boleh berniaga tanpa ilmu tapi tengoklah bape lama. Mmg dari du teringin nak dengar perkongsian beliau. huhuhu

    BalasPadam
  4. rugi siapa tak join program begini kena ambil peluang ni

    BalasPadam
  5. It's never easy to change your life like that. Lots of effort

    BalasPadam
  6. Zumal suka motivasi yang diberikan Dr Azizan Osman, harap dapat sertai juga...

    BalasPadam
  7. Baguskan buat mereka yang nak ubah hidup ke arah yang lebih baik

    BalasPadam
  8. he is really great... motivate and inspired ppl around the nationwide.. i enjoy listening to his talk too

    BalasPadam
  9. suka pergi traning motivasi macam ni sebab boleh tingkatkan motivasi dalam diri. memang patut pergi untuk mereka yang mahu perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik

    BalasPadam
  10. baguslah ya motivator seperti Azizan Osman nie. dia beri semangat pada org2 untuk memulakan dan beranikan diri utk cebur bidang perniagaan. ramai pengikut dia ya walaupun banyak spekulasi

    BalasPadam
  11. pernah sekali dengar dia ceramah dlm program apa ntah lupa..terbaik..

    BalasPadam
  12. Bila lagi nak ubah hidup kalau bukan skrg. Semoga lebih ramai yg berjaya pada masa akan dtg.

    BalasPadam
  13. bagus adanya program2 bisnes dan keusahawanan mcm ni, kalau dpt pergi insyaAllah sedikit sebanyak pelbagai ilmu dan info berkenaan dunia perniagaan dan cara2 menceburinya kita boleh dpt kan.

    BalasPadam
  14. orang berniaga memang perlu ada ilmu supaya apa yg dibuat semua membuahkan hasil.. program yg bagus dari Richworks

    BalasPadam
  15. fuhh kelas dia boleh tahan mahal huuhu

    BalasPadam
  16. kena rebut peluang yang ada ni 👍👍 moga dapat membantu mereka yang memerlukan..

    BalasPadam
  17. Bagus kalau dgr motivasi cmni utk berjaya kan..

    BalasPadam
  18. Memang best duduk dalam seminar dia, rasa semangat nak tahu apa tips dan rahsia kejayaan sampai rasa nak buat business time tu jugak

    BalasPadam
  19. Wah menariknya program macam ni. sekurang dapat tolong golongan usahawan dan meningkatkan semangat mereka dalam business kan.

    BalasPadam
  20. Nampak macam kurus sikit lah sekarang ni Dr Azizan hehehehe kita tengok video rasa semangat juga kalau dapat pergi kursus ini hehehe nak juga ubah diri...

    BalasPadam
  21. Macam menarik ja kan kalau dapat join event nie Bonda..

    BalasPadam
  22. Wah bgusla ramai dh berjaya denga masuk event dr azizanni.. Bokeh dipercayai la ni

    BalasPadam
  23. Mula mula ingatkan event event Richworks ni untuk bisnes je. Lepas baca ni baru tau, program ni pun sesuai untuk self improvement

    BalasPadam
  24. DA menjadi idola dan juga penyuntik semangat. Teringin nak join program beliau one day.

    BalasPadam
  25. Some ppl memang perlukan orang lain sebagai penyuntik semangat dan mentor, sbb tak semua org ada kelebihan untuk terus bangun & berdiri atas kaki sendiri pd awal berniaga.

    BalasPadam
  26. sekali sekala bagus jugak attend program motivasi tuk improve self motivation. yelah bila dah besar ni kekadang ada masa rasa down so kita perlu jugak some inspiration untuk kekal move on. cayalah bonda mesti makin semangat update blog lepas ni

    BalasPadam
  27. bagus join program motivasi macam ni. nak nak bagi mereka yang nak berjaya. yang nak jadi usahawan kan. saya pon teringin jugak one day nak join program macam ni.

    BalasPadam
  28. Beruntungnya dapat join bengkel Dr Azizan. Sesekali pi motivasi memang bagus. Aura positif yang diserapkan InsyaAllah bawa perubahan positif gak untuk kita kan.... Yang penting kena mula bertindak. Moga terus sukses.

    BalasPadam
  29. Kalau ke seminar dia ni sure datang semangat untuk berjaya. Rasa2 kalau nak berjaya..haa bolehle ke seminar ni kan..kita perlukan sesorang untuk membangkitkan semangat kita ni

    BalasPadam
  30. Siapa yang taknak hidup dia berubah dari Zero ke Hero kan? Rawlins pun terinspirasi dengan kegigihan semua orang yang mencari extra income. InsyaAllah jika ada rezeki, Rawlins pun nak membahagiakan keluarga.

    BalasPadam
  31. TB walaupun tak dapat join program dr azizan ni..selalu gak tengok video beliau kat page beliau

    BalasPadam
  32. Wow such a motivational and inspiring sharing, bagus untuk yang nak maju.

    BalasPadam
  33. saya pun nak ubah hidup menjadi lebih baik

    BalasPadam
  34. Wow motivational sharing session memang bagus la and give us ideas how to be successful juga.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.