Bonde Zaidalifah: PENGALAMAN INDAH DI KIDS ZANIA

PENGALAMAN INDAH DI KIDS ZANIA

3:07 am

Assalamualaikum Dan Selamat pagi,

Hai reader semua,

Tahun ini adalah tahun yang paling bertuah untuk Fatin sebab dapat ke Kids Zania bersama dengan sepupunya,  Sebenarnya impian Fatin nak ke Kids Zania sejak berumur 10 tahun lagi, maklumlah Bonde tak berkesempatan nak bawa Fatin dan tak sangka tahun ini Bonde dapat merealisasikan permintaannya itu.

Lebih enam tahun impiannya terlaksana.  Riak teruja dan ceria tergambar diwajahnya.  Betullah seperti yang dikatakan kalau rezeki tak kan kemana cuma cepat dengan lambat sahaja betul tak?  Kita kenalah bersabar InsyaAllah ada rezeki.


PENGALAMAN INDAH DI KIDS ZANIA



Fatin dengan sepupunya Aina.


Mereka mempunyai wang Kids Zania berjumlah 250.00 setiap seorang hari ni mereka kena berkerja dan cuba untuk mendapatkan upah.  tengok berapa banyak wang yang dapat dikumpulkan untuk tugasan mereka hari ini.

[MAPS KIDS ZANIA]


2017-kzkl-map-Ground

Sebelum mula bekerja, mereka berdua berposing dahulu... sebab tengok semua bahagian ramai yang beratur panjang nak tunggu turn.  Bonde pon teruja juga tengok diaorang teruja.  Bila tak tau nak buat pilihan memasing bergambar dulu.





[ PART 1 : CUBA KERJAYA PHOTOGRAFER ]

Apa yang mereka pelajari.

- Pemakaian seorang photografer 
- Camera dlsr
- Cara nak pegang camera
- Cara nak guna camera
- Focus pada pic yang diarahkan untuk snap
- Upah/gaji



Tunggu turan sebab ramai juga yang teruja nak cuba kerjaya photografer ni.



Dapat baju dan camera.


 Belajar cara pegang camera dlsr (aduh berat tu)



Focus pada ojbek yang diarahkan untuk snap.




Objek yang perlu diambil.

Mereka dibawa kesekitar untuk ambil gambar yang lain bersama tenaga pengajar.  Bonde tak follow just duduk dekat tepi bangku, tunggu sampat mereka berdua selesai.  Bangga mereka lepas selesai kerjaya sebagai photografer dapat upah/gaji...

[ PART 2 : MENONTON FESYEN SHOW ]

Yang ni tak turut serta sebagai model sebab nak jadi penonton sahaja.  Fesyen show diadakan dalam panggung wayang bersebelahan Canon Studio,  semua model yang menyertai fesyen show ini pandai dan berbakat.


[ PART 3 : KERJAYA SEBAGAI DJ RADIO HOT FM ]


Apa yang mereka pelajari.

- Peranan seorang DJ
- Konti Radio
- Baca berita English
- Putarkan lagu
- Upah/gaji















[ PART 4 : KERJAYA SEBAGAI DOKTOR BEDAH ]


Apa yang mereka pelajari:

- Pemakaian seorang doktor
- Kebersihan sebelum memulakan pembedahan
- Peralatan pembedahan
- Bilik bedah
- Pesakit/rawatan
- Upah/gaji






[ PART 5 : KERJAYA PARAMUGARI AIR ASIA]

Apa yang mereka pelajari:

- Pemakaian seragam paramugari
- Keselamatan penumpang
- Kenali pilot/anak kapal
- Upah/gaji

[ PART 6 : KERJAYA PENGHANTAR SURAT ]


Apa yang mereka pelajari:

- Pemakaian seragam penghantar surat
- List penerima
- Barang yang dihantar
- Tepati masa
- Hantar ke alamat yang betul
- Upah/gaji

[ PART 7 : TUGAS PENYIASAT ]


Apa yang mereka pelajari:

- Cari dan suspek kejadian
- Kenalpasti cap jari
- Melakar wajah suspek
- Mengumpul barang yang digunakan Suspek
- Upah/Gaji

[ PART 8 - KERJAYA PENGHANTAR SPRITZER ]


Apa yang mereka pelajari:

