TONTON FULL EPISOD DRAMA NUR TV3



DRAMA NUR Assalamualaikum dan Selamat tengahari, Hai reader semua.. Meletop sudah Drama Nur, dari yang tak tengok drama ni sudah mula terjebak hu hu hu... Bonde memang tengok Drama ini dari mula lagi.. kesian dengan watak Nur aka Amyra Rosli tu bukan dia minta dilahirkan sebagai anak lorong sebab tu, Bonde Follow drama ni nak tahu sangat sampai ending dia tentang pengalaman wanita yang bernama Nur ini, tak semestinya lahir dekat lorong dia pun akan jadi wanita lorong... selamanya DRAMA NUR

TONTON FULL EPISOD DRAMA NUR TV3


TONTON FULL EPISOD DRAMA NUR TV3, Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Nurkhiriah, Azhan Rani, Raja Atiq, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani. SUP BUNJUT,

FULL EPISOD DRAMA NUR 

EPISOD 1- EPISOD19


[PARA PELAKON DRAMA NUR]

Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Nurkhiriah, Azhan Rani, Raja Atiq, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani.

[WATAK PELAKON]


Amyra Rosli sebagai Nur

Syafiq Kyle sebagai Adam 

Riena Diana sebagai Dr Qhadeeja

Azhan Rani sebagai Syed Hamadi 

Noorkhiriah sebagai Aishah

[SINOPSIS DRAMA NUR]

Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmu, rupa paras dan anak lelaki tunggal kepada penceramah selebriti, Datuk Ayah Haji Mohsen. Banyak tawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya ke Malaysia. 


Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mohsen. Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid. 

Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam. Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT. 


Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat. Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam?

[ SUP BUNJUT ]

Tapi serius kelakar Episod malam tadi trending terus #supbunjut kononnya Nur sihir keluarga ustaz adam dengan menggunakan sup bunjut di dalam masakannya. 

Aduan Mirul kepada Kakaknya Aishah membuatkan Aishah terus-terusan nak buktikan kepada keluarganya tentang sihir yang telah dibuat keatas keluarga mereka oleh Nur.

Sekali, Aishah yang malu balik.  Sebab "sup bunjut" pon tak kenal.

Serius kelakar sangat masa Aishah celop tangan dalam sup panas tu nak carik "sup bunjut" terus Aishah kena kecam sebab tak tahu apa itu sup bunjut kah kah kah

#supbunjut

Adengan mencari kebenaran... #supbunjut

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Sebab kes sup bunjut lah ne miza marathon dari pagi tadi. adeh

    BalasPadam
  2. Aduhai..citer ni makin lama makin best kan..lagi best mak dia dah terima Nur..SA memang tengok hari2 tapi online la Bonde..

    BalasPadam
  3. Cikla pun dah tersuka dgn cerita ni. Tp termiss pulak scene sup bunjut ni.. Ala, kena repeat tgk ni...

    BalasPadam
  4. berdekah tengok scene sup bunjut tu, tengok banyak kali pun tetap lawak. Adoi kak aisyah ni lawak lah

    BalasPadam
  5. cite best ni.....sngt2 best..selalu ternanti2 nk tgk.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.