MENU MUDAH DAN SIMPLE MENJELANG HARI GAJI

Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai reader semua,

Bahang hari gaji masih belum muncul lagi... minggu ini dikhabarkan gaji pada hari khamis nanti untuk sektor awam... hu hu hu

Jadi sementara menunggu hari gaji yang bakal muncul itu.. Bonde sharekan dengan anda semua menu simple untuk anda masak tapi sedap sekali.

Sesuai dimakan bersama-sama nasi panas dan kalau anda peminat tegar kicap kipas udang bolehlah tuang sekali ke dalam pinggan.

SOSEJ GORENG LADA HITAM BERAPI

SOSEJ GORENG LADA HITAM DGN CILI API, RESEPI RINGKAS, RESEPI MUDAH, RESEPI SEDAP,

Bahan-bahan :

6 batang - Sosej (potong serong)
2 sudu kecil - Lada hitam (siap kisar)
1 biji - bawang holen (hiris bulat)
1 biji - cili merah (hiris)
5 biji - cili api hijau (hiris)
sedikit serbuk cukup rasa maggi
sedikit garam (semestinya garam gunung)
sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara memasak :

Panaskan minyak
Masukkan Sosej
Masukkan bawang
Masukkan cili merah dan cii api
kacau rata 
Masukkan lada hitam
Masukkan garam dan serbuk cukup rasa manggi
kacau rata dan hidangkan didalam pinggan siap untuk dimakan.

Kalau suka anda bolehlah share resepi ni he he he

Selamat mencuba yea!

SOSEJ GORENG LADA HITAM DGN CILI API, RESEPI RINGKAS, RESEPI MUDAH, RESEPI SEDAP,

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

7 PEMBERI ULASAN

  1. Macam ni bukan menu menjelang gaji dah ni bonde..menu macam ni sedap giler ni...

    BalasPadam
  2. Tak lama dah nak khamis bonde. Boleh kinah cuba resepi bonde ni. Nampak sedap ni. Thanks bonde share resepi ni

    BalasPadam
  3. menu bonde memang tak menghampakan

    BalasPadam
  4. lada hitam berapi tuh yang tak menahan tuh

    BalasPadam
  5. wow sedap ni.. bolehlah cuba nanti

    BalasPadam
  6. Nampak macam sedap juga!! Boleh cuba ni

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.