9 MEMORI INDAH TERPAHAT DIHATI



9 MEMORI INDAH TERPAHAT DIHATI  Assalamualaikum Dan Selamat Pagi... Hai reader semua... Setiap orang akan mempunyai memori sejak dilahirkan lagi, begitu juga dengan diriku, 9 Memori ini memang sentiasa di ingatanku.. ianya menjadi Kenangan terindah buat diriku dan keluarga dan semua 6 adik beradik ku.  Ku tuliskan kenangan itu untuk semua ingat balik... jangan nagis eh.. walaupun sebenarnya ianyanya memang menyedihkan bila diingat kembali MEMORI INDAH TERPAHAT DIHATI



9 MEMORI INDAH TERPAHAT DIHATI

9 MEMORI INDAH TERPAHAT DIHATI, KELAMBU, TANDAS SIMBAH, PERIGI , KOLONG, SELIPAR JEPUN, PELITA, DAPUR MINYAK TANAH, ORENKAJANG, BASIKAL TUA, TV HITAM PUTIH.

1. Kelambu.


Kelambu adalah satu benda yang sangat penting dan wajib ada... dalam keluarga kami, sejak bayi dan hingga berumur 9 tahun Bonde menggunakan kelambu.  Sebelum tidur asing dengan mak dan ayah kami berempat selalu tidur didalam kelambu yang sama Bonde dan adik bongsu serta Ayah dan Mak.  Bila sudah tidur berasinganpkelambu yang tetap digunakan, satu kelambu besar untuk katil quen dan satu kelambu kecil untuk katil single.   Kadang-kadang bila hujan dan petir Bonde lari masuk ke dalam Kelambu Mak dan Ayah tanpa pikir panjang. (ha ha ha) janji aku selamat dalam tu... lantaklah sempit pon!   Memandangkan rumah kami rumah kampung hanya ada satu bilik sahaja dibelah atas dan bilik itu kepunyaan Along.. dan adik beradik lelaki tidurlah di ruang tamu.  

Selalunya Ayah akan pasang kelambu untuk kami... Dan Mak akan kemaskan waktu pagi! Rumah kami kecil dan hidup dalam keserdahanaan, kami selesa dan tak merunggut.

2. Ada 2 Jenis Tandas 


Tandas Parit :

Sebelum adanya tandas ini, memang kami pernah guna tandas yang dikepung dengan zing atau atap nipah yang dibawahnya hanya ada parit dan laluan air mengalir. Tak lalu pula rasa nak cerita detail tandas ni, dulu janji ada tempat membuang sudah... (fuhhh lega)

Tandas Simbah :

Tandas simbah? Tandas ni tak ada paip air... kena bawa air yang siap ditadah dalam baldi haaa hangkut bawa kesitu. (Tandas kami sebiji macam dalam gambar he he he)

Dan selepas itu kami beralih ke tandas simbah ni... Yang specialnya tandas ini dia ada kunci khas... jika anda tak reti anda sendiri akan terkunci di dalam, maka menjeritlah memanggil orang untuk bukakan dari luar. Canggih bebenooo bahaya untuk kanak-kanak yang main sorok-sorok dalam ni... sebab ada juga kes kanak-kanak terkunci didalamnya.

3. Perigi


Memang masa ni tak ada paip air, kebanyakkanya mandi air dari tadahan hujan dan kumbah dalam perigi hangkut air pakai kereta sorong... penat oiii angkat air,  siap tapis pakai kain cotton tau... bergaduh sesama adik beradik mengangkat air. Tapi tak lama mana guna air perigi dah ada Syarikat Bekalan Air Selangor lepas tu urus dan rawat air yang lebih sihat. (Syukur Alhamdulillah.)


4. Selipar Jepun Putus Sambung Paku


Tak dinafikan memang selalu buat macam ni... sebab apa jadi macam ni ?? zaman kami dulu popular main baling selipar.  Selalulah selipar Jepun putus dan selipar hilang. Walau masa tu selipar Jepun berharga dalam RM 1.50 jangan harap mudah nak dapat ganti... RM 1.50 zaman dulu macam RM 5.00 sekarang ni tau.. jadi kalau selipar putus pilah guna paku halus, ketuk dekat selipar tu untuk jadikan seperti dalam gambar tu ko pakailah sampai dah tak boleh pakai haaaa hambek ko.

5. Pelita 


Dulu sebelum ada bekalan elektrik TNB, rumah kami memang gunakan pelita dan lampu gasling (tak ingat ejaan betul ke tidak) Pelita memang harus ada dan kalau ada lampu gasling ni kiranya macam orang hade-hadelah lampu tu agak mahal sedikit... Kisah lampu ni memang sangat mencuit hati, ayah kami akan menyanyikan lagu P. Ramlee setiap kali duduk bawah lampu ni.  Lagu kesukaan Ayah adalah "Berkorban Apa Saja" dan "Anakku Sazali"... pada masa tu memang suara Ayah sebijik suara P. Ramlee tau... Masa ni nak dekat masuk sekolah tahun 1985 darjah satu.. (Ya Allah rindu dekat ayah)