- Hantar air pada pelanggan
- List pelanggan
- Tandatangan penerima
- Upah/gaji

[ PART 9 - PEGAWAI PELESENAN MBPJ ]

Apa yang mereka pelajari:

- Semak lesen premis
- Semak tarikh luput lesen
- Vandalisme dan kebersihan premis
- Upah/gaji

[ PART 10 : PELANGGAN DISUPERMARKET ]

Apa yang mereka pelajari:

-Sebagai seorang pelanggan
-belanja berhemah dan jimat
-pilih barangan yang telah disenarikan

[ PARENTS LOUNGE ]

Untuk part 5-10 tiada gambar mereka sebab masa ni Bonde biarkan mereka memilih kerjaya apa yang mereka rasa nak cuba, Bonde duduk dekat Bilik yang telah dikhaskan untuk Bonde lepak sambil santai-santai di situ.

Yang penting sangat selesa sekali, macam-macam ada dekat dalam tu, kanak-kanak tak boleh masuk dekat situ tau!  Parents sahaja dibenarkan masuk he he he










[ PEMANDANGAN DARI ATAS ]

Suasana dekat sini memang riuh rendah sekali, sekejap bunyi Lori Bomba, sekejap bunyi Van Ambulan, sekejap bunyi Polis tapi dekat sini ada time dia susun cantik step by step... seronok Bonde dekat Kids Zania ni tau, rasa nak jadi kanak-kanak balik nak rasa situasi dan pengalaman manis cuba kerjaya yang membina dekat situ.






Sungguh berharga pengalaman Fatin dan Aina di Kids Zania.  Moga mereka terapkan sedikit pengalaman untuk kerjaya masa hadapan. InsyaAllah.



Masing-masing seronok dan muka pun dah penat,  Lebh kurang jam 6.00 petang baru kami keluar dari studio.

 Untuk keterangan lajut dan maklumat tiket masuk anda boleh layari :




~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

12 TEGURAN MEMBINA

  1. Anak Kak Sue pernah juga sekali ke sini, siap tak mo bali Bonde punya seronok.. ehehe. InsyaAllah, ada rezeki boleh bawak datang lagi..

    ReplyDelete
  2. Plan nak bawa syafi ke sini bila dia dah besar sikit. Lama dah aim kids zania ni. Seronol sgt nampaknya fatin tu bonde.

    ReplyDelete
  3. Kidzania memang the best, banyak pilihan pekerjaan yang anak-anak dapat join, anak i suka gila dapat join Kidzania last time, 1 hari kat situ konker hehehehe apa pun ada balance tu masukkan dalam bank kidzania mana tahu nak guna lagi in the future.

    ReplyDelete
  4. macam-macam ada ya. kalau macam ni bukan takat kanak-kanak, mak budak pun excited.

    ReplyDelete
  5. Wah bestnyer kak. Ni kalau bawak bebudak kecil ni pasti mereka tersenyum riang ni. Zaman saya dahulu tak ada benda benda macam ini.

    ReplyDelete
  6. Best betul budak zaman sekarang kan. Kita dulu xde pun cmni. Anyway bagus kidzania ni memupuk minat kanak-kanak dari kecil. Atleast dia buat bnda yang dorang minat dan have fun.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  7. Bestnya. Saya yang dah lebih umur pun rasa macam nak je join sekali macam ni. Teringin zaman dulu takde.

    ReplyDelete
  8. Kalau ada anak memang patut dibawa ke sini. Untuk expose dengan dunia pekerjaan kt sebenar. Kita pon dh lama teringin nak p sini. Huhu

    ReplyDelete
  9. rach suka sangat kidzania as well because i can see and hear many laughter from my niewce and nephew. Love to see they learn while playing and this place indeed a good place for them to spend time on to learn

    Racheal

    ReplyDelete
  10. Untungnya KidZania ni wujud zaman mereka. Kalau boleh nak patah balik dan datang sendiri. Hihi. Cukup bagus sebab menggalakkan kanak2 untuk berimaginasi selain bercita2 tinggi! woohoo!

    ReplyDelete
  11. best pulak dapat jalan2 dan pengalaman bawa kanak2 mcm tu. sure dorang dah start cita2 nak jadi apa. menarik nak kena bawa jugak anak buah kalau mcm nie.

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN