MARRYBOWN ADA KENTANG GORENG SIRAM SAMBAL NASI LEMAK



Assalamualaikum Dan Selamat Petang....

Hai reader semua...

Ni cerita makan menu baru dekat Marrybrown, Mydin Mall Senawang.  Lepas selesai urusan daftar Fatin dan buat semua pembayaran, beli barang dekat koop atau koperasi, ambik barang keperluan yang dibawa dekat dalam kereta dan melangkah masuk kali pertama ke bilik asrama, untuk pilih katil dan locker/almari pakaian, sesudah kemas locker, kemas katil dan barang-barang keperluan yang dibawa.

Jam 12.00 tengahari kami gerak ke Mydin Mall Senawang untuk mencari dan membeli barang-barang keperluan yang tak sempat nak beli...  alat tulis dan selimut.

Selimut memang kena beli sebabnya, selimut dekat rumah ni tak ada yang size single semuanya besar.  Lepas dapat barang-barang tersebut Bonde tanya Fatin nak makan apa?

Mulanya memang dia nak makan macam-macam itu dia nak, ini dia nak... Bonde diam saja Bonde ikutkan saja... Maklumlah nak duduk asrama nanti tak boleh nak makan macam-macam katanya.
Pilihan pertama Fatin nak makan bubur pedas dekat Marrybrown.

MARRYBOWN ADA KENTANG GORENG SIRAM SAMBAL NASI LEMAK

MARRYBOWN ADA KENTANG GORENG SIRAM SAMBAL NASI LEMAK, MENU BARU DI MARRYBROWN, BUBUR PEDAS,

Tada..... dua mangkuk bubur dan satu set ayam.

MARRYBOWN ADA KENTANG GORENG SIRAM SAMBAL NASI LEMAK, MENU BARU DI MARRYBROWN, BUBUR PEDAS,
Set Ayam menu Kanda

MARRYBOWN ADA KENTANG GORENG SIRAM SAMBAL NASI LEMAK, MENU BARU DI MARRYBROWN, BUBUR PEDAS,

Bubur Pedas Menu Bonde dan Fatin

MARRYBOWN ADA KENTANG GORENG SIRAM SAMBAL NASI LEMAK, MENU BARU DI MARRYBROWN, BUBUR PEDAS,

Kentang Goreng Siram Sambal Nasi Lemak


MARRYBOWN ADA KENTANG GORENG SIRAM SAMBAL NASI LEMAK, MENU BARU DI MARRYBROWN, BUBUR PEDAS,


RIVIEW KENTANG GORENG SIRAM SAMBAL NASI LEMAK

Kentang goreng garing, disirami sambal nasi lemak dan diatasnya ditaburkan ikan bilis dan kacang.  Bagi Bonde menu ni memang sesuai makan dengan nasi lemak.  Sebab kami makan nasi bubur nasi masa tu.. Bonde makan jer bersama bubur nasi tu, sedap juga.

Dan kentang goreng siram sambal nasi lemak ni... agak pedas, jadi tak sesuai untuk anda yang tak suka makan pedas dan tidak sesuai untuk beri pada kanak-kanak.

Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang..
Baiklah masa untuk balik ke asrama semula, happy kami menikmati makan tengahari bertiga pada hari itu... Maklumlah makan tengahari sebelum hantar Fatin keasrama... Sambil makan, beri nasihat dan pesanan pada Fatin. (Perasaan risau kembali menerpa)

Fatin pulak tak minta nak makan makanan lain sebab bila tanya nak makan apa lagi, masih ada masa... jawabnya dah kenyang katanya.. sebelum tadi nafsu makan bukan main.. nak makan semua... Syukur Alhamdulillah.

Doa Bonde,
Moga Fatin rajin belajar di Sekolah baru, Mendegar kata guru-guru dan tidak tinggal solat,  Aamiin.



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Selamat belajar ye fatin.. Uniknya menu kentang goreng dengan sambal nasi lemak tu.. Siap ada kacang lagi..

    BalasPadam
  2. Assalam BOnde..pernah makan bubur nasi kat Marrybrown ni..licin! hihhi

    belajar rajin2 ye Fatin

    BalasPadam
  3. Lama tak makan di marrybrown ni.. teringin juga nak rasa kentang goreng siram sambal nasi lemak tu.. kena singgah juga ni nanti :)

    BalasPadam
  4. Nampak sedap tuh bonde.nih yg buat nak terjah marrybrown nanti

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.