6. Dapur Minyak Tanah (Brand Butterfly)


Dapur ni ada 2 jenis tau! dapur satu penunu dan satu lagi dapur ada dua penunu pernah rasa guna keduanya. yang ada dua penunu tu memang agak mahal sikit tapi itulah kena berhati-hati guna dapur ni.. jika salah guna api boleh membakar rumah.  (Bonde tak ada cerita ngeri menggunakan dapur ini) cuma kena ada stok minyak tanah selalu dan jauhkan tong minyak dari dapur ni takut air yang ditiup angin akan sambar tin minyak tanah nanti.  Kami memang berhati-hati menggunakan dapur ini, semua masakkan Mak masak guna dapur ni... tak kira hari biasa atau hari raya memang dapur ni sangat membantu keja-kerja dapur... Boleh dikatakan dapur nilah yang memberi kami kekuatan dan semangat untuk menempuhi hari esok (Ya Allah rindu dekat masakkan Mak, Rindu dekat Mak juga)

7. Air Oren Kajang


Oren Kajang ni memang rare hari-hari nak minum dulu harga dia 30 sen jer.. siap letak ais lagi. Oren Kajang ni ada jual dekat kedai Acik Baba.. Kedai dia sebelah Surau tempat Bonde mengaji.  Dapat minum air ni... kira dah macam anak orang kaya masa tu, selepas oren Kajang ni baru lah muncul air botol fanta. kesukaan Bonde perisa strawbery. ( murah jer dulu... air ni, sekarang tak dapat harga macam dulu)

8. Basikal Tua


Ayah ada dua basikal tua, Basikal tua ni masih ada 1 di rumah di Kampung, Dulu Bonde dan Adik Bongsu akan menaiki basikal ini setiap hari kesekolah adik duduk dekat palang depan dan Bonde duduk di tempat pembonceng belakang.  Dari darjah satu hingga darjah 3 memandangkan badan makin lama makin membesar masa tu... Ayah bekerja keras naikkan kami bas sekolah. ( Aya Botak nama drivernya) masa dapat naik bas biasalah belagak tak sudah orang hade-hade jer boleh naik bas! memang setiap hari akan naik bas ke sekolah , Bayaran bulanan RM 30 untuk dua orang.  Ayah dan Mak tak izinkan kami naik basikal walaupun pada masa itu kami dah terer naik basikal.  Tapi Ayah tak mahu anaknya kena panas dan hujan. Pada masa tu...  (Rindu zaman sekolah rendah)

9. TV Hitam Putih Dalam Almari


Tv ni memang rare... sekitar tahun 1985 memang guna TV ni lagi masa tu tak ada TV Warna. TV hitam putih ni kaca dia tu sekitar 20 inci dan yang buat dia nampak gah ialah kedudukkannya di dalam almari siap boleh buka dan tutup pintunya tu macam langsir panggung wayang ada yang siap ada kunci.  Masa tu siapa ada TV ni memang orang hade-hade jer! rumah kami tak ada TV ni.. kami tumpang tengok TV dekat rumah sebelah (rumah sepupu kami) siaran masa tu ada berita dengan cerita tamil dan cerita P. Ramlee jer. ( jangan mengidam nak tengok tom n jerry yea) kena hempuk dengan TV tu kang ).

TV pertama rumah kami adalah TV warna jenama Singer sekitar pertengahan tahun 1985 baru ada.  Melopong kami tengok kartun The smuf, Tom n Jerry, iklan monyet makan cili, gagak kehausan, sang kancil emmm hafallah semua iklan dulu-dulu tu yang di keluarkan oleh Penerbitan Filem Malaysia ( Ayah suka kartun weedy woodpecker ekee ekee eekerrrrr ekerrrrrrrr kartun tu ketawa)

Kesimpulannya :

Mengingati masa lalu akan membuat kita tersenyum bahagia dan akan membuat kita bersedih kerana perkara yang lepas tidak dapat diulang lagi lebih-lebih lagi orang yang kita sayangi Ayah dan Mak telah meninggalkan kita terlebih dahulu.

Buat adik beradikku air yang dicincang tak akan putus.. jadi walau kita tidak sefahaman dan selalu selisih pendapat... kita kena tetap bersatu sebagai adik beradik.  Saling ingat-mengingati antara kita lahir dari zuriat Ayah dan keluar  dari perut yang sama kepunyaan Mak.  Buruk ke baik ke... kita tetap keluarga!


9 MEMORI INDAH TERPAHAT DIHATI, KELAMBU, TANDAS SIMBAH, PERIGI , KOLONG, SELIPAR JEPUN, PELITA, DAPUR MINYAK TANAH, ORENKAJANG, BASIKAL TUA, TV HITAM PUTIH.SURAH AL FATIHAH,

Nukilan Hati 3.39 pagi 
Jumaat 13/7/2018

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Kite xde pun....hahahhaa kayuhhh je...

    BalasPadam
  2. Seronok zaman kita kita dulu kan kanda..SA merasa semua tu..kalau pelita tu yg kelakar..bangun ttido mesti hidung kita berjelaga..hitam..hehehe..i really missed that moment so much..susah senang kita masa tu kan..budak2 skrg x rasa..

    BalasPadam
  3. Seronoknya zaman dulu kan bonde. Banyak juga yang ana sempat merasa. Basikal tua tu baru2 ni ana tgk RM400 juga tau harga dia.

    BalasPadam
  4. Teringat dulu dulu balik kampung berebut nak tidur dalam kelambu dekat bilik arwah aki. Hahah! Rindunyaa zaman dulu dulu.

    BalasPadam
  5. RIndunya bila TB macam ni..teringat zaman mak pak kita susahnya mereka

    BalasPadam
  6. Kak Sue pun lalui zaman nie juga Bonda.. nostalgia sangat kan..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.