TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA PEMENTASANNYA SAMPAI KE HATI Assalamualaikum Dan Selamat Malam.. Hai reader semua, Bonde memang suka menonton pementasan teater cuma kadang-kadang tidak berkesempatan nak  pergi menonton. Jumaat yang lepas Bonde bekesempatan menonton Teater Bangsawan Dendam Laksamana di Matic, Kuala Lumpur.  Teater ini yang diadaptasi dari kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang cukup menarik ada kisah sedih, ada kisah gembira semuanya sampai ke hati.  Kisah ini juga ada di buku teks sejarah dan Bonde sendiri ada membacanya semasa sekolah menengah dahulu (30 tahun dahulu) dan kini Bonde saksikan sendiri pemetasannya.  Teruskan membaca jika anda ingin tahu pelakon yang memainkan watak-watak hebat dalam pementasan TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA PEMENTASANNYA SAMPAI KE HATI 
TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA PEMENTASANNYA SAMPAI KE HATI
Pementasan Teater Bangsawan Dendam Laksamana sebuah cerita dari mata penulis, didasarkan pada sebuah kisah dari halaman di Tuhfat Al Nafis. Kisah ini menceritakan bagaimana Sultan Mahmud Syah-2 dibunuh oleh laksamananya, Laksamana Bentan, untuk membalas pembunuhan isterinya Wan Anum (yang mengandung) kerana memakan seulas buah nangka milik Sultan.
Kisah  yang 
mengerikan  hati  ini  sangat  popular  di  kalangan  orang  Melayu  yang  lebih  tua.  Lebih  banyak 
masa, kisah ini telah melalui pelbagai komposisi oleh para pendongeng dan salah satu karya itu 
diterbitkan pada tahun 1978, yang merupakan karya Shaharom Husain (Masyhor Malaya) yang 
diterbitkan  oleh  Nusantara.
Pementasan  produksi  ini  mengambil  inspirasi  daripada  skrip 
Shaharom. 
Teater di bawah tajuk yang sama telah dipentaskan tahun lalu dan telah menerima 4 nominasi 
di  15th  Boh  Cameronian  Awards  iaitu  Calon  Pelakon  Lelaki Terbaik,  Calon  Pelakon  Pembantu 
Lelaki Terbaik, Calon Rekaan Kostum Terbaik dan Calon Rekaan Lampu Terbaik. 
PELAKON-PELAKON TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA
Teater  Bangsawan  Dendam  Laksamana  akan  menampilkan  wajah-wajah  lama  dan  baharu. 
Gandingan  segar  yang  akan  diperlihatkan  kali  ini  menampilkan  Hairi  Safwan,  Aidilla,  Dato’ Jalaluddin Hassan,  Megat Syarizal, Anwar Rusdini, Fitri, Que Ross,  Azhar, Asmidar dan  ramai 
lagi. 
Malah  tulang  belakang  pekan  ini  turut  membariskan  nama-nama  yang  sudah  dikenali  ramai 
melalui  hasil  kerja    mereka.  Antaranya  Eja  Ibrahim  (Pengurus  Projek),  Pat  Gui  dan  Hamidon 
(Pengurus  Pentas), Akma Suriati  (Kostum), Yusman  (Pengurus Lampu) Duan  (Pengarah Muzik) 
dan Siti Jasmina selaku penulis skrip. 
Dato’ Jalaluddin Hassan dan Que Rose
Hairi Safwan
Hairi Safwan dan Aidilla
Megat Syarizal
REVIEW DARI BONDE TENTANG TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA
Secara jujurnya Bonde memang sangat terhibur dengan pementasan TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA ini, dari segi pelakon memang sangat  hebat! Bukan kerja yang mudah untuk mereka lakukan! Semua pelakon sangat menjiwai watak terkesan dihati lakonan mereka, muzikal band bagus, pencahayaan bagus dan audio juga bagus.
Pesembahan yang menarik sekali, ada rasa gembira, marah dan pengakhirannya menyedihkan. 
Dari 100 %, satu persen kesilapan/kekurangan tak boleh mengalahkan 99% lagi he he he tak nampak ketara pon sebenarnya, Kanda yang pertama kali menonton teater jadi teruja nak tengok pementasan teater yang akan datang. 
Anda semua harus tonton tau dan nilaikan sendiri.
Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya bermula di Kuala Lumpur pada 29 Oktober 
hingga 11 November 2018. 
HARGA TIKET TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA
Harga  tiket  untuk  teater  ini  boleh  didapati  di  talian  hotline 0193036008  pada  harga  RM30,
RM50, RM80 dan RM100 Jualan secara dalam talian di  pipent.peatix.com.
Bersama rakan blogger
 
