REVIEW FILEM MUNAFIK 2



Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua, Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani... Ada dah tengok belum Filem Munafik 2,  Bonde sudah menonton pada hari kedua ianya di tayangkan,  Memang pecah pangung filem ni, Bonde sempat ke Panggung TGV Seremban pada malam kedua ianya ditayangkan akan tetapi tak ada rezeki nak menonton disebabkan tiket 'soldout' masa tontonan pula agak tengah malam iaitu jam 12.50 malam, memang kecewa tiket dah 'sold out' tak boleh buat apa... Bonde bagi cadangan dekat Kanda kita survey tiket dekat panggung MBO dekat terminal 2 alhamdulillah kegigihan kami berhasil tayangan akhir jam 1.10 pagi, Ambek ko dahlah tengok filem seram lepas tu menonton pada jam 1.10 pagi (apa anda rasa)..

REVIEW FILEM  MUNAFIK 2


REVIEW FILEM  MUNAFIK 2, PELAKON-PELAKON MUNAFIK 2,

Skop Productions mempersembahkan sebuah filem seram islamik "Munafik 2" dari pengarah Syamsul Yusof mula ditayangkan di pawagam pada 30 OGOS 2018 seluruh Malaysia / Singapore / Brunei.  Filem "Munafik 2" juga bakal ditayangkan di bioskop Indonesia pada tarikh 26 SEPTEMBER 2018.

Didalam Al Quran, golongan yang paling teruk dikeji Allah ialah ulama yang tidak amanah dan mengharapkan habuan dunia. Golongan inilah yg bakal ditentang Ustaz Adam didalam filem "Munafik 2".



Pertarungan antara hak & batil yang mampu menggegarkan jiwa. Ustaz Adam melawan orang2 munafik yg menentang Allah dan Rasulnya? 

Kerana Adam hanyalah insan biasa.. berjayakah dia??

PELAKON FILEM MUNAFIK 2

"Munafik 2" lakonan Syamsul Yusof, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali, Datuk Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Mawi, Adik Zara Sophia, Ku Faridah, Weni Panca, Roslan Salleh dan penampilan istimewa Namron.

SINOPSIS MUNAFIK 2

Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, lautan kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali tenang selepas dihantu oleh kematian isteri dan anaknya. Dia mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat. Ujian yang menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawadhu pada Ilahi. Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. Dalam masa yang sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) dan anak perempuannya, Aina.
Sakinah terpaksa menjaga ayahnya yang mengidap penyakit misteri. Kehidupan Sakinah yang daif memberi tekanan padanya ditambah pula dia dan anaknya beberapa kali diganggu syaitan. Sakinah percaya apa yang dihadapinya berpunca dari Abu Jar (Nasir Bilal Khan), seorang munafik dan ketua ajaran sesat di kampung yang sama. Abu Jar mempunyai pengikut yang ramai dan digeruni penduduk kampung. Sakinah atau sesiapa sahaja yang masih berpegang pada Islam adalah musuh Abu Jar.

Abu Jar menggunakan sihir/jin untuk menghancurkan sesiapa yang tidak mengikut ajarannya. Ini memaksa Sakinah untuk mencari Ustaz Adam. Kedatangan Ustaz Adam ke kampung seberang telah menimbulkan kemarahan Abu Jar. Adam bukan sahaja terkejut dengan apa sebenarnya berlaku pada keluarga Sakinah tetapi juga dengan ajaran sesat Abu Jar yang memesongkan akidah orang Islam di kampung itu.

