Assalamualaikum Dan Selamat Malam...
Hai reader semua,
AIRBNB MELANCARKAN PENGALAMAN DI KUALA LUMPUR SEBAGAI BANDAR PERTAMA DI MALAYSIA
Jelajahi Kuala Lumpur seperti warga tempatan menerusi Pengalaman yang
dirangka khas oleh pakar di Airbnb
MALAYSIA 20 Mac 2018
Hari ini, Airbnb, selaku syarikat hospitaliti
berasaskan komuniti yang terkemuka di dunia, telah mengumumkan pelancaran lebih daripada 40 Pengalaman Airbnb di Kuala Lumpur. Ini berikutan
peningkatan populariti Malaysia sebagai sebuah destinasi global (peningkatan
137% dari tahun ke tahun[1]).
Kini Kuala Lumpur menyertai 60 destinasi lain di serata dunia di mana Airbnb
telah mengorak langkah melangkaui sekadar perkongsian penginapan, dan kini
menawarkan lawatan dan aktiviti oleh warga tempatan bagi memastikan pengunjung
dapat menjelajahi tempat dan lokasi yang biasanya takkan dapat diterokai.
“Pengalaman” Airbnb merupakan
aktiviti tempatan yang direka dan diterajui oleh pakar tempatan yang
berpengalaman yang berkongsi sudut pandangan tempatan mengenai bandar mereka
bersama pengembara. Antara Pengalaman yang ditawarkan termasuk; sehari
dalam kehidupan seorang pelukis batik dan pelajari cara mencipta karya asli
anda sendiri, lari daripada kesibukan dunia moden dan jelajahi hutan dengan air
terjun tersembunyi, atau pelajari
tentang menoreh getah di salah sebuah ladang getah yang terakhir di bandar ini.
Pengalaman di Kuala Lumpur bukan sahaja memudahkan usahawan Malaysia
untuk berkongsi minat dan hobi mereka bersama orang ramai dari seluruh dunia,
malah platform ini juga menyaksikan warga tempatan memanfaatkannya untuk
menyumbang kembali kepada komuniti menerusi Pengalaman Impak Sosial. Pengalaman
Impak Sosial Airbnb menyediakan hos tempatan peluang untuk berkongsi lebih
mendalam mengenai perjuangan mereka. Airbnb tidak mengambil sebarang bayaran,
dan 100% daripada dana yang dikumpul daripada tetamu disalurkan kepada
organisasi kebajikan yang dipilih oleh hos tempatan. Antara inisiatif yang
terlibat termasuk Dapur Jalanan, sebuah organisasi sukarela yang menawarkan
makanan percuma kepada golongan gelandangan dan juga sesi mendalam bersama komuniti kurang upaya pendengaran
dengan mempelajari bahasa isyarat dan menyertai kumpulan dram DeafBeat.
Pelancaran Pengalaman Airbnb di Kuala Lumpur mensasarkan untuk
mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai salah sebuah destinasi percutian
yang terkemuka di dunia, sekaligus membolehkan pengembara untuk menerokai sisi
bandar ini yang berbeza dan tinggal seperti warga tempatan.
Sriram Vaidhya, Pengarah
Jabatan Perjalanan bagi Asia Tenggara dan India, Airbnb
“Pengembara mencari
pengembaraan alternatif, sama ada sebagai pengembara solo mahupun bersama
keluarga atau rakan. Selain pilihan untuk tinggal di penginapan unik, para
pengembara juga mempunyai keinginan untuk menikmati sesebuah bandar daripada
kaca mata warga tempatan. Pengalaman ialah cara yang sangat baik untuk membuka
peluang ekonomi buat rakyat tempatan, dan Airbnb telah muncul sebagai satu
platform untuk orang ramai menjana pendapatan daripada minat dan bakat mereka.
Aset terbaik kami ialah masa dan potensi, dan Pengalaman mempunyai cara untuk
memanfaatkannya,” kata Sriram Vaidhya, Pengarah Jabatan Perjalanan di Asia
Tenggara dan India, Airbnb
●
Sehari Dalam Kehidupan Seorang Pelukis Batik Tempatan (https://www.airbnb.com.sg/experiences/163095)
- Belajar daripada Colin yang telah berkecimpung dalam industri ini sejak lebih
15 tahun. Di sini anda akan berpeluang mendalami warisan Malaysia, sejarah dan
proses pembuatan batik, malah mencipta mahakarya anda sendiri
● Keindahan Kampung Bahru (https://www.airbnb.com/experiences/116692) -
Terokai salah sebuah perkampungan Melayu terakhir di Kuala Lumpur, di mana Fuad
akan berkongsi lebih mendalam mengenai kehidupan di dalam komuniti ini serta
sejarah kampung tempat beliau membesar. Anda juga berpeluang mencuba sajian
istimewa tempatan yang lazat seperti nasi lemak, pisang goreng dan karipap!
