Bonde Zaidalifah: DRAMA ADAPTASI NOVEL MR LONDON MS LANGKAWI

DRAMA ADAPTASI NOVEL MR LONDON MS LANGKAWI

10:27 am

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

Hai reader semua,


Bonde sudah beli novel ni pada tahun 2015 lagi, memang tahu ianya akan diadaptasi dari penulis novel sendiri. ( lama tunggu adaptasi ini bersiaran di kaca tv), sesi terjahan ke Karnival Karangkraf pada tahun 2015.  Novel ni sangat santai dibaca... ada juga yang kelakar dalam novel ni he he he


DRAMA ADAPTASI NOVEL MR LONDON MS LANGKAWI


Makluman untuk anda semua, Drama bersiri adaptasi daripada novel Mr London Ms Langkawi karya Herna Diana. Diterajui oleh Zul Ariffin dan Izara Aishah . Drama terbitan Global Station Sdn Bhd.

Tayangan: Astro Warna

Siaran : 14 Februari 2018,  setiap hari Rabu-Jumaat 9.00 mlm

Jumlah Episod: 16



DRAMA ADAPTASI NOVEL MR LONDON MS LANGKAWI



[ SINOPSIS MR LONDON MS LANGKAWI ]


Kemunculan Liyana The Samseng memang mengejutkan Aidid Mukhlis jejaka berpelajaran tinggi yang terpaksa pulang ke kampung halaman tanpa rela. Nana dibesarkan oleh Tok Wan tapi dibenci oleh Pak Su(adik ayah Liyana).Liyana sepupu Aidid, hanya gadis biasa namun cintanya pada tanah air cukup menebal. Aidid jejaka Malaysia yang begitu sayangkan London. Dia dipaksa balik oleh ayahnya. Mereka tidak boleh bertemu,pasti laga angin. Seorang serius bukan main, yang sorang lagi, nakalnya Nauzubillah. Malangnya, Aidid kemalangan dan patah kaki. Sejak itu mereka mula rapat dan berkahwin. Mak Su Aidid menghasut ibu Aidid untuk memaksaNana(Liyana) untuk meninggalkan Aidid. Nana pergi dan Mak Su la orang paling gembira kerana berjaya memisahkan mereka kerana peluang anaknya Adira mengahwini Adid terbuka luas. Aidid mengamuk bila dapat tahu Nana meninggalkannya dan merayu agar ibunya merestui rumahtangga mereka.Nana membawa diri ke Gunung Mat Chincang.Sepulangan mereka, Usin memberitahu Adira diserang sekumpulan lelaki dan Aidid serta Nana menyelamatkan Adira.


"Macam bagus sangat London tu!, ejek Nana

"Memang bagus pun, jawab Aidid dengan nada menyakitkan hati.

"Apa yang bagusnya London tu yang Malaysia takde, cer cerita,ujar Liyana melawan kata-kata Aidid

"Yang bagusnya kat London takde mulut mak nenek macam kau,



DRAMA ADAPTASI NOVEL MR LONDON MS LANGKAWI

 DRAMA ADAPTASI NOVEL MR LONDON MS LANGKAWI

DRAMA ADAPTASI NOVEL MR LONDON MS LANGKAWI

Aidid Mukhlis dan Liyana saat di sandingkan...

DRAMA ADAPTASI NOVEL MR LONDON MS LANGKAWI

Barisan Pelakon Dan Penulis


Bonde bersama Penulis Novel Herna Diana

Jangan lupa ikuti update drama Mr London Ms Langkawi ini di  di FB penulis : herna.diana

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

21 TEGURAN MEMBINA

  1. Ada Kak Sue nampak iklan nie, macam kelakar je kan..

    ReplyDelete
  2. dah tengok! best cerita ni, suka izara cakap utara hahaha

    ReplyDelete
  3. Ika rasa drama ni memang patut tengok. First time ika melekat tengok drama ni siap gelak ngekek ngekek. Lagipun, memang ika dah baca novel. Selalunya kalau dh baca novel, ika tak tengok drama.. Tapi yang ni kena tgk hehe sbb best :)
    https://ikashoid.blogspot.my/2018/02/book-review-kau-sayangku-by-bikash-nur.html

    ReplyDelete
  4. Kinah pun ada novel ni. Memang best. Santai je baca. Nampaknya kena download la sebab kat rumah ni tak ambik channel warna tu. Huhu

    ReplyDelete
  5. Banyak drama terbaru skg ni ya.. Walaupun jarang tengok drama skg.. Tp jalan cerita dia pun best jgk

    ReplyDelete
  6. zul ariffin semua karakter dengan perempuan dia masuk kan, sekarang dengan neelofa pulak dah, sedap betul pelok pelok tau, hahaha ahahah aha hahaaa

    ReplyDelete
  7. Kira popular juga novel ni ya. Bukan main si Liyana pula si samseng ye. Hehe. Macam menarik untuk ditonton.

    ReplyDelete
  8. Seronok bila dah baca novel, cerita tu ditayangkan pula di tv. Tambahan dapat mengenali penulisnya sekali... Best. Jalan cerita pun menarik ditonton ni :)

    ReplyDelete
  9. ehem ehem new drama alert..!! kena bagitau mak ni peminat sangat drama. gigih tengok kat phone hehehe.. kite suka gak Julripin sikit2 hehe..

    ReplyDelete
  10. Kemain sekarang nak adaptasi. Tapi, Izara belakon, memang kene tengok ni.

    ReplyDelete
  11. Rajin Bonde baca novel. Kalau Mak bertahun la nak habis, nak tengok TV pun tak sempat. Tapi kalau Abang Zul punya pasal, kena tengok juga cerita ni. HAHAHA

    ReplyDelete
  12. wah new drama, ... hope bestlah sebab kita x baca novel. mengharapkan citer kat tv je. hehe

    ReplyDelete
  13. Tengok sedutan drama kat tv pun tau citer nih kelakar...yg xtahan tuh yana sebut nama mukhlis,muflis..hahaha

    ReplyDelete
  14. suka tgk cite niii ..sebab ada zul arifin..heheehee

    ReplyDelete
  15. Amboi bonde....siap dah ada novel dan dah jumpa penulis..citer ni best tp yang tak bestnya cuma 1/2 jam je...x cukup la..

    ReplyDelete
  16. besnye bonde dapat gambar dengan penulis cerita ni. bila baca sinopsisnye mmg best tak sabar nak tengok kat astro.

    ReplyDelete
  17. La.. cerita nie pun adaptasi dari novel rupanya... Belum tengok lagi drama nie.. now tgh mood layan movie dari korea....

    ReplyDelete
  18. Wah..macam best jer...nti kena tgk jugak hendaknya pelakon2 pun best

    ReplyDelete
  19. ouh... baru tahu adaptasi dari novel... hari tu ada tengok cerita ni.. best2 :)

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN