CABARAN PANJAT BUKIT MELATI, NILAI UNTUK PERTAMA KALI Assalamualaikum dan Selamat Malam... Hai reader semua, Bonde nak sharekan dengan anda semua, bulan Januari yang lepas Bonde dengan seorang kawan Bonde buat plan last minit untuk panjat Bukit Melati. Bukit melati ni sebenarnya dekat jer dengan rumah Bonde nak sampai ke Bukit Melati ni lebih kurang 15 minit sahaja. Sebelum ni tak teringin pun nak panjat Bukit masa kaki tengah tak ada apa-apa dan sihat tak terpikir Bonde nak jin aktiviti macam nih.. Rasa menyesal pun ada kerana semasa sihat tidak menitik beratkan masalah kesihatan.. sekarang ni kaki dah ada masalah baru nak berjinak-jinak hikinglah, runninglah... Padahhal masa muda dan zaman umur 30an Bonde adalah seorang yang aktif bersukan... Zumba tiap minggu dengan futsal lagi.. tapi sekarang memang dah kurang main futsal dan zumba masih join seandainya free waktu petang sebab ada kelas Zumba waktu lepas pejabat diadakan di Bilik Melati ('Melati" kebetulan nama sama) . Itu cerita lama, Marilah bonde kongsikan dengan anda semua kisah CABARAN PANJAT BUKIT MELATI, NILAI UNTUK PERTAMA KALI
CABARAN PANJAT BUKIT MELATI, NILAI UNTUK PERTAMA KALI
BUKIT MELATI
Sebelum ni Bonde tahu mengenai Bukit Melati dari seorang kakak dekat pejabat Bonde apa yang diceritakan mengenai Bukit Melati ini dikatakan dibuka oleh seorang doktor di sebuah Klinik di Nilai, Pada mereka yang pernah ke Klinik doktor tersebut, beliau akan memperkenalkan Bukit Melati ini sebagi tempat untuk pesakit pergi untuk mendapatkan kesihatan yang baik melalui perubatan untuk pesakitnya...katanya trek dekat Bukit Melati sangat sesuai untuk exercise katanya mengikut sakit yang dialami oleh pesakit, Bukit Melati ada beberapa puncak seperti Centipede Hill, Monkey Hill, Cobra Hill dan Mosquito Hill anda boleh pilih nak lalu laluan yang mana satu... ada juga puncak yang boleh dinaiki dengan menggunakan tali rope... ikut kemampuan anda nak xtreme yang maca mana??? Bagi Bonde yang tak biasa lagi kena biasakan dan berkenalan dahulu dengan Bukit ni...
TREK MASA NAIK BUKIT MELATI UNTUK KE CENTIPEDE HILL
Pagi tu agak lewat Bonde sampai Bukit Melati kerana perut meragam, bimbang pula perut buat hal bila panjat nanti, Bila dah rasa ok Bonde rojer Odah untuk teruskan.
Jam 8.15 pagi kami mula panjat Bukit Melati.
Untuk pertama kali ini, Bonde panjat Bukit Melati bersama dengan Suhaida @ nama popularnya Odah. Odah dah banyak kali panjat Bukit Melati sebelum ini, Bonde memang selalu dengar cerita dari Odah tentang Bukit Melati jadi Bonde confiden nak follow Odah panjat Bukit Melati.
PUNCAK BUKIT MELATI - CENTIPEDE HILL
Jam 8.45 pagi sampai dipuncak Centipede Hill (Lipan) nak sampai ke sini bukanlah mudah, Odah terpaksa urut kaki Bonde di pertengahan jalan kerana hampir mengalami kejang kaki. Dalam masa yang sama Bonde nekat teruskan perjalanan dengan semangat yang Odah berikan. Biasanya panjat bukit macam ni, memang kena banyak berhenti memandangkan kondisi kaki Bonde yang tak berapa mengiznkan... naseb Odah memahami. Sebenarnya ramai jer yang panjat pagi tu.. ramai dikalangan kanak-kanak, remaja dan tak kurang juga orang tua yang gigih panjat Bukit ni, kagum dengan kegigihan mereka.. naik laju dan turun pun laju.. maybe mereka dah terbiasa dengan trek Bukit Melati nih.. seronok tengok.
SARAPAN DI PUNCAK BUKIT MELATI
Sebenarnya duduk dekat atas ni.. memang nampak panas, tapi sebenarnya ada banyak angin tau... Sebelum ni Odah datang dengan anak buahnya dia siap berkelah dekat puncak ni tau.. Rupanya Odah memang dah bawak bekalan siap-siap untuk kami makan berdua. Bonde pula hanya berbekalkan dua biji limau mandrin.. air pun tak bawa sedap risau nak minum sahaja nanti dan tak ada tempat untuk membuang pun dekat atas tu nanti.
Odah keluarkan bekalan yang dibawanya...
Siap ada bawak buah manggis lagi
Bekalan Odah.. cendawan inoki goreng, kentang goreng, roti oat dan serunding ikan bilis
Selesai makan kami pun sedia untuk turun... berhenti sarapan dekat 20 minit jugalah
TONGKAT SAKTI
Tongkat sakti ni Odah yang carikan dekat semak dan bawah pokok masa nak naik tadi.. sebab tulah ramai orang bawa tongkat dari bawah rupanya... Tongkat sangat membantu untuk panjat ke atas. Next time nak beli tongkatlah...
TREK MASA TURUN BUKIT MELATI UNTUK KE CENTIPEDE HILL
Jam 9.10 pagi
Kami gerak untuk turun... arghhh sila pasang kuda-kuda kaki dan ketatkan buku lali. kerana trek menurun adalah lebih mencabar...
Trek menurun ni ada pemandangan indah boleh lihat menara tinjau KLIA dari sini...
Sampai bawah ada kawasan lapang... dekat sini bolehlah rehat sambil main buaian dan masa kami lalu dengan sini, ada group tu tengah buat bbq wow seronok aktiviti mereka. Tapi untuk naik kesitu hendaklah gunakan pacuan empat roda Hi lux ataupun Ranger kenderaan yang tahan lasak. kerana laluan kesitu berbukit dan berbatu..
Lepak dekat area buaian dekat 20 minit juga dan teruskan lalulan untuk keluar.
Jalan-lepak, jalan-lepak dan lepas tu...dah sampai kami ke pintu masuk tadi... total panjat dan jalan hari tu dekat 2 jam jugalah.
BEST KE PANJAT BUKIT MELATI
Untuk badan yang cubby macam Bonde ni memang perlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat semangat kena kuat, dan sokongan padu dari Odah juga sangat membantu... bestlah Odah asyik tipu jer kata nak sampai, tapi tak sampai-sampai pon... adakah nak panjat lagi?? sudah tentu nak!! sebab nak explore bukit yang lain, Kalau datang sini anda boleh beli makanan dekat bawah jer.. sebab ada jer orang jual makanan dekat bawah tu.. ada juga orang jual kasut, baju dan seluar hiking dekat bawah tu...
Masa untuk pulang... next time datang lagi...

~ Bonde Senyum Riang ~
5 Ulasan
Tahniah sampai juga ke puncak
BalasPadamTahniah bonde..susah payah naik akhirnya sampai ke puncak juga
BalasPadamwah hebatnya bonde tahniah
BalasPadamtahniah hebatnya bonda
BalasPadamSaya yang baca ni pun nampak mengah.. hehehe.. nak2 dah lama tak buat aktiviti lasak.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.