DISKAUN MEGA 12.12 BOOKCAFE (HARI TERAKHIR HARI INI 14/12/2018)

Assalamualaikum Dan Selamat pagi... Hai reader semua, semalam ramai kawan-kawan update shopping 12.12 Bonde pon nak update jugak dekat sini. Tapi tak sempat shopping 12.12 online... nafsu shopping tu memang menggigil jer Kisahnya buka gak lazada, shopee, nile dan 11strett sebab semua online shopping ni ada email promo 12.12 dekat Bonde mahunya kita buat diam, tentu-tentunya terklik jugakan ha ha ha ha 

Semalam niat nak shopping novel dekat karangkrafmall tapi ada masalah semasa proses nak bayar dengan nak order mungkin ramai sangat online shopping masa tu.. sistem tu tak nak berkerjasama dengan Bonde.  Lepas tu tak sempat nak repeat order sekali lagi terus terlupa hadoiii rugi 12 novel pada harga RM1. Tak apalah next time nanti ada rezeki Bonde hendaknya InsyaAllah.

Pagi ni Bonde buka email, ada promosi hujung tahun Bookcafe..  wow segar mata terus klik.. terus teroder dan terbayar.  Mari Bonde kongsikan promosi  bermula 6 Disember hingga 14 Disember (hari ini last day) 

Nak tahu macam mana nak beli teruskan membaca entri ini.... stay tune

DISKAUN MEGA 12.12 BOOKCAFE (HARI TERAKHIR HARI INI 14/12/2018)



Bila tengok poster promosi ni mesti anda jadi tak tentu arah tak tahu mana satu nak klik kan... sabar-sabar jangan gelojoh yea..

Klik pelahan-lahan dengan hati yang tenang.. (Bukan main bagi tips kat orang lain padahal diri sendiri buat benda yang sama teruja katakan)

Pertama :

sekali anda terus klik RM 2, seterusnya RM3, seterusnya 80% dan terakhir 70%.

Kedua :

Buat pilihan dengan tenang.  Bacalah sinopsis buku tu sikit.

Senarai buku RM 2


Cara Pembayaran :

Sesudah buat pilihan yang pasti dan betul (jangan ragu-ragu lagi) buat pembayaran.  Pilih cara pembayaran yang anda mahu guna, Bonde pilih Cimb Cliks.

Pilih cara pengeposan :

Bonde pilih Ninja Van

  Selepas membuat pembayaran.. akan dapat Payment Comfirmation.
 Selepas itu akan dapat email pengesahan order dan pembayaran.


Untuk rujukkan dan semakkan order.


 Senarai buku yang dibeli..


Selesai proses pembelian, star email untuk rujukkan, Tunggu parcel sampai... menghitung hari.

Jadi anda yang nak shpping tu klik link ni cepat yea.. hari terakhir hari ni...

Klik sini : https://bookcafe.com.my

Info : Yang paling bestnya anda boleh kumpul mata B Infinite juga tau!

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

5 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.