Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...
Hai reader semua,
Anda seorang pejawat awam nak bercuti ke Langkawi dan dapatkan tempat penginapan yang murah, selesa dan bebaloi untuk keluarga anda...
Baru-baru ni Bonde pergi bercuti ke Langkawai bersama rakan satu jabatan trip khas untuk gurlz dalam jabatan kami.
Kali ini, kami telah berjaya menempah tiket promo Air Asia tahun lepas, pada awalnya 12 peserta yang akan turut serta dan selesai membayar tiket pergi balik KL - Langkawi, Langkawi- KL seorang RM 75.00 seorang, maklumlah tiket dah beli awal tapi selepas tu ada yang cancel tak dapat ikut trip gurlz ini kerana ada masalah tersendiri dan kami tak halang mereka cuma duit tiket tak dapat dikembalikan semula. (ikut prosedur Air Asia tiket dan duit burn kalau cancel)
Biasalah dalam trip gurlz ni kami sempat lantik jawatankuasa untuk memudahkan perjalanan kami biasalah, nak nampak perjalanan kami terancang dan tidak lekam kadut.
CARA NAK TEMPAH RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN LANGKAWI
AJK KECIK TRIP GURLZ
Afi - Bendahari (Tak pergi)
K.Anum - Ajk Makan
Aida - AJK Tiket
Bonde - AJK Penginapan
Bos Arina - AJK bekalan tambahan
Jelin - AJK Maknya (sebab bawak Maknye dengan anakbuah sekali)
Dari 12 peserta tadi, hanya 7 orang yang comfirn pergi. Seminggu sebelum kami ke Langkawi Bonde berjaya membuat tempahan di laman web BPH untuk penginapan kami selama 3 hari 2 malam.
Alhamdulillah, Tempahan berjaya dibuat dan masih ada kekosongan lagi masa tu, kami telah menempah sebanyak 4 buah bilik diatas 2 penama iaitu Bonde dan Jelin.
RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN EKSEKUTIF PULAU LANGKAWI
- FEDERAL VILLA
Boleh ditempah oleh pejawat awam sebanyak 2 unit seorang. Untuk mendapat tempahan lebih dari dua bilik anda bolehlah menggunakan akaun rakan lain yang turut serta dalam trip tersebut.
Bagi anda yang yang pertama kali nak daftar anda klik disini seperti yang berada dibawah colum Log Masuk. Mudah sahaja cara untuk mendaftar masukkan data anda mengikut arahan yang diberi, sesudah selesai semak email anda akan dapat ID penguna sementara untuk Log masuk nanti.
Klik Dashboard untuk Tukar Kata Laluan
Seterusnya klik Tempahan Baru untuk membuat permohonan.
Pilih rumah peranginan yang anda kehendaki.
Pilih bilik jenis deluxe.
Atas nama Bonde tempahan untuk 3 hari 2 malam:
Bilik Deluxe RM 100.00 satu malam
2 malam = RM 200.00
RM 200.00 X 2 bilik = RM 400.00
Satu bilik lagi ditempah oleh Jelin he he he cukuplah untuk kami 4 bilik.
Yeayyy tempahan berjaya. (semak kelulusan melalui email)
- FEDERAL VILLA
Boleh ditempah oleh pejawat awam sebanyak 2 unit seorang. Untuk mendapat tempahan lebih dari dua bilik anda bolehlah menggunakan akaun rakan lain yang turut serta dalam trip tersebut.
Bagi anda yang yang pertama kali nak daftar anda klik disini seperti yang berada dibawah colum Log Masuk. Mudah sahaja cara untuk mendaftar masukkan data anda mengikut arahan yang diberi, sesudah selesai semak email anda akan dapat ID penguna sementara untuk Log masuk nanti.
Klik Dashboard untuk Tukar Kata Laluan
Seterusnya klik Tempahan Baru untuk membuat permohonan.
Pilih rumah peranginan yang anda kehendaki.
Pilih bilik jenis deluxe.
Atas nama Bonde tempahan untuk 3 hari 2 malam:
Bilik Deluxe RM 100.00 satu malam
2 malam = RM 200.00
RM 200.00 X 2 bilik = RM 400.00
Satu bilik lagi ditempah oleh Jelin he he he cukuplah untuk kami 4 bilik.
Yeayyy tempahan berjaya. (semak kelulusan melalui email)
Tibalah hari yang dinantikan untuk kami Chek in... he he he
Untuk 'chek in' dengan pantas semua keperluan yang perlu ada seperti :
-Kad Pengenalan (ikut nama tempahan)
-Email kelulusan ( print siap-siap yang SBBPH send)
-Bukti Bayaran (Slip bayaran online/tranffer)
-Cagaran RM 200.00 (resit cagaran simpan jgn hilang untuk check out nanti)
Yeayyy dapat kunci!
Kami duduk di bilik 362 dan 365 di blok Sigal. Tingkat 3. (wahhh duduk atas sekali) Blok Sigal ni ada 3 tingkat dan tiada lif..disediakan (so pelan-pelan naik tangga sambil rasa angin sepoi-sepoi lalu he he he) Sebenarnya boleh sahaja a nak request bilik tingkat bawah tapi disebabkan kami sampai tengahari bilik bawah yang digunakan oleh pelawat masih belum dafatar keluar /check out.. Yang telah tersedia bilik belah atas. Jadi kami pun terima sahajalah :)
Tada... Bilik Bonde...
Booking dua bilik. Connecting room. Bilik memang luas dan selesa. Dekorasi memang nampak lama la tapi yang penting bersih. Kira ok la kan dengan rate yang murah camtu. :)
Kemudahan yang terdapat dalam bilik.
TV dengan Astro
(FOX movie, Sports, National Geographic, Disney Junior)
Mini fridge
Cerek elektrik
Tuala mandi
Tuala muka
Pemanas air
Aircond
Toileteries
Mini Bar
(Jug Kattle Teh & Nescafe)
Seterika tidak disediakan didalam bilik, tetapi ada disediakan dekat " Room Ion" di aras bawah.
Sejadah tidak disediakan standby bawak sejadah kecil. (lebih mudah)
Suasana dalam bilik :
Suasana dalam bilik :
Bagi Bonde bilik ni oklah memang selesa dan bersih sesuai sangat bagi kami yang bercuti singkat dekat sini.
Semua fasiliti Hotel boleh guna tapi anda kena menapak ke sebelah Hotel Holiday Villa untuk menikmati kolam renang ...
Bilik telah digelapkan sebab nak layan Pak Cik Am (Kekasih Paksa Rela) kat TV3 he he he... selalu tengok yang direkod jer. Hari ni dapat tengok on time sooo layan!
Untuk maklumat lanjut dan sebarang tempahan anda boleh terus ke :
~ Bonde Senyum Riang ~
4 Ulasan
Untung orang gomen macam-macam kemudahan. Sampaikan melancong pun ada rumah rehat boleh sewa.
BalasPadamwah bestnya rumah peranginan langkawi. tq sharing cara tempahan ni. nak cuba lah tempah guna ayah mama punya ic
BalasPadamTq sharing
BalasPadamTq sharing
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.