● Lawatan Sehari Mendaki Air
Terjun (https://www.airbnb.com.sg/experiences/154403)
- Lari daripada kesibukan bandar dan sertai lawatan sehari menjelajah
kepelbagaian bentuk muka bumi untuk sampai ke antara air terjun yang terindah
di Malaysia.
● Pendakian Tersembunyi di
Kuala Lumpur (https://www.airbnb.com/experiences/127715)
- Fadly, seorang pelari maraton tegar akan mendedahkan pemandangan rahsia Tabu
Timur dan membawa anda menikmati sarapan tempatan Malaysia atau India yang asli
di tempat kegemarannya.
● Menoreh Getah dan Makan
Tengah Hari Dalam Mangkuk Tingkat (https://www.airbnb.com.sg/experiences/155257)
- Lawati salah sebuah ladang getah terakhir di bandar ini dan cungkil bakat
menoreh getah anda. Selain itu, nikmati hidangan tempatan yang terbaik dari
kejiranan ini di dalam mangkuk tingkat anda sendiri.
Untuk mengetahui lebih
lanjut mengenai Pengalaman Airbnb, lawati www.airbnb.com/experiences.
Semua Pengalaman dalam
siaran berita ini bertujuan semata-mata untuk inspirasi dan ilustrasi.
Catatan kepada Editor:
● Platform Airbnb akan melipatgandakan Pengalaman dalam tahun 2018,
dengan pelebaran sayap ke 1000 destinasi dan menambahkan kategori minat baru
● Dengan peningkatan 2,500% dalam tempahan Pengalaman pada tahun 2017,
Airbnb akan mewujudkan kategori minat baru dan meluaskan jajahan ke 1000
destinasi tahun ini.
● Tempahan telah meningkat sebanyak 2,500% sepanjang tahun lalu menerusi
5000 Pengalaman di 60 destinasi.
● Antara tempat unik yang termasuk dalam 1000 destinasi tersebut
menjelang penghujung 2018 ialah Easter Island, Tasmania dan Iceland.
● Airbnb bakal mengumumkan kategori Pengalaman minat yang baru seperti
Konsert Airbnb, Menjamu Selera Sosial, dan Pengembaraan. Ia juga akan
mengembangkan kategori Pengalaman Impak Sosial dengan bekerjasama dengan lebih
1000 organisasi bukan untung dalam tahun 2018.
● Pada peringkat global, hos-hos Pengalaman yang paling banyak mendapat
tempahan telah menjana lebih USD$200,000 menerusi tawaran mereka.
Airbnb di Malaysia
●
1.5 juta ketibaan tetamu ke dalam
negara dan peningkatan 137% dari tahun ke tahun sejak tahun lalu
●
Bilangan penyenaraian: 31,900
dengan peningkatan 69% dari tahun ke tahun
●
Lima pasaran pengembara Airbnb
tertinggi ke Malaysia berasal dari: Singapura, China, Amerika Syarikat,
Indonesia dan Australia
Airbnb di Kuala Lumpur
●
507,100 ketibaan tetamu ke dalam
negeri dan peningkatan 135% dari tahun ke tahun sejak tahun lalu
●
Bilangan penyenaraian: 11,200 dengan
peningkatan 65% dari tahun ke tahun
● Lima pasaran pengembara Airbnb tertinggi ke Malaysia berasal dari:
Singapura, China, Indonesia, Amerika Syarikat dan Australia
Lain-lain:
● Malaysia merupakan destinasi ketiga paling popular di Asia, dan
Airbnb telahpun membantu kerajaan menyebarkan manfaat ekonomi melalui
pelancongan lebih daripada sekadar di destinasi popular seperti Kuala Lumpur
dan Pulau Pinang. Walaupun komuniti kami di tempat-tempat seperti Lumut,
Cameron Highlands, Ipoh dan Port Dickson masih kecil, ia sedang berkembang
dengan pesat saban tahun.
~ Bonde Senyum Riang ~
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.