~ Bonde Senyum Riang ~













 



 
 
18 Ulasan
Best juga Kan bonde sekali sekala tgk theater..
BalasPadamnieyl last layan teater bawang putih bawang merah hehehe
BalasPadamRajin bonde p..saya tak pernah p tgk theater lg. Cerita ni agak menarik..sbb family saya saya Johor .byk kena mengena
BalasPadamtak pernah lagi tengok teater ni...mesti best kan bonda...teringin juga nak pegi...tapi jauhla..xde sape nak hantar..
BalasPadamSejarah nih kan Bonde ade kena mengena dengan arwah moyang saya sebelah mak. Memang keturunan arwah, Laksama Bentan ni.
BalasPadamKlasik la pementasan ni. Kalau ada Dato Jalaluddin Hassan tu memang legend la. Pelakon yang lain nampak pelakon baru ye?....peminat teater kena menonton ni.
BalasPadamMemang terbaik hasil karya Pat Ibrahim ni. Qiss menangis tengok teater ni. Tapi penglipur Lara buat mampu membuatkan penonton ketawa.. Yang belum pi tengok..kena pi tengok cepat-cepat
BalasPadamBabak Wan Anum dibelah perut oleh Sulta Mahmud II betul2 smpi ke hati. Seronok rupanya tengok teater ni, sebelum ni ingat teater ni membosankan, rupanya sangkaan tu salah sama sekali
BalasPadamLama x tengok teater genre macam ni- bangsawan. Suka tengok peakin melontar skrip secara live. Mesti menjiwai betul
BalasPadamTak pernah ada peluang tengok teaer. Memang teringin nak ada experience tengok teater sebab orang kata menarik. Nka cuba jugka pergi tengok depan mata sendiri betul ke menarik
BalasPadamEhh, ramai juga rakan blogger yang suka dengan teater ni ye.
BalasPadamBestnya dapat tengok. Sebab live kan.
Kita tak pernah lagi tengok teater.
Ada Dato Jalaluddin la..mesti mantap teater ni..kami pun dah lama tak tengok teater,last sebelum ada anak..5 thn lepas haha
BalasPadamBestnya kak zaida tengok teater klasik macam ni. Ni mengisahkan pasal dang anum tu kan. Satu lagi bahasa yang digunakan mesti bahasa baku dan klasik.Rindu pulak nak tengok teater
BalasPadamLama betul tak tengok teater ni. Dulu selalu tengok teater dalam USM Penang. Sekarang lama dah tengok sebab busy. Rindu lah
BalasPadamBestnya dapat tengok teater. Nad oernah tengok sekali, memang best, tengok diaorg berlakon depan2. Macam kita tengok cerita sebenar. . Sound dia, jalan cerita. .cerita nni pun best pernah baca
BalasPadamWah...bangsawan dah bangkit kembali!syabas..dulu2 bangsawan zaman kak dan kita selalu dpt tgk kat t.v.,tp sekarang org dah makin lupa mcm teater opera cina jgk
BalasPadamBest tengok teater kisah sejarah. Lebih mudah difahami dari hanya membaca buku. Cuma teater ni dah tak banyak promosi. Kadang percuma aje pun tak da org dtg. Pastu Lokasi di kl pun takda org tau. Pelion teater ni kalau menjiwai watak, kita pun bleh masuk dalam alam tu. Confirm Best!
BalasPadamrindunya tgk teater. paling last kat panggung bandaraya 2014 kot.
BalasPadamMyra | The Grey Lines Between
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.