SYAMSUL YUSOF SEBAGAI USTAZ ADAM

REVIEW FILEM  MUNAFIK 2, PELAKON-PELAKON MUNAFIK 2,

REVIEW FILEM  MUNAFIK 2, PELAKON-PELAKON MUNAFIK 2,

REVIEW FILEM  MUNAFIK 2, PELAKON-PELAKON MUNAFIK 2,

REVIEW FILEM  MUNAFIK 2, PELAKON-PELAKON MUNAFIK 2,

REVIEW FILEM  MUNAFIK 2, PELAKON-PELAKON MUNAFIK 2,

MAYA KARIN SEBAGAI SAKINAH

REVIEW FILEM  MUNAFIK 2, PELAKON-PELAKON MUNAFIK 2,

REVIEW FILEM  MUNAFIK 2, PELAKON-PELAKON MUNAFIK 2,

REVIEW FILEM  MUNAFIK 2, PELAKON-PELAKON MUNAFIK 2,

REVIEW FILEM  MUNAFIK 2, PELAKON-PELAKON MUNAFIK 2,

NASIR BILAL KHAN SEBAGAI ABU JAR

REVIEW FILEM  MUNAFIK 2, PELAKON-PELAKON MUNAFIK 2,

REVIEW FILEM  MUNAFIK 2, PELAKON-PELAKON MUNAFIK 2,

FAUZI NAWAWI SEBAGAI UMAR

REVIEW FILEM  MUNAFIK 2, PELAKON-PELAKON MUNAFIK 2,

MAWI SEBAGAI USTAZ AZHAR

REVIEW FILEM  MUNAFIK 2, PELAKON-PELAKON MUNAFIK 2,

DATUK FIZZ FAIRUZ SEBAGAI AZMAN

REVIEW FILEM  MUNAFIK 2, PELAKON-PELAKON MUNAFIK 2,

WENI PANCA SEBAGAI WANITA IBLIS

REVIEW FILEM  MUNAFIK 2, PELAKON-PELAKON MUNAFIK 2,

REVIEW IKHLAS DARI BONDE FILEM MUNAFIK 2

Filem Munafik 2 berkisahkan tentang filem islamic seram ianya memberi kita kesedaran dan pengajaran tentang ciri-ciri orang Munafik yang mempengaruhi dan memaksa orang lain supaya ikut ajaran sesat yang dilakukannya.  

Syarat untuk sesorang menjadi pemimpin yang membimbing manusia ke jalan Allah, ialah sabar,  Hendaklah ia bersabar demi meneruskan  perjuang.. untuk membela Islam.
Sesungguhnya filem ini memang ada menunjukkan kepada kita semua dimana kisah ini juga ada berlaku di dunia nyata dan sekeliling kita, bukan sahaja di dalam filem, banyak sahaja kita lihat unsur-unsur ajaran sesat pernah menular pada suatu masa dahulu untuk menyesatkan manusia dan agama islam,  Moga kita semua berada didalam lindungan Allah dan sentiasa sedar tentang perkara ini.  Jauhi kemungkaran dan jangan mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan iblis syaitan dan orang-orang Munafik.

Watak Datuk Fizz Fairuz sebagai Azman dalam filem ini, mengajarkan kita supaya sentiasa berhati-hati dalam memilih kawan, jangan mudah percaya dengan kawan sendiri walau telah lama kita kenal satu hari dia akan berpaling tadah juga kepada kita.

Lakonan yang bagus dalam semua watak-watak yang dibawa Ustaz Adam, Abu Jar, Sakinah, Ustaz Azhar, Azman, Imam Malik, Umar, Rahim dan lain-lain lagi.  

Untuk pengambaran filem dan tempat pengambaran memang menarik sangat suka sangat dekat Sungai tu, filem tidaklah gelap sepanjang tempoh rakaman , sound efek memang terbaik!

Antara ayat pendinding yg digunakan dalam Filem #Munafik2 . Moga bermanfaat, kepada kita semua...

1. Surah Al Baqarah (Ayat 148)
2. Surah Al Hijr (Ayat 35)
3. Surah An Nur (Ayat 21)
4. Aaraf (Ayat 117-123)
5. Al israa (Ayat 82)
6. Asy Syu'araa (Ayat 80)
7. Taha (Ayat 68-70)
8. Yunus, (Ayat 81-84)
9. Ayatul Kursi
10. Al Hasyr (Ayat 21)

Anda harus  tonton filem ni tanda menyokong filem Malaysia dan Filem ini juga telah pecah rekod setakat 4 hari tayangan telah mencecah 21.6 juta tonton dipawagam seluruh Malaysia, Singapore dan Brunei.

Bonde kasi 5/5 bintang

p/s ini adalah taksiran yang Bonde buat, jika ada yang tak setuju Bonde mohon maaf yea. stay tune... keluar panggung jam 3.05 pagi... done Munafik 2.



#Munafik2

Update Munafik 2 Instagram  : munafik2movie

Facebook : Munafik 2

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. bestnya dah tgk..nk tengok tapi mcm seram pulak huhu

    BalasPadam
  2. Ramai cakap best filem ni tapi saya tak kuat nak tengok

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.