RINDU MOSHI, DALAM KENANGAN!



Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Isnin lepas Bonde balik dari bercuti di Melaka sesampai dirumah nampak Moshi kucing kami mata terbuka dan elok sahaja memandang ke arah Bonde... masa baru sampai tu, maklumlah perjalanan jauh jugakan, biasalah terus ke dapur dan singgah kebilik air dahulu melepaskan hajat :).  Lepas tu dengar dari dalam bilik air Kanda jerit dia cakap Moshi dah mati, Bonde yang berada didalam bilik air cepat-cepat keluar.. memang tak percaya! sebab sebelum kedapur tadi memang nampak Moshi dengan mata terbuka memandang ke arah Bonde, rupanya Moshi telah pon mati dalam sangkarnya.  

Dengan hati yang sedih dan hiba kami suami isteri tak dapat nak bendung, hanya yang ada perasaan #catlover sahaja yang tahu dan pastinya memahami kenapa kami terlalu sedih saat itu.


RINDU MOSHI, DALAM KENANGAN!



[KISAH ABOI MAINCOUIN CAT]


Sehari sebelum ke Melaka.
Kami bawa Aboi ke Pet Klinik di Kosmopleks, BBST mendapatkan rawatan kerana sakit mata dan selsema.  

Doktor buat rawatan ke atas Aboi:
- Suhu badan 40 darjah, sah demam.
- Selsema, ada.
- Sakit mata, ada

Rawatan yang diberi :
- 2 suntikan
- ubat selsema
- ubat sakit mata
- kos rawatan RM 70.00

Balik rumah Aboi direhatkan sebab deman, sakit mata dan selsema teruk tu dia kena rehat.  Aboi pon tak aktif seperti selalu.  cadangnye nak tinggalkan dekat Pet semalam tapi Kanda kata tak perlulah. lagipun pet yang kami nak tinggalkan tu bagi tahu, dia tak akan tanggungjawab jika kucing mati. Kanda kata kalau macam tu pagi sebelum ke Melaka bagi ubat dan sapu ubat mata siap-siap.. semalam sahaja pun nak tinggalkan. Ok ini kisah Aboi selesai.


[KISAH MOSHI BEGAL CAT]

Moshi pula empat hari sebelum ke Melaka keadaan dia memang macam tak selesa, apa yang Bonde nampak Moshi macam sukar nak berak dan kencing.  Dua hari lepas tu di nampak ok, boleh kencing dan berak semula.  Senang hati bila nampak dia ok, tapi macam murung juga sebab tak mahu makan dan minum.

Hari kami nak gerak ke Melaka,  Bonde perasan yang Moshi seakan merajuk, bila kami panggil tiada sahutan (miow... ) muka macam murung dan tak aktif macam biasa... Bonde suspek mesti dia berjangkit demam dari Aboi. (ciannye) kalau boleh angkut semua kucing-kucing ni memang Bonde angkut dah... redha sahaja sebab satu malam sahaja kena tinggalkan.

Isnin petang,
kami sampai dari Melaka.  seperti cerita diatas! Moshi dah mati... huaaa sedih sob, sob, sob... sudah empat hari Moshi tak ada, memang sedih Kanda asyik memikirkan kenapa yang mati tu Moshi sedang yang sakit dan demam adalah Aboi.  Moshi Bonde rindu Moshi.  Kali terakhir Bonde pegang badannya masih lembut dan belum keras, Bonde suspek Moshi baru sahaja mati dalam tengahari macam tu.  Memang tak dapat di nyatakan kesedihan kami sekeluarga.  Kucing ni umpama pemberi rezeki kepada kami sekeluarga, ada terbaca jika kita bela kucing, dia juga mendoakan kami sekeluarga setiap kali kami beri makan dan minum kepadanya... Sayang Moshi!

KISAH MOSHI BEGAL CAT :

- Umur 1 tahun 3 bulan

- Manja

- hensem

- Dengar kata

- Suka main

- Suka makan

- Pandai main

- mudah mesra

- tak suka bergaduh

- suka mengeliat

- suka jalan ala-ala model

- suka bergaya



Fatin dekat asrama mulanya kami tak bagi tahu tentang kematian Moshi, takut dia bersedih dekat sana, akhirnya kami cerita juga dengan dia... mulanya memang dia terkejut jugalah.. dengan nada sedih dia bagi tahu.. jangan letak dekat luar... takutlah terkena apa-apa virus.

Bonde, Kanda dan Fatin rindu Moshi...

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Allahu.. sedih kan Bonda bila dah rapat dan biasa ada, memang terasa bila dah tak ada..

    BalasPadam
  2. Bila kita pelihara kucing...sayang dan anggap keluarga..kematiannya...kehilangannya menyakitkan..sungguh.

    BalasPadam
  3. Allahu comel, saya dulu pun ada bela kucing. Tapi d sbbkan kucing ni j=hayatnya tak lama. Sebelum dia pergi, saya bg org. Xnak bela lg, sebab saya kalau dah sayang...sayang giler.

    BalasPadam
  4. saya faham bila rasa kehilangan...saya kehilangan kebanykkan kucing sya kerana dilanggar kereta ayah sya..pedih memg pedih..tetapi saya sedar mereka hanya pinjaman...moga mereka mendoakan saya di akhirat kelak

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.