HELLO OGOS! APA YANG ISTIMEWANYA BULAN INI...



Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Diam tak diam dah masuk bulan Ogos dah,  apa yang istimewanya bulan Ogos bagi Bonde ??? Cuba anda teka... keh keh keh mengada pulak nak suruh teka-teka pula.  Setiap yang dilahirkan pasti menunggu saat hari lahirnya sebab dimana tarikh tersebut akan membuat umur kita bertambah.

Sebagai manusia biasa tentu ada debaran menantikan saat tersebut, samaada dapat menempuh tarikh tersebut atau pon tidak itu takdir Allah.  Sebagai insan biasa tentunya kita inginkan kesihatan yang baik, kebahagian dan kegembiraan.. tiada insan akan memilih untuk tidak bahagia dan gembira.  Yang paling penting kita semua, hendaklah sentiasa berusaha membuat yang terbaik dan berdoa agar dipermudahkan urusan harian dan dimurahkan rezeki.


HELLO OGOS! APA YANG ISTIMEWANYA BULAN INI...

HELLO OGOS, BULAN AUGUST, AUGUST,

Ketika Al-Qur’an menyebut sesuatu di dalam ayat-ayat-Nya, tentu ada yang sangat penting atau perlu diperhatikan terhadap sesuatu tersebut.

Demikian juga ketika Al-Qur’an memberikan apresiasi tersendiri terhadap tahapan manusia kala mencapai usia 40 tahun yang disebutkan di dalam ayatnya secara eksplisit. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang shaleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (Q.S. al-Ahqâf: 15)

Menurut para pakar tafsir, usia 40 tahun disebut tersendiri pada ayat ini, kerana pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fisik, intelektual, emosional, karya, maupun spiritualnya. Orang yang berusia 40 tahun benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan beralih menapaki usia dewasa penuh. Apa yang dialami pada usia ini sifatnya stabil, mapan, kukuh. Perilaku di usia ini akan menjadi ukuran manusia pada usia-usia berikutnya.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut tentu dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahunan. Apalagi mereka yang usianya di atasnya. Di dalamnya tampak terkandung uraian berbagai gejala orang yang berusia 40 tahun, aitu:
 
Nikmat yang sempurna telah diterimanya dan diterima oleh orang tuanya, kecenderungan diri untuk beramal yang positif, rumah tangga yang beranjak harmoni, kecenderungan diri bertaubat dan kembali kepada Sang Pencipta dan 
ketegasannya mendeklarasikan diri sebagai umat Islam. 

Ayat ini Bonde copy n paste pada apa yang telah dibaca untuk pengetahuan semua.

Semoga dalam usia ini kita dapat berbuat kebaikkan sebanyak mungkin.  Tidak perlu memikirkan perkara-perkara yang negatif, sebaiknya carilah aura positif dimana kita berada sentiasa positifkan diri....


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. hari lahir bonda ogos ke? kalau ogos sama la dengan saya.... jom celebrate sama... hehehe

    BalasPadam
  2. Semoga bonde sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera...hehe

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.