Bonde Zaidalifah: STOK AIR KELAPA LAUT MAN JAVA UNTUK BULAN PUASA

STOK AIR KELAPA LAUT MAN JAVA UNTUK BULAN PUASA

4:04 pm

STOK AIR KELAPA LAUT MAN JAVA UNTUK BULAN PUASA Assalamualaikum Dan Selamat Petang... Hai reader semua.

Malam tadi kita semua telah sama-sama sudah dengar dan lihat pengumuman puasa oleh mohor-mohor besar dikaca TV dan Radio.  Tak sabar rasanya nak menyambut bulan Ramadhan pada esok hari, Malam ini bermulalah solat terawih di Surau dan Masjid berdekatan dengan kawasan rumah anda, pasti meriah sekali suasana itu maklumlah nak sambut Ramadhan setahun hanya sekali.  STOK AIR KELAPA LAUT MAN JAVA UNTUK BULAN PUASA

STOK AIR KELAPA LAUT MAN JAVA UNTUK BULAN PUASA


STOK AIR KELAPA LAUT MAN JAVA UNTUK BULAN PUASA, AIR KELAPA LAUT, AIR KEDONDONG ASAM BOI,
Photo : Shuhaida Kabdy

Biasanya, Setiap tahun pasti ramai yang serbu Bazar Ramadhan kan! pasti semua ada menu kesukaan yang dicari.  Bagi Bonde, balik dari pejabat kena tempuh kesesakkan jalan raya, Bila sudah sampai tapak Bazar Ramadhan parking yang terhad, susah pula nak cari parking, dekat situ sudah banyak masa terbuang..  dekat situ habis masa pusing-pusing mencari-mencari parking maklumlah kita berkerja waktu sangat terhad jadi... itulah sebabnya sudah tiga tahun Bonde berjaya tak ke Bazar Ramadhan moga tahun ini berjaya juga! he  he he (Kanda sahaja yang rajin pergi)

Bonde pon ada menu kesukaan juga masa berbuka, Kalau pergi Bazar mesti nampak beraneka air dijual sangat mengoda betulkan! Kesukaan Bonde pula iaitu Air Kedodong Asam Boi dengan Air Kelapa Laut Man Java Bonde tak risau lagi nak cari air ni dekat Bazar Ramadhan  sebab awal-awal sudah beli dengan Kak Sue untuk simpan stok bulan puasa nanti.

STOK AIR KELAPA LAUT MAN JAVA UNTUK BULAN PUASA, AIR KELAPA LAUT, AIR KEDONDONG ASAM BOI,

Kalau anda nak tahu dan teringin nak beli air ni ada dijual dekat Bazar Ramadhan berdekatan anda juga. Cuba terjah dekat Senarai Peniaga Bazar Ramadhan Kelapa Laut Man Java

Air Kedondong Asam Boi dan Air Kelapa Laut ni memang sesuai sekali di minum sewaktu berbuka puasa.  Air Kedodong Asam Boi boleh terus diminum tidak perlu dibancuh lagi manakala Pati Air Kelapa Laut perlu di bacuh dengan air terlebih dahulu.  Bagi Bonde ianyanya sudah cukup manis tak perlu tambah gula lagi he he he (suka minum rasa manis-manis buah jer)

STOK AIR KELAPA LAUT MAN JAVA UNTUK BULAN PUASA, AIR KELAPA LAUT, AIR KEDONDONG ASAM BOI,
Photo : Shuhaida Kabdy

[KELEBIHAN AIR KELAPA LAUT]

Kalau anda nak tahu,
Kelebihan minum air Kelapa Laut ialah ianya melawaskan kencing, air kelapa laut menyejukkan badan dan mengurangkan masalah batuk dan mengurangkan tahap gula dalam darah untuk mereka pesakit diabetis jadi ianya memang bagus untuk kita satu keluarga.

Memang sangat nikmat dapat minum pada waktu berbuka...



[KEDONDONG ASAM BOI]

Air Kendondong Asam Boi ni juga memang kesukaan Bonde, Botol kecil ni sekejap jer habis..

Anda Boleh tempah dengan Kak Sue nak saiz besar atau kecil, Kalau saiz kecil ni boleh bawa bekal masa balik Kampung.. Kalau terkandas dekat kesesakkan jalan raya lepas tu azan berkumandang pula dekat Radio, apalagi baca doa berbuka pulas penutup botol dan berbukalah dengan Air Asam Boi, senangkan.. teruskan perjalanan anda dan berbukalah dengan makanan setelah sampai dekat destinasi anda.

STOK AIR KELAPA LAUT MAN JAVA UNTUK BULAN PUASA, AIR KELAPA LAUT, AIR KEDONDONG ASAM BOI,

[UNTUK TEMPAHAN]

Jika anda berminat nak buat tempahan Air Kelapa Laut Man Java dan Air Kedondong Asam Boi boleh contact nombor dibawah :

Man Java Enterprise

012-5854998/012-5844836

Atau emai :

skabdy@yahoo.com

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

23 TEGURAN MEMBINA

  1. Hijau menawan warna nye.. mesti sedap tu kan bonde sampai bonde buat stok..

    ReplyDelete
  2. sedapnya berbuka dengan air kelapa laut

    ReplyDelete
  3. Alaaaaa....bonde bonde ni saje je tau..sedapnyaaa..SA nak jugak laaaa...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Bonda sudi review n order dengan Kak Sue. Semoga Bonda dimurahkan rezek sentiasa. Salam Ramadhan Bonda n semua ❤

    ReplyDelete
  5. Dua-dua pun favorite ana bonde. Kedondong man java memang terbaik. Fresh dan sedap.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah try lagi minum air kelapa laut. Rasa macam air kelapa biasa ke? Air kedondong asam boi tu memang all time favourite. Mudah la dah packing dalam botol, boleh beli siap2 letak dalam fridge kat rumah kan

    ReplyDelete
  7. Teringinnya nak cuba mesti lega minum ni dalam bulan puasa.ada buat penghantaran pos ke?

    ReplyDelete
  8. I suka minum air kelapa laut. Refreshing especially having it during hot season. Will check this out.

    ReplyDelete
  9. Aritu ada order utk geng opis sebelum puasa.. Suka kedondong asam boi sbb yg kelapa laut xminum. .

    ReplyDelete
  10. Tu dia Bonde borong terus dengan Kak sue. Bagus kan sejukkan badan dah la musim sekarang xmenentu pula kan cuaca.

    ReplyDelete
  11. Selalu nampak air kelapa laut ni, tapi tak pernah rasa lagi. Rasa dia macam kelapa biasa ke kak?

    ReplyDelete
  12. Menawannya warna hijau tu - minum sejuk-sejuk time berbuka memang sangat menyegarkan. Uish.... terbayang plak dah.

    ReplyDelete
  13. rasa air kelapa laut ni yang rasa manis mcm minum buah melaka ea? ingat-ingat lupa pula kita... tapi air ni kalau minum fresh2 tapi tak berapa manis mmg sdp juga kan.. tp kita lebih prefer air kelapa muda..hilangkan dahaga.,,,hihi...

    ReplyDelete
  14. Bulan puasa ni memang kita akan segar bila dapat minum air kelapa laut ni hehehehe tengok sahaja dah rasa tekak kering ni bestnya.... Harap sangat dapat lah nak rasa satu ehhhh..

    ReplyDelete
  15. I so so love asam boi. The freshness and zing is awesome. Especially when you need to quench your thirst

    ReplyDelete
  16. Serius memang air kelapa laut akan jadi minuman yang sis beli setiap kali kalau ke Pasar Ramadhan. Memang sedap dan buatkan badan sejuk je. Air kedondong asam boi pun sis suka.. Besok nak beli lah..heheeh

    ReplyDelete
  17. Alaaa... kelapa laut tu fav liez... nnt after puasa nak beli lah dgn kak sue.. sbb bulan puasa liez mmg xminum air manis langsung

    ReplyDelete
  18. Marsha tak pernah minum lagi air kepala laut. Sedap tak bonde? Wah kalau ke KL nak la ke bazar ramadhan cari kak su. Teringin nak cuba juga. Bula puasa ni mesti best minum sejuk sejuk...hihi

    ReplyDelete
  19. Air kedondong memang favorite kita tengok warna hijau tu sedapnya minum bila berbuka ni. Air kelapa laut pun teringin nak cuba. Kalau boleh pos ke Penang kan best!

    ReplyDelete
  20. Air kedondong tu rasa teringin pulak nak cuba. Warna nya pekat betul. Belum berkesempatan utk sy cuba nanti kalau nampak n lalu siu, nak singgah lah beli. Rasa haus pulak baca blog kak zaida pagi2 nie. Hahahaha

    ReplyDelete
  21. sedapnya lah air2 fresh ni..nampak segar sangat..ni kalau dpat buat stok time bulan posa memang best ni heheh

    ReplyDelete
  22. The coconut and asam boi drink really can quench the thirst. I want to try the coconut drink since the whether is hot now. And Happy Fasting.

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN