MASA MANDI LEBIH MENYERONOKKAN DENGAN CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR Assalamualaikum dan Selamat Petang... Bonde nak kongsikan dengan anda semua tentang produk terbaharu dari Carrie Junior Bubbly Bar. Selain dari Shower Gel yang wangi, Carrie Junior Bubbly Bar ini pun wangi juga.. Anda nak tahu info sila teruskan membaca yea.. MASA MANDI LEBIH MENYERONOKKAN DENGAN CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR
MASA MANDI LEBIH MENYERONOKKAN DENGAN CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR~MEMBERSIH SAMBIL MELEMBAPKAN KULIT SECARA SEMULAJADI
Masa mandi adalah lebih
daripada sekadar rutin; ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk
mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat
kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan
penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan
fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.
CARRIE JUNIOR- sebuah jenama yang dipercayai dalam
kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar. Produk CARRIE JUNIOR Bubbly Bar baharu ini
memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik
mandi. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul
dipermukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu,
hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.
Gumbira Sara dan Ecah bergaya dengan Beg Pink Carrie Junior
CARRIE JUNIOR
Bubbly Bar ini merupakan
sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan
sabun. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai
bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan
lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. Gliserin yang
terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly
Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar
terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya
menjadikan kulit lebih lembut. CARRIE
JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit,
sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit; apabila digunakan bersama
air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit.
Pastikan kulit anak
anda sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam
selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR
Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental
dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh
badan.
CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan
paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian CARRIE iaitu Groovy
Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa
segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly
Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang
merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan
vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.
GROOVY GRAPEBERRY
CHEEKY CHERRY
DOUBLE MILK
INFO HARGA
Kini kanak-kanak boleh
menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly
Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR
Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di
seluruh negara; sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung
Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.
~ Bonde Senyum Riang ~
3 Ulasan
amboiiii seronok bebudak tu ye..sama lah anak2 kami juga..seronok !
BalasPadamwangi ni :)
BalasPadamBaunya wangi, anak2 suka.. ;